Friday, December 28, 2012

Percutian di Star Cruises hanya RM999....

Assalammualaikum semua...

Sana sini atas bawah kiri kanan depan belakang orang cerita pasal azam tahun 2013...aku??azam aku masih sama macam tahun-tahun lepas..awal tahun azam bukan main pung pang berdentam dentum sana sini tapi hasil nya habuk pun tarak..zam zam ala kazam betol..


Cuma ada sesuatu yg sangat menarik tertarik kau memang da boom untuk aku kongsikan kali ni iaitu impian untuk bercuti dekat Star Cruises..travel ke Phuket dan Krabi..perghhhhh beronok-ronok sungguh....besar betol impian aku sebesar Star Cruises tu jugak..


doa untuk sahabat agar dapat laki kaya..hahaha

Sekarang ni ada promosi tau, cuma RM 999 per person (murahkan?haktuih)..ikutkan hati nak je aku pergi tapi banyak perkara kena di fikirkan..duit???ini pun satu hal jugak!!!travelling period from Jan to April only..masa tu aku tengah sibuk dengan Final Year Project (FYP), so memang tak ada masa lah nak bergembira tak tentu hala kan...gaya orang nak habis belajar memang macam tu kot...busyyyyyy aje memanjang (konon)...

Aku tak pasti bila agak nya impian aku ni akan tercapai..mungkin tahun depan, tak pun tahun depan nya lagi, atau tak ada bayang pun untuk tercapai??!!huhhh...seronoknya lah kalau ada insan yg sudi nak taja sepenuhnya naik Star Cruises ni bila-bila masa je..alangkah indahnya hidup ini...(dush dush..hantuk kepala ke dinding..berangan je lebe..)

Untuk maklumat lanjut sila klik SINI..jangan lupa belanja aku sekali tau... =)

Nota dari hati: Angan-angan dan impian yg mungkin akan jadi realiti satu hari nanti...siapa tahu kan...

3 tayar bergolek:

Anonymous said... [Reply to comment]

karut je sume ni

dhiera said... [Reply to comment]

ada tengok hari tu tapi nak beli huh..besar sgt nilai ye tu. tak mampu rasa ye~

the tempo of life said... [Reply to comment]

betol ke? macam tak caya je