Korang semua tahu tak sape manusia pertama yg membunuh???!!sape yg dah tahu tu bagus la pada yg tak tahu meh la bace cite aku ni...
Nabi Adam a.s dan Hawa di kurniakan 2 pasang kembar..kembar pertama ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya pula Habil dan Labuda . Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita . Namun, Labuda tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya.
Selepas anak-anak baginda meningkat dewasa, Allah telah turunkan wahyu supaya kahwinkan putera puteri baginda secara selang seli..maksudnye kat sini Qabil dikahwinkan dengan Labuda dan Habil kahwin dengan Iklima...tetapi Qabil tak puas hati sebab dia kene kahwin dengan Labuda yg hodoh...
Disebabkan rasa dendam dan marah terhadap Habil, Qabil telah menyimpan niat tuk menghapuskan Habil...Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengki didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-nyala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.
Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya...dia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.
Banyak pengajaran yg boleh kita ambil dari kisah Habil dan Qabil ni...jgn mengikut hawa nafsu dan cuba la padamkan api kemarahan dan dendam dalam diri...Iblis sentiasa usaha tuk menyesatkan cucu cicit Adam...Kalau korang nak tahu lebih lanjut leh la search kat incik google atau baca sirah nabi..cerita ni aku dah ringkaskan selepas aku baca satu buku(tak ingat tajuk) dan search kat incik google..
5 tayar bergolek:
betol2..jangan la ikotkan hati jer
jangan ikut nafsu...
VIDEO
HAMSTER
sama-samalah ambil iktibar..-pro niaga blog
sebab apa ayng terjadi ni la kita tau apa yg perlu dibuat dengan orang yang meninggalkan hehe
belajar dari tauladan...
Post a Comment