Wednesday, July 13, 2011

Jangan diungkit sejarah semalam....ia sungguh menyakitkan...

'Eh..dia tu bukan ke pernah mengandung anak luar nikah???apesal dah pandai pakai tudung..dulu bukan main lagi terdedah sana sini' kata Bedah kepada Minah ketika terlihat seorang wanita dengan penampilan yg menutup aurat.

'Aah la Bedah...saja la tu nak tunjuk baik..kalau dah perempuan jahat mmg jahat la juga...' balas Minah dengan memek muka menyampah..

incik google

Dialog berbentuk macam ini biasa aku dengar di kalangan masyarakat yang tidak dapat menerima perubahan yg di lakukan oleh segelintir dari kita apabila tersalah memilih jalan dalam kehidupan..maksudnya di sini macam banduan, perompak, penagih dadah, orang yg buat maksiat dan lain-lain yg sudah insaf dan berusaha untuk merubah diri mereka agar menjadi lebih baik...

Sepatutnya kita sebagai masyarakat yg sentiasa berada disekeliling mereka hendaklah memberi semangat dan nasihat bukan nya mengecam mereka sebegitu rupa...perkara yg lepas itu biarlah menjadi sejarah..kenapa mesti nak di ungkit-ungkit lagi??!!!kenapa kehidupan mereka yg dulu juga yg nak di sibuk-sibukan???!!biarlah perkara tidak baik yang berlaku dalam kehidupan mereka itu menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua....bukan nya untuk dikutuk dan dicanang-canang satu dunia...

Tolong lah buka sikit minda tu dan berfikir bahawa setiap manusia tu boleh berubah sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..tidak semestinya orang yg baik tu akan kekal baik dan yg jahat tu akan kekal jahat...aku memang pantang betul la dengan orang yg sibuk mengata kesilapan silam orang lain...sekurang-kurangnya mereka tu berjuta-juta lagi baik dari orang yg sibuk nak mengungkit-ungkit kesilapan orang lain...nak tahu sebab apa???sebab mereka sedar kesilapan mereka dan insaf dari korang tu asek nak memburuk-burukan orang aje...buat menambah dosa dah tersedia ada aje....

Nota dari hati: mengungkit kisah silam adalah perkara yg menyakitkan...

5 tayar bergolek:

Nyamuk Terbang said... [Reply to comment]

setuju bangat!!
let by gone be bygone spttnya

Azghen said... [Reply to comment]

betol-betol! benda yg dh lepas jadikan pengajaran, buat sempadan meniti hari muka;)

waniey said... [Reply to comment]

betul... yang lepas tu biarlah lepas.. XD

tamlegend said... [Reply to comment]

biasa la...nak berubah bukan senang...

Amirah Jafri said... [Reply to comment]

yup2 tau xpe.kadang2 boleh jadi gaduh taww...Dasyat x dasyat? dasyat kan? Huahuahua