Thursday, August 25, 2011

'Dia' yg menyakitkan hati ketika Syawal dan kuliah semakin hampir..

Assalammualaikum semua..
die x de kene mengena..harap muka je 'jambu'..
Kenapa masa macam ni juga yg di pilih untuk menyusahkan hidup aku???!!tak tahu ke aku ni dah nak start kuliah lebih kurang 2minggu je lagi...UiTM tu dah sibuk-sibuk memanggil. menyeru, menjerit nama aku tau tak!!!!..haish...

Memang dasar laptop tak mengenang budi..bila aku dah installkan antivirus Avira yg baru la kau nak buat hal..selama ni elok je bermanja-manja dengan aku..ini apa kes tiba-tiba nak rosakkan diri la bagai??!!cuba cerita sikit dekat aku...

Wahai laptop yg telah berkhidmat selama 4 tahun..sesungguhnya aku teramat lah sakit hati sehingga rasa macam nak campak kau dalam gaung je...kalau lah kos hendak membawa kau ke hospital hanya menelan sekupang dua boleh lagi diterima akal yg waras ni...tetapi kalau dah memakan beribu-ribu ringggit macam buat operation pemindahan jantung agak-agak kau mana aku nak dapat duit???

Setakat ni aku tak dapat mengesahkan penyakit kau yg sebenar sebab aku tak sanggup nak bayar bil perubatan bila bawa kau ke hospital...setakat tanda-tanda keypad laptop tidak boleh nak berfungsi dan tiba-tiba kau 'shut down' sendiri agak-agaknya pe masalah yg kau hadapi??!!!adakah kau diserang virus atau pun ada komponen badan kau yg rosak macam 'motherboard'????

Nota dari hati: Sebarang bantuan dari segi kewangan atau pun menghulurkan laptop yg baru amatlah di hargai...segala jasa baik anda dalam membantu pelajar macam saya ni amatlah besar ganjaran nya...kalau nak mengharapkan biasiswa memang lambat la so saya mengharapkan duit raya dari anda semua..hehe..

5 tayar bergolek:

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

apa lg.. cari la pngganti baru.. haha.. ;-p

alongxp said... [Reply to comment]

selalunya kalau dah sampai off secara tiba2,selalunya something wrong ngan processor atau mobo(motherboard), tapi kalau die shutdown properly secara tiba2, ade la sumthing regarding os.
p/s:4 tahun tu dah terlalu lama utk laptop zaman skrg...hehehe

Mss Ieza said... [Reply to comment]

mintak baru la tu :D

ayie said... [Reply to comment]

alahai..apa lagi format sendiri le..hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

campak je lam sungai..comform ko ase lega lps ni haha