incik google |
Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan??sampai sekarang ni aku duk terpikir apa la benda bodoh yg pernah aku buat selama 21 tahun aku hidup kat dunia ni..*ni semua gara-gara mendengar Hot fm Am krew hari Jumaat lepas la(kalau tak silap)..
Masa aku dengar tu memang rasa macam nak gelak guling-guling sebab serius memang lawak tak hingat...ada yg cerita pasal lari sejauh 2km sambil berbogel, pastu ada pula yg memotong kemaluan dengan gunting sebab nak sangat sunat dan macam-macam lagi la(tak bape ingat kalau nak senaraikan semua)....hahah...itu semua memang bodoh habis la...tapi itu lah kenangan kan walaupun lawak dan serius memalukan...hahah..
Seingat aku selama aku hidup tak pernah aku buat perkara-perkara di luar alam sampai boleh memberi aib kepada diri sendiri...syukur sangat la..kalau tak mesti aku dah kena bahan dengan semua kaum kerabat aku...cop!!kalau takat nakal dekat sekolah lepas tu kena denda basuh toilet,kutip sampah itu semua tak de lah bodoh sangat kan???standard la kan budak sekolah macam aku ni..mana boleh nak jadi skema parok...kalau tak kena denda dalam seminggu memang tak sah...hahaha...
Sekarang ni aku nak share satu cerita pasal adik bongsu aku yg selalu sangat buat sesuatu perkara tanpa berfikir...
Masa itu umur dia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun...pada satu hari aku bawak dia pergi pantai naik motor..kitorang tak pakai helmet pun sebab pantai tu dekat sangat dengan rumah(pantai BNO..ada sesiapa tahu??)...so dia pun excited la pakai topi yg macam ala-ala pelancong tu kat pantai...dalam perjalanan nak balik dari pantai tu dia masih lagi pakai topi tu walaupun kebarangkalian untuk topi tu terbang amat lah tinggi(topi tu kan ringan dan mampu di terbangkan oleh angin)...entah macam mana tiba-tiba topi yg dia pakai tu diterbangkan oleh angin dan terjatuh lah topi tu atas jalan raya...belum sempat pun aku berhenti di tepi jalan untuk mengambil kembali topi tu tiba-tiba aku di kejutkan dengan tindakan adik aku yg melompat dari motor yg masih bergerak dengan tiba-tiba...apa lagi, terbaringlah dia dekat atas jalan raya dengan aksi ala-ala superwoman....nasib baik la tak de kereta dekat belakang kitorang...kalau tidak memang dah kena langgar la adik aku tu...haish...nak tahu apa jawapan bila aku tanyakan pasal tindakan dia tu???
'Aku nak selamatkan topi tu..nanti kena langgar..'
Nota dari hati: Share lah apa perkara bodoh yg pernah korang buat...leh gelak sama-sama..huhu..
1 tayar bergolek:
fuyoo ! terharu gler seyhh aku !! rasa mcm dihargai gituww ! errr <-->
Post a Comment