Thursday, September 5, 2013

walaupun 40 hari berlalu, masih sentiasa mengingatimu..

Assalammualaikum semua..

Sudah 40 hari detik itu berlalu tapi ia masih segar di ingatan...sentiasa bermain-main di fikiran...macam tak percaya..macam mimpi...macammm..hurm...kosong??betol ke dah kosong??betol ke katil abah tu dah kosong??tengok sampai tembus katil tu pun abah tak mungkin kembali lagi..

25 julai 2013, hari khamis, 16 ramadhan, malam nuzul quran (17 ramadhan), lepas isyak (around 8.30-8.45pm), aku tidak akan pernah lupa sampai bila-bila...

'Untung nya arwah meninggal malam jumaat pastu malam nuzul quran lagi...bukan semua orang dapat saat macam ni...'

yee..abah memang sangat untung sebab dapat pakej macam tu sekali...abah insan yg bertuah tu..semua nya masih jelas detik kematian abah ketika itu..masih terbayang-bayang di ruang mata ni...

abah dah lamaaa sangat sakit dan aku memang tak sanggup tengok abah terbaring, tak larat nak bangun macam tu..aku sudah bersedia, aku redha jika detik itu tiba...pada malam tu abah dah sangat teruk dari hari-hari sebelum tu...dah tak boleh bersuara, sangat lemah, dan...lepas buka puasa dan solat maghrib, aku duduk sebelah abah dan bacakan yassin sambil pegang tangan abah..sayu, sedih, pilu semua ada tapi masih kawal perasaan..depan orang sakit tak kan kita nak meraung menangis pulak kan...

Masa dalam bilik,aku dengar perbualan mak dan kakak yg sedang menemani abah..kakak cadang kan supaya hantar abah ke hospital tapi mak kata abah tak nak..memang abah tak nak duduk hospital lagi sebab abah kata dia dapat rasa sesuatu yg buruk bakal berlaku dan dia nak semua tu berlaku dekat rumah...tengah berbincang tu, mak bagi abah minum sikit untuk basahkan tekak dan abah tersedak..

Aku segera keluar dari bilik dan masa tu mak sedang ajar abah mengucap dua kalimah syahadah..mata abah tertutup selepas tu dan aku macamm blurrr...mak terus menangis teresak-esak..biar betol masanya saat ni..aku pegang tangan abah untuk rasa denyutan nadi tapi aku tak dapat rasa pe-pe...aku pegang leher abah pun masih sama..aku letak jari untuk rasa hembusan nafas tapi sunyi sepi je..jantung abah pun sudah tidak berdegup..air mata sudah turun setitis demi setitis...kakak dan adik terus call adik beradik yg lain...orang surau datang rumah dan mengesahkan abah sudah meninggal..sedih..memang sangat sedih..aku hanya mampu melihat mereka menutup abah dengan kain batik lepas tanpa mampu berbuat apa-apa..aku tutup mata dan berharap semua nya mimpi belaka tapi tidakkk..ia realiti dan sangat jelas..abah pergi dengan sangat tenang sekali...

26 Julai 2013, itulah kali terakhir aku dapat menatap dan mencium wajah abah yg tersenyum, bersih, sebelum dibawa ke liang lahad...

Aku memang mengharapkan abah yg akan menjadi wali di hari pernikahan kelak tapi tidak kesampaian...aku masih ingat kata-kata abah masa aku ajak si dia melawat abah di hospital dan jika jodoh aku memang dengan si dia sekurang-kurang nya abah dah jumpa dia walau pun hanya sebentar..

'Tak tahulah abah ni sempat tak tengok korang berdua nanti..'

Betol abah..kata-kata abah tu menjadi kenyataan akhirnya... =(

Semoga abah di tempatkan di kalangan orang yg beriman dan sentiasa tenang di sana..al-fatihah..

Nota dari hati: Tak sanggup untuk menulis lebih terperinci dan panjang lebar...menitis lagi air mata ini..

Wednesday, August 28, 2013

Shawl labuh, cantik, menarik pelbagai design ada di sini..

Assalammualaikum semua..

Mungkin ada yg tidak tahu di samping menjadi pengganggur terhormat, aku juga sedang mengusahakan bisness shawl secara online..masih tiada rezeki lagi nak kerja dekat lab kowttt..so untuk menjana pendapatan demi membayar insuran, bil h/p, berokband dan segala jadah tiap bulan kena lah berbisnes sikit-sikit..tak kan nak minta duit dekat mak je kan..sungguh tak patut...dulu-dulu de JPA memang seronok lah kan...

Kepada gadis-gadis anggun, cantik, ayu di luar sana marilah tengok-tengok page IenaHarleena shawl..mana tahu ada yg berkenan di hati..jejaka-jejaka pun boleh tengok jugak..mana lah tahu nak belikan untuk adik, kakak, mak, makwe, jiran ke kan..apa salahnya membantu aku yg baru nak mula menceburi bidang perniagaan ni..kiranya macam membeli sambil membantu kawan-kawan..hahaha..

Shawl plain ni ada hampir 32 warna yg berbeza..

Halfmoon

Shawl printed pelbagai pilihan dan corak

shawl printed + plain color
yang best nya (puji sendiri pulak) shawl ni labuh-labuh dan menutup aurah terutamanya dada tu kan..sudah semestinya harga nya sangat berpatutan dan mampu milik..untuk mengetahui lebih lanjut tentang material dan mendapatkan pilihan yg lebih banyak boleh lah like page IenaHarleena shawl..tak perlu segan-segan nak pm kalau ada sebarang pertanyaan atau keraguan.. terima kasih ye.. =)

Saturday, August 17, 2013

Kisah hari raya ke-3: Terengganu Part 1

Assalammualaikum semua..

Orang lain sibuk excited cerita pasal Hari raya pertama tapi aku nak cerita pasal hari raya ke-3 dulu..kalau mood dan feel muncul insyaAllah aku akan bercerita kisah duka separuh terakhir ramadhan sehingga ke 1st raya dan saat ini...

Hari raya ke-3 (Sabtu), aku dah selamat sampai ke Homestay Anggerik Impian di Kuala Berang...perjalanan selama 7 jam dari Sabak Bernam sampai Kuala Berang memang sangat memenatkan...sakit punggung, pinggang dan segala-galanya sakit woo duduk lelama dalam kereta...macam-macam posisi duduk aku dah aplikasi dalam kereta tapi memang tak boleh mengurangkan sakit pinggang...jauh perjalanan menambahkan kesakitan...hakhakhak..

Sampai homestay pukul 12 tengahari terus baring guling-guling atas katil..konon-konon nya nak hilangkan sakit dekat pinggang tapi tak berkesan pun (part sakit pinggang ni mmg tak best bila penyakit tutt datang)..sedar-sedar dah hampir 3 petang..tertidur rupanya..sebelum tu nak bagi tahu ni..homestay ni agak selesa dengan dapur, tandas bersih, 4 bilik tidur, tv dan peti ais...cuma nya dekat dalam bilik nya tak ada tempat penyangkut baju..so macam tak berapa best la sebab tak tahu nak sangkut baju dekat mana...kos nya RM 240 semalaman (tak berapa ingat)...

Pukul 5 gerak pergi ke rumah Syikin untuk sesi pinang meminang bagi pihak abang...tiada lagi pantun sajak syair segala bagai, sekarang zaman modern so kita ikut jalan highway..straight to the point je...pung pang pung pang pung pang pinangan di terima..secara logik nya mesti diterima kan..dah bercinta segala kan..hahhaa...
sesi menyarung cincin diwakili oleh makcik..mak masih dalam iddah..

cincin Tomei tu..

ini wajah abang..tak malu betol join sekali berbincang..patut-patut tunggu la dekat luar..haishhh

sila fokus ke lace dan bead di baju aku!!cantik kan kan kan??aku jahit sendiri tau..

terbaik...

wakil dari pihak lelaki..

congrats to both of u my bro and syikin.

Nota dari hati: Asyik pergi meminang aje...sudah-sudah la tu..lepas ni nak tunggu orang datang minang je..syok sikit duduk dekat rumah je..tak payah nak pergi mana-mana..

Monday, July 15, 2013

Mana nak beli shawl labuh yg murah untuk hari raya??

Assalammualaikum semua...

Fuhh lega rasanya sudah selesai segala benda..tiada lagi thesis yg perlu di fikirkan...sekarang boleh fokus dengan bisnes online yg baru di mulakan sementara malas nak apply kerja ni...

Bagi sesiapa yg mencari shawl (selendang) labuh menutup dada, senang di bentuk tanpa memakai inner boleh lah cuba Iena Harleena Shawl..harga sangat berpatutan dan mampu milik ..material chiffon yg di gunakan juga sangat lembut dan tidak jarang...boleh beli sekarang dan pakai untuk Hari Raya ni..mesti gojes habes...

Dina Long Plain Shawl...
Measurement: approx. 200x55 cm
price: RM27 excluding postage
so kalau nak lilit sampai terbelit pun masih lagi menutup aurat sebab shawl ni sgt panjang...tak payah risau hokeyy...hihihi...

Dina Plain Shawl..
Measurement: approx. 175x55 cm
price: RM 25 excluding postage
shawl ini pendek sikit dari yg atas tu..tapi masih lagi boleh menutupi dada..kalau orang 'comel' macam aku, lebih prefer pakai yg Dina Long Plain Shawl..baru nampak labuh gitu..hehehe..
Dania Shawl (shawl dual color)..
measurement: approx 200x55 cm
price: RM 29 excluding postage
shawl ni gabungan 2 warna yg menarik tertarik kau memang da bomb..kalau baju raya korang warna merah jambu dan biru so korang boleh beli combination shawl yg warna rosety pink and medium blue..haaa kan jimat tudung macam tu..tak payah beli banyak-banyak..2 in 1 gitu..

Fiona shawl..
measurement: approx. 200x55 cm
price: RM 49 excluding postage
Fiona shawl ni menggunakan material chiffon yg berbeza dari Dina Shawl dan Dania Shawl..shawl ni jug telah di jahitkan patch lace bunga-bunga yg penuh dengan batu-batu yg lip lap lip lap gitu..memang cun dan mnyerlah habes kalau pakai shawl ni..

Fiona Shawl..
untuk maklumat lanjut boleh lah buat lawatan sambil belajar ke FB Iena Harleena..jangan lupa 'LIKE' tau!!bukan kena bayar pun kan..hihih..
geng Power Rangers pakai Iena Harleena Shawl...comel je kan??hakhakhak..

Monday, July 8, 2013

Unofficially graduated from UiTM and Iena Harleena Shawl..

Assalammualaikum semua....

Lama tak menulis dekat sini rasa kekok pula nak menyusun bahasa..tulis padam tulis padam tulis padam je dari tadi..haishh..now, i'm unofficially finished my degree..yahuuuuu....tapi tak hantar hard cover thesis dengan manuscript lagi...err..kiranya tak de la finish sangat kan...

Kalau orang lain pasti dah apply kerja segala jadah walaupun belum habis belajar tapi aku tak ada apply satu kerja pun...sebab nya aku berniat nak jadi penanam anggur yg berjaya sepanjang ramadhan dan raya kali ini....biar lah tahun ni aku dapat puasa penuh dan raya puas-puas dengan family...kalau tahun-tahun lepas memang tak dapat la..lagi pun raya tahun ni ada banyak kenduri kahwin member yg perlu di hadiri..bila dah habis belajar semua sibuk berlumba-lumba nak kahwin...aku???jeng jeng jeng...

Walau macam mane pun, aku ada memulakan bisnes shawl online bersama kakak aku...kalau sebelum ni jual dengan member je tapi kali ini nak cuba la jual secara online...shawl ni kami buat sendiri..kiranya dari proses beli kain, menggunting, menjahit sampai lah mengepos semua di buat oleh kami...kepada anda kamu awak kau mung hang ekau walaupun bukan peminat shawl, harap nya boleh la 'LIKE' page Iena Harleena sebagai tanda sokongan kepada kami..like jangan tak like tau!!! hihihi..

jangan malu-malu nak like page ni hokeyy...

Ini warna-warna untuk Dina Long Plain Shawl.. 

Ini pula warna untuk Dina Plain Shawl..
Untuk maklumat lanjut dari segi material, harga boleh la lawat page Iena Harleena ye... insyaAllah kami bakal mengeluarkan lebih banyak design yg cantik, gojes,ohsem,dan bla bla bla..

Nota dari hati: Harap mendapat sambutan yg baik..

Saturday, June 1, 2013

Percutian ke Port Dickson..

Assalammualaikum semua..

Live update dari Port Dickson hari tu langsung tak ada coretan langsung kan..melambak-lambak gambar je kan..so hari ni nak habaq sikit macam mana boleh sampai PD nun di sana..sebenarnya tak ada perancangan pun nak pergi PD..aku cuma rancang nak ikut family kakak kandung pergi Cherating hari Selasa je...dah tu hari Ahad tu tiba-tiba kakak ipar telefon ajak pergi PD hari Isnin dan balik hari Selasa....alamakk..macam mana ni?!!nak pergi PD ke Cherating??pastu sibuk la telefon kakak kandung bincang-bincang dan akhirnya kitorang buat keputusan nak pergi PD dan Cherating tanpa abang ipar(abang ipar kerja tapi kakak cuti sekolah)..kiranya hari Isnin tu aku pergi PD dengan family abang dan family kakak yg tanpa suami..hari Selasa balik Meru ambil abang ipar terus pergi Cherating..dapat bayangkan tak kepenatannya???

Tamat..

Di Port Dikson..

Kitorang sampai PD awal dalam pukul 12 tengahari sebab nak lepak tepi pantai walaupun check in Glory Beach Resort pukul 3 petang (biasanya pukul 2 kan)...pukul 3 tu kitorang nak pergi check in dia kata tak siap kemas lagi..aik..lambat + lembab betol..dah tu kitorang dapat masuk rumah tu pukul 3.45 petang...gadis dekat reception tu dah la tak mesra langsung..ada sekali tu pintu rumah tu tak boleh buka..dah scan card tu tapi pintu macam berkunci dan kebetulan ada orang maintainance lalu..suruh dia buka pun tak boleh jugak...abang pergi lah dekat reception tanya segala bagai..dia boleh jawab 'Kalau encik scan dah warna hijau mesti boleh bukak..' itu je cara penyelesaian yg dia bagi..sekurang-kurangnya naik lah bagi kata-kata semangat ke..ini tidak, suruh kitorang pula selesaikan masalah..hampagas betol!!dah dia kata mesti boleh buka kan..so abang pun rempuh je r pintu tu...lantak kau...hahaha....aku rasa service resort tu agak tidak memuaskan...makanan dekat resort tu tak sedap..hihi

nasib baik rumah nye selesa..

pandangan dari tingkat 11..
Petang pergi Teluk Kemang untuk mandi manda, naik bot dan jalan-jalan..
naik bot sorang 10ringgit..

Pukul 9 pagi esok nya aku dan family kakak dah check out dulu..kereta Exora di pandu dengan laju dan pantas ke Meru..ambil abang ipar dan adik pastu gerak ke Cherating...perjalanan tanpa rehat weh..

Next entry pasal Cherating pulak hokey...



Tuesday, May 28, 2013

LIVE update dari Port Dickson...

Assalammualaikum semua...

Oleh kerana penat yg melampaui tahap maksima sehingga membataskan pergerakan jemari comel ini untuk menari-nari di keyboard maka upload gambar je yee...lagi pun katil dekat resort ni empuk sangat..rugi kalau tidur lambat...next entry baru ada cerita...

jelingan maut Hafiz..



Glory Beach Resort







Nota: Esok pergi Cherating pulak...

Saturday, May 18, 2013

Meltech Dinner & Award 2013, Crystal Crown Hotel..

Assalammualaikum semua...

17 May 2013, hari Jumaat malam merupakan DINNER terakhir sebagai pelajar Teknologi Makmal Perubatan... jadahnya ayat skema giler...sikittttt je lagi nak habes belajar...lepas ni boleh kawen.. yeayyyy... Meltech Dinner & Award di adakan di Crystal Crown Hotel, Port Klang..hampir 40 minit perjalanan dari Puncak Alam dengan sesak segala..tema nya Serenity of Garden (The Elegance of White) tapi tak ada lah garden sangat pun...belon helium je yg melambak-lambak...kalau de ros helium mungkin lagi mengikut tema...hakhakhak...kalau membebel panjang tanpa gambar-gambar yg gojes dan ohsem tak ada guna nya jugak kan...jom layan 24 keping gambar yg kiut miut..

geng Power Rangers...

makanan yg sangat sedap...

ini menu-menu nya..boleh baca sendiri ye..
duduk depan sekali tu...part 8 lah kate kan...

tu dia suami Anis..

jiran meja belakang.. 
nak juga gyiyomi...layan...zasss





free style..pearl dan lace tu aku jahit sendiri..sila kagum!!!


naseb suami isteri...
geng Parasite aka taik..

geng tikus..

geng darah kambing..


boleh tahan cantik jugak lah kan hall hotel ni..

tab faiz...


Penasihat Meltech..





3 idiot..






The best dinner ever and really enjoy it...maybe sebab last sem kot..dia punya feel lain macam lah tu..hahahaha...

Nota dari hati: Banyak sangat gambar sampai tak tahu nak tulis caption pe..

no caption available...hahahaha