Wednesday, August 28, 2013

Shawl labuh, cantik, menarik pelbagai design ada di sini..

Assalammualaikum semua..

Mungkin ada yg tidak tahu di samping menjadi pengganggur terhormat, aku juga sedang mengusahakan bisness shawl secara online..masih tiada rezeki lagi nak kerja dekat lab kowttt..so untuk menjana pendapatan demi membayar insuran, bil h/p, berokband dan segala jadah tiap bulan kena lah berbisnes sikit-sikit..tak kan nak minta duit dekat mak je kan..sungguh tak patut...dulu-dulu de JPA memang seronok lah kan...

Kepada gadis-gadis anggun, cantik, ayu di luar sana marilah tengok-tengok page IenaHarleena shawl..mana tahu ada yg berkenan di hati..jejaka-jejaka pun boleh tengok jugak..mana lah tahu nak belikan untuk adik, kakak, mak, makwe, jiran ke kan..apa salahnya membantu aku yg baru nak mula menceburi bidang perniagaan ni..kiranya macam membeli sambil membantu kawan-kawan..hahaha..

Shawl plain ni ada hampir 32 warna yg berbeza..

Halfmoon

Shawl printed pelbagai pilihan dan corak

shawl printed + plain color
yang best nya (puji sendiri pulak) shawl ni labuh-labuh dan menutup aurah terutamanya dada tu kan..sudah semestinya harga nya sangat berpatutan dan mampu milik..untuk mengetahui lebih lanjut tentang material dan mendapatkan pilihan yg lebih banyak boleh lah like page IenaHarleena shawl..tak perlu segan-segan nak pm kalau ada sebarang pertanyaan atau keraguan.. terima kasih ye.. =)

Saturday, August 17, 2013

Kisah hari raya ke-3: Terengganu Part 1

Assalammualaikum semua..

Orang lain sibuk excited cerita pasal Hari raya pertama tapi aku nak cerita pasal hari raya ke-3 dulu..kalau mood dan feel muncul insyaAllah aku akan bercerita kisah duka separuh terakhir ramadhan sehingga ke 1st raya dan saat ini...

Hari raya ke-3 (Sabtu), aku dah selamat sampai ke Homestay Anggerik Impian di Kuala Berang...perjalanan selama 7 jam dari Sabak Bernam sampai Kuala Berang memang sangat memenatkan...sakit punggung, pinggang dan segala-galanya sakit woo duduk lelama dalam kereta...macam-macam posisi duduk aku dah aplikasi dalam kereta tapi memang tak boleh mengurangkan sakit pinggang...jauh perjalanan menambahkan kesakitan...hakhakhak..

Sampai homestay pukul 12 tengahari terus baring guling-guling atas katil..konon-konon nya nak hilangkan sakit dekat pinggang tapi tak berkesan pun (part sakit pinggang ni mmg tak best bila penyakit tutt datang)..sedar-sedar dah hampir 3 petang..tertidur rupanya..sebelum tu nak bagi tahu ni..homestay ni agak selesa dengan dapur, tandas bersih, 4 bilik tidur, tv dan peti ais...cuma nya dekat dalam bilik nya tak ada tempat penyangkut baju..so macam tak berapa best la sebab tak tahu nak sangkut baju dekat mana...kos nya RM 240 semalaman (tak berapa ingat)...

Pukul 5 gerak pergi ke rumah Syikin untuk sesi pinang meminang bagi pihak abang...tiada lagi pantun sajak syair segala bagai, sekarang zaman modern so kita ikut jalan highway..straight to the point je...pung pang pung pang pung pang pinangan di terima..secara logik nya mesti diterima kan..dah bercinta segala kan..hahhaa...
sesi menyarung cincin diwakili oleh makcik..mak masih dalam iddah..

cincin Tomei tu..

ini wajah abang..tak malu betol join sekali berbincang..patut-patut tunggu la dekat luar..haishhh

sila fokus ke lace dan bead di baju aku!!cantik kan kan kan??aku jahit sendiri tau..

terbaik...

wakil dari pihak lelaki..

congrats to both of u my bro and syikin.

Nota dari hati: Asyik pergi meminang aje...sudah-sudah la tu..lepas ni nak tunggu orang datang minang je..syok sikit duduk dekat rumah je..tak payah nak pergi mana-mana..

Monday, July 15, 2013

Mana nak beli shawl labuh yg murah untuk hari raya??

Assalammualaikum semua...

Fuhh lega rasanya sudah selesai segala benda..tiada lagi thesis yg perlu di fikirkan...sekarang boleh fokus dengan bisnes online yg baru di mulakan sementara malas nak apply kerja ni...

Bagi sesiapa yg mencari shawl (selendang) labuh menutup dada, senang di bentuk tanpa memakai inner boleh lah cuba Iena Harleena Shawl..harga sangat berpatutan dan mampu milik ..material chiffon yg di gunakan juga sangat lembut dan tidak jarang...boleh beli sekarang dan pakai untuk Hari Raya ni..mesti gojes habes...

Dina Long Plain Shawl...
Measurement: approx. 200x55 cm
price: RM27 excluding postage
so kalau nak lilit sampai terbelit pun masih lagi menutup aurat sebab shawl ni sgt panjang...tak payah risau hokeyy...hihihi...

Dina Plain Shawl..
Measurement: approx. 175x55 cm
price: RM 25 excluding postage
shawl ini pendek sikit dari yg atas tu..tapi masih lagi boleh menutupi dada..kalau orang 'comel' macam aku, lebih prefer pakai yg Dina Long Plain Shawl..baru nampak labuh gitu..hehehe..
Dania Shawl (shawl dual color)..
measurement: approx 200x55 cm
price: RM 29 excluding postage
shawl ni gabungan 2 warna yg menarik tertarik kau memang da bomb..kalau baju raya korang warna merah jambu dan biru so korang boleh beli combination shawl yg warna rosety pink and medium blue..haaa kan jimat tudung macam tu..tak payah beli banyak-banyak..2 in 1 gitu..

Fiona shawl..
measurement: approx. 200x55 cm
price: RM 49 excluding postage
Fiona shawl ni menggunakan material chiffon yg berbeza dari Dina Shawl dan Dania Shawl..shawl ni jug telah di jahitkan patch lace bunga-bunga yg penuh dengan batu-batu yg lip lap lip lap gitu..memang cun dan mnyerlah habes kalau pakai shawl ni..

Fiona Shawl..
untuk maklumat lanjut boleh lah buat lawatan sambil belajar ke FB Iena Harleena..jangan lupa 'LIKE' tau!!bukan kena bayar pun kan..hihih..
geng Power Rangers pakai Iena Harleena Shawl...comel je kan??hakhakhak..

Monday, July 8, 2013

Unofficially graduated from UiTM and Iena Harleena Shawl..

Assalammualaikum semua....

Lama tak menulis dekat sini rasa kekok pula nak menyusun bahasa..tulis padam tulis padam tulis padam je dari tadi..haishh..now, i'm unofficially finished my degree..yahuuuuu....tapi tak hantar hard cover thesis dengan manuscript lagi...err..kiranya tak de la finish sangat kan...

Kalau orang lain pasti dah apply kerja segala jadah walaupun belum habis belajar tapi aku tak ada apply satu kerja pun...sebab nya aku berniat nak jadi penanam anggur yg berjaya sepanjang ramadhan dan raya kali ini....biar lah tahun ni aku dapat puasa penuh dan raya puas-puas dengan family...kalau tahun-tahun lepas memang tak dapat la..lagi pun raya tahun ni ada banyak kenduri kahwin member yg perlu di hadiri..bila dah habis belajar semua sibuk berlumba-lumba nak kahwin...aku???jeng jeng jeng...

Walau macam mane pun, aku ada memulakan bisnes shawl online bersama kakak aku...kalau sebelum ni jual dengan member je tapi kali ini nak cuba la jual secara online...shawl ni kami buat sendiri..kiranya dari proses beli kain, menggunting, menjahit sampai lah mengepos semua di buat oleh kami...kepada anda kamu awak kau mung hang ekau walaupun bukan peminat shawl, harap nya boleh la 'LIKE' page Iena Harleena sebagai tanda sokongan kepada kami..like jangan tak like tau!!! hihihi..

jangan malu-malu nak like page ni hokeyy...

Ini warna-warna untuk Dina Long Plain Shawl.. 

Ini pula warna untuk Dina Plain Shawl..
Untuk maklumat lanjut dari segi material, harga boleh la lawat page Iena Harleena ye... insyaAllah kami bakal mengeluarkan lebih banyak design yg cantik, gojes,ohsem,dan bla bla bla..

Nota dari hati: Harap mendapat sambutan yg baik..

Saturday, June 1, 2013

Percutian ke Port Dickson..

Assalammualaikum semua..

Live update dari Port Dickson hari tu langsung tak ada coretan langsung kan..melambak-lambak gambar je kan..so hari ni nak habaq sikit macam mana boleh sampai PD nun di sana..sebenarnya tak ada perancangan pun nak pergi PD..aku cuma rancang nak ikut family kakak kandung pergi Cherating hari Selasa je...dah tu hari Ahad tu tiba-tiba kakak ipar telefon ajak pergi PD hari Isnin dan balik hari Selasa....alamakk..macam mana ni?!!nak pergi PD ke Cherating??pastu sibuk la telefon kakak kandung bincang-bincang dan akhirnya kitorang buat keputusan nak pergi PD dan Cherating tanpa abang ipar(abang ipar kerja tapi kakak cuti sekolah)..kiranya hari Isnin tu aku pergi PD dengan family abang dan family kakak yg tanpa suami..hari Selasa balik Meru ambil abang ipar terus pergi Cherating..dapat bayangkan tak kepenatannya???

Tamat..

Di Port Dikson..

Kitorang sampai PD awal dalam pukul 12 tengahari sebab nak lepak tepi pantai walaupun check in Glory Beach Resort pukul 3 petang (biasanya pukul 2 kan)...pukul 3 tu kitorang nak pergi check in dia kata tak siap kemas lagi..aik..lambat + lembab betol..dah tu kitorang dapat masuk rumah tu pukul 3.45 petang...gadis dekat reception tu dah la tak mesra langsung..ada sekali tu pintu rumah tu tak boleh buka..dah scan card tu tapi pintu macam berkunci dan kebetulan ada orang maintainance lalu..suruh dia buka pun tak boleh jugak...abang pergi lah dekat reception tanya segala bagai..dia boleh jawab 'Kalau encik scan dah warna hijau mesti boleh bukak..' itu je cara penyelesaian yg dia bagi..sekurang-kurangnya naik lah bagi kata-kata semangat ke..ini tidak, suruh kitorang pula selesaikan masalah..hampagas betol!!dah dia kata mesti boleh buka kan..so abang pun rempuh je r pintu tu...lantak kau...hahaha....aku rasa service resort tu agak tidak memuaskan...makanan dekat resort tu tak sedap..hihi

nasib baik rumah nye selesa..

pandangan dari tingkat 11..
Petang pergi Teluk Kemang untuk mandi manda, naik bot dan jalan-jalan..
naik bot sorang 10ringgit..

Pukul 9 pagi esok nya aku dan family kakak dah check out dulu..kereta Exora di pandu dengan laju dan pantas ke Meru..ambil abang ipar dan adik pastu gerak ke Cherating...perjalanan tanpa rehat weh..

Next entry pasal Cherating pulak hokey...