Friday, July 29, 2011

Pemain Malaysia agak mengecewakan l Singapura penuh dengan pura-pura...

Assalammualaikum semua...

Memang kecewa dengan kekalahan Malaysia tapi Malaysia tetap menang dari segi sorakan dan semangat...Malaysia kalah dengan bermaruah..tak de la macam Singapura yg penuh dengan kepura-puraan..baru jatuh sikit dah tergolek-golek macam pe je...cuba kalau aku sepak terajang betol-betol...baru la layak korang nak menangis kat tengah padang..hampagas betol la....

Midfilder hampir sahaja tidak punya idea untuk mencipta gerakan yang lebih sempurna dan baik ke arah serangan. Aku tak nampak sangat fungsi Ismail Faruqi..lebih banyak membawa bola bersendirian, lambat membuat hantaran ke atas. Amar main dengan baik, memandang gandingan asalnya, Syafiq tak dapat diturunkan, Amar lebih banyak bekerja keras untuk patahkan asakan. Bahagian serangan terlalu banyak bergantung kepada Safee mencipta jaringan. Hadi Yahya terus tenggelam mencipta ruang dan jaringan.

Komen pasal pemain Malaysia yg berwarna oren diatas aku ambil dari blog BRO AZHAN...lagipun apa yg dia ulas sama aje pendapat dengan aku tapi semestinya kalau aku yg ulas tak berapa nak gempak sangat la macam bro Azhan kan....kalau setakat nak mengutuk player yg sepak bola macam tak pergi sekolah tu memang aku pandai la..tapi kalau bab strategi ke pe jadahnya tu memang aku tak tahu la..walau macam mana pun memang sayang la kat SAFEE SALI dan KHAIRUL FAHMI CHE MAT...dorang memang terbaik....lalalalala~

Penat lelah aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil tak de la berbaloi sangat sebab aku tak dapat masuk padang pergi terajang sekor-sekor pemain Singapura...dorang memang bikin guwa panas aja...

Nota dari hati: Nampaknya cita-cita aku hendak ke Brazil pada 2014 nanti terpaksa la dikuburkan....

3 tayar bergolek:

Admin said... [Reply to comment]

singapore tak aci!!haha

puan anis said... [Reply to comment]

aku kecewa tapi masih berbangga dengan malaysia...=)

Saiful Bakhtiar said... [Reply to comment]

walaupun kita tak berjaya tp kita ada beberapa pemain yg hebat spt safee sali n apek kan..