Friday, August 24, 2012

Resepi: Shepherd Pie..

Assalammualaikum semua...

Bosan juga duduk rumah tak pergi mana-mana kan...kalau nak pergi beraya macam tak berapa nak rajin pula hari ni...tiba-tiba terasa rajin nak masak Shepherd Pie bila tengok kentang yg melambak-lambak dekat dapur tu dan aku juga terlebih rajin nak kongsi resepi Shepherd Pie yg di olah oleh aku sesedap rasa dan sesuka hati...

Bahan-bahan untuk mashed potato:

  • 10 biji kentang..nak lebih pun boleh..tak ada masalah..
  • 5 sudu butter..tak kesah jenama apa yg pasti halal..
  • 200 gram susu cair..
  • lada hitam..
  • garam...
Mula-mula rebus kentang sampai empuk..pastu buang air rebusan dan lenyek kentang tu sampai hancur..cara nak hancur kentang tu terpulang kepada kreativiti masing-masing(guna tangan pun oke..haha)...lepas tu masukkan butter, susu cair, garam, dan lada hitam..kacau semua bahan tu sampai sebati..ikut suka hati korang la nak rasa macam mana ye..kalau suka masin tambah garam lebih sikit..kalau suka lada hitam boleh masuk kan banyak-banyak..gula??!tak perlu rasanya...tips: tak perlu skema sangat nak timbang berat susu cair dan butter segala bagai..agak-agak je sudeh..gunakan lidah anda untuk merasa..kalau sedap tu kira oke la..hihi..

Bahan-bahan untuk inti:
  • 3 sudu cili kisar..kalau nak pedas letak lah banyak sikit..
  • 1 biji bawang besar potong dadu..nak potong bentuk bintang, bulan sabit pn oke je..
  • 1 peket daging kisar..tapi aku guna daging yg dah siap di potong dadu oleh mak aku..sonang cite..
  • mix vegetable..aku letak tomato sebab mak aku suka tomato..
  • garam
  • lada hitam
  • 2 sudu tepung gandum
  • minyak
  • butter
  • kalau nak letak sosej or apa-apa saje pun boleh..terpulang kepada cita rasa masing-masing..
Panaskan minyak dan butter, lepas tu masuk kan cili kisar..pastikan cili kisar tu dah betol-betol masak(makan cili tak masak nanti sakit perut wooo) baru masuk kan bawang..lepas tu masuk kan daging..selepas semua dah masak, masuk kan bancuhan tepung gandum dan kacau sampai rata..lepas tu masuk kan pula mix vege dan apa-apa saja yg korang ingin kan dan kacau sampai sebati..garam dan lada hitam secukup rasa jangan lupa pula ye..kalau rasa dah sedap boleh matikan api.. 

Shepherd Pie:

Sediakan bekas yg sesuai untuk di bakar dalam microwave..lepas tu sapu kan butter dekat dalam bekas yg ingin di gunakan(siapa sapukan butter dekat luar memang sangat tak bijak)..masuk kan inti dan rata kan dekat dasar bekas tersebut..lepas tu masuk kan pula mashed potato atas inti tadi dan rata kan serata-ratanya..taburkan cheese mozarella di atas mashed potato tersebut..kalau tak nak letak cheese, boleh guna kan kuning telur...bakar selama 40 minit ataupun sehingga kekuningan..jangan sampai hangit pula ye..


rupa je huduh sebab cheese tak rata tapi rasa sedap..

yummy.. yummy...
Selamat menjamu selera..kbai..

Entry versi Aidil Fitri 2012: Biar gambar yg berbicara...

Assalammualaikum semua..

Amacam laya kali ini??manyak selonok meh??!!itu duit laya dapat banyak ka??!!bagi la dekat guwa sikit woo..jangan kedekut meh..itu sifat manyak tala baik..paham tak?!!kalau tak paham sila google translate...

Sambutan Raya Aidil Fitri 2012 kali ini masih sama macam tahun-tahun lepas cuma beza nya ahli keluarga sudah berkurangan..(kakak dan abang beraya di rumah mertua masing-masing..tahun depan InsyaAllah semua ada..hihih)..tinggal lah kami yg masih bujang dan dara beraya bersama emak dan abah...

Hari Raya Pertama..
sekarang tinggal 3 laki dan 3 perempuan saje..

with my beloved mommy..

ini abah saya...
duit rayaaaa...

Ini dekat rumah mertua kakak...

aik..3 orang budak ni dah macam anak aku pulak..
 Hari Raya ke-3..(Open house)

mengintai pakwe yg hensem berkunjung ke rumah..*adik aku je ye..aku terkecuali..

3orang anak Encik Yusnizam dan Puan Zara..
siap pasang khemah tau..tema UiTM lagi..senang tau ada khemah ni..tak de la kotor sangat dalam rumah..hihih

comel kan mereka??!
bersedia untuk membakar kambing...
Hari Raya ke-4...

Bersambung ke entry seterusnya jika kerajinan untuk update datang bergolek-golek..

Nota dari hati: Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin kepada semua kalau ada salah silap, terasa hati dengan coretan yg karut marut dalam blog ni...

Thursday, August 16, 2012

Yeah..esok balik kampung untuk raya!!!

Assalammualaikum semua..

InsyaAllah esok tengah hari akan memulakan perjalanan pulang ke Sabak Bernam dari Melaka Bandar Bersejarah ini.(yeah..petang off..tak perlu kerja)..harap-harap nya esok jangan lah sesak teruk..penat wooo mahu drive itu keleta(kereta) manual...sudah lah drive bersendirian(ada sesape nak tumpang?!) dan bakal bertemankan lagu-lagu raya yg tak reti nak berhenti berkumandang di corong-corong radio...sangat syahdu dan pilu sampai menusuk ke lubuk hati ini...sob sob sob.(belum hape-hape dah sedih..jadahnya??!!)..

Sesiapa yg nak balik ke kampung halaman silalah pandu berhati-hati ye..pandu cermat jiwa selamat..sila jangan berada di lane kanan sekali kalau kereta itu berkelajuan kura-kura mengandung sedang berjalan ..itu sangat menyakitkan hati dan sanubari okey..hihihi..apa-apa pun semoga kita sampai ke destinasi yg di tuju dengan selamat...ameen..

Lab Chemical Pathology..
meriah kan lab ni??!!lab pun mesti mahu raya juga..
Nota dari hati: Selamat Hari Raya maaf zahir batin..

Friday, August 10, 2012

Mercun, mercun, mercun dan mercun...

Assalammualaikum semua...

Tahun ini buat pertama kali nya berpuasa di perantauan yg sanggggatttt lah jauh beribu batu konon nya..terasa macam nak hantar gambar ke METRO untuk ruangan Salam Perantauan..pergh..syahdu weh...masa ini lah nak termenung pandang syiling kaler putih sambil berbantalkan lengan mengimbas kenangan-kenangan silam yg mengamit jiwa dan raga...(ayat mesti nak sedih aje kan...)

Sudah 19 hari berpuasa dekat Melaka ini tapi tak pernah sehari pun aku di hidangkan dengan bunyi mercun yg berdentum-dentum..sunyi sepi aje(bagus kan negeri Melaka ni)..dulu masa kecik-kecik, aku memang sangat suka main mercun(semua jenis mercun aku layan) tapi bila dah membesar jadi gadis melayu terakhir ni kena lah control ayu sikit...dah insaf main mercun..sekarang ni masa untuk tengok orang lain main mercun pula..kang apa-apa jadi habis turun duit hantaran..hakhakhak..

Selama aku berkecimpung dalam sukan berkaitan mercun ni, tidak pernah lagi diri ini mengalami kecederaan atau mengakibatkan kecederaan kepada orang lain...tapi kenangan Malam Raya 2010 memang sentiasa kemas di ingatan..satu plastik yg mengandungi pelbagai jenis mercun telah meletup dan menyebabkan kecederaan kepada keluarga kakak aku termasuklah abang ipar, hakim dan gha(dah macam berita kan??haha)..masa tu memang sangat panik sebab semua dalam keadaan berdarah-darah, luka sana sini dan malam tu juga pergi klinik..paling ngeri mata abang ipar keluar darah..dah macam vampire je rupanya..tragis kan??!!(malas nak cerita lebih lanjut)

Tapi Raya 2011 tetap teruskan dengan tradisi bermain mercun..memang tiada kesedaran sivik diri langsung..korang boleh tengok aksi-aksi abang-abang aku main mercun telur ala-ala Lee Chong Wei dan Lin Dan di [sini]...action failed kan??

klik untuk tengok video..

Tahun 2012???entah lah..aku pun tak pasti apa yg terjadi dekat rumah...kbai..

Nota dari hati: Sudah lama aku tak berpuasa di perantauan seperti ini...