Nasib badan lah praktikal dekat Melaka Bandaraya Bersejarah yg tiada cuti hari ini...orang lain beronok-ronok buat taik mata, aku kena bangun pagi-pagi menghadap kesesakan lalu lintas...positif..positif..positif...
Jejak kan kaki ke Jabatan Patologi terus punch card, baru pukul 7.53 pagi..nasib baik tak merah macam hari Jumaat..haru sungguh...kaki terus melangkah ke Hematology Lab, simpan beg, keluarkan note book, capai lab coat dan terus masuk dalam lab..bla bla bla bla...
Pukul 9 pagi..
'Siapa dekat section BMA(Bone Marrow Aspiration) ni???'
'Tak ada siapa kak..'
'Korang berdua memang dekat FBP process ke??'
'Aahh..kenapa kak??'
'Jom siapa nak ikut akak buat BMA..'
'Saya lah kak...hihi..'
bersama semangat aku bangun nak ikut akak tu...berkobar-kobar nak tengok doktor buat BMA...
Sampai dekat wad tingkat 2 (wad apa entah) , doktor tak habis round lagi jadi kitorang pergi lah dekat wad bawah nya...segala persediaan untuk BMA process memang aku tengok secara live laaa...aku pernah tengok sekali je dalam cerita korea, Wonderful Life kot tajuk nya...kalau tak silap la...ini secara langsung wehhh...memang teruja dan bersemangat habes la..
Mula-mula doktor masuk kan bius dalam drip dan cucuk dekat belakang (tempat puncture) patient..sepanjang process di jalankan, patient tu dalam keadaan sedar..perghhh...mesti sakit kan walaupun dah di bius...lepas tu, doktor tu menggunakan something like pisau untuk cucuk dekat belakang patient tu..mungkin buat lubang kot (aku agak aje..hahaha)..saat paling mengerikan bermula apabila doktor mula menggerudi masuk ke tulang patient...aku tengok kaki patient tu bergoyang-goyang mungkin sebab menahan sakit...kemudian doktor ambil 'liquid bone marrow' menggunakan syringe dan bagi dekat akak untuk buat smear pada masa tu jugak..lepas itu, doktor teruskan menggerudi lagi untuk ambil 'solid piece bone marrow'...semua nya dah siap cuma tinggal nak ambil darah untuk FBP(full blood picture) je...
Sepanjang process tu, aku rilek je tengok segala pergerakkan doktor tu tanpa sedikit pun rasa cuak, cemas atau pun gerun melainkan rasa simpati je dekat patient..tiba-tiba selepas habis je BMA process, aku rasa ada sesuatu yg pelik naik sampai ke kepala...semua benda aku nampak kabur dan berpinar-pinar..segala butir bicara pun aku tak dapat nak dengar..perut memulas-mulas dan terasa nak muntak..badan, muka mula berpeluh-peluh dan baju dah basah lencun...tangan aku dah pucat dan tak ada warna merah langsung...argh sudah...aku sudah mula pegang almari dekat belakang aku sebab aku tak mampu nak berdiri...aku cuba menenangkan diri agar semua kembali normal tapi aku dapat merasakan yg aku tak mampu bertahan untuk menghadapi lagi dua patient dekat tingkat atas...
'Akak, toilet dekat mana ye??'
nada suara yg terketar-ketar..
'Dekat luar sana..awak ni kenapa???pucat semacam je..'
'Tak tahu lah kak..rasa nak muntah ni..'
'Awak pergi keluar sekarang pastu balik ke lab..kalau awak pengsan lagi susah...'
Aku keluar dari wad dan duduk dekat kerusi menenangkan diri sebelum balik ke lab...sepanjang perjalanan ke lab, aku terasa macam orang mabuk pun ada jugak...jalan terhuyung-hayang macam orang tak ada hala tujuan..hahaha...sampai ke lab terus terduduk menahan sakit dan sangat lah beruntung sebab Mr K sangat ambil berat bagi gula-gula dan cari minyak panas..sepanjang hari dia asyik tanya sama ada aku ok atau tak..hahaha...
Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya penyebab yg membuatkan aku hampir pitam sebab aku tak ada rasa takut, cemas atau apa-apa pun..pelik jugak ye....walau macam mana pun, ia satu pengalaman yg sangat berharga dapat tengok BONE MARROW ASPIRATION secara live...lalalalala~
Nota dari hati: Kalau korang nak tahu process BMA secara menyeluruh boleh tegok dekat youtube...search je hokey..
2 tayar bergolek:
mungkin tanpa sedar kot. awak tak dapat nak terima apa yg awak tengok.. mungkin laaa
erk...kenapa tu?
Post a Comment