Friday, October 14, 2011

Rutin harian sebagai seorang pelajar UiTM yg berjaya..hehe..

Assalammualaikum semua...

Akhirnya berjaya juga menjana minda untuk menulis satu entry santai(santai la sangat) sebelum menghadiri lab yg amat 'menyeronokkan' dan memang sentiasa di 'nanti' oleh aku...

'Apa yg di buat ha lepas habis kelas??!!adakah sampai-sampai umah terus study or wat assingmnet???atau pun terus lompat atas katil menidurkan diri??!!sebab aku jarang nampak korang meng'online'kan diri.. '

Persoalan yg telah ditanya kan kepada salah sorang classmate aku dan dia sendiri pun tak tahu apa yg dia buat sampai boleh menghabiskan saki baki masa selepas kelas dari tengah hari sampai lah keesokkan harinye dengan jaya nya...(ada dua hari kelas sampai 4.30 ptg dan sehari dari 8.30 pagi sampai 4.30ptg tanpa rehat..yg laen sume smpai 1.30 .tensen je..)


Jika di tanya kepada diri aku sendiri sudah semestinya aku mempunyai jawapan yg sangat 'terbaik'...habis-habis kelas je aku terus pecut balik ke rumah sewa jika tidak ada sebarang urusan tentang MELTECH yg perlu diuruskan...selepas je melangkah masuk ke pintu bilik terus menekan button 'ON' di laptop tanpa sempat membuka tudung dan letak beg di tempat sepatutnya...macam dah menjadi satu keharusan untuk memastikan laptop sentiasa dalam keadaan ON walaupun tidak menggunakannya...hahaha...

Selepas tu terus connect berokband Celcom dan tekan icon Google Chrome dan buka FB, BLOGSPOT dan kadang-kadang TWITTER....jika tak ada benda menarik yg boleh di lakukan maka aku akan pergi melawat ke blog-blog yg memaparkan isu semasa sebab aku ni terlampau 'rajin' nak beli dan baca surat kabar.kadang-kadang kalau dah terlampau bosan membuat lawatan ke blog-blog lain maka aku akan membaca NOVEL atau CERPEN secara online di Penulisan2u.my...kalau dah memang terlampau mengantuk sampai tak dapat di bendung maka mata ni dengan sendiri nya akan tertutup dan berlayar lah aku di ruang mimpi sehingga tersedar untuk solat asar....

Erm..kebiasaan nya segala jenis lab report, report kewangan, assignment, study dan menulis blog akan aku selesaikan pada waktu malam tak kira lah sampai pukul 4 pagi sekalipun..hahaha.....hidup aku ni ibarat  macam kelawar je rasanye...aku suke buat kerja pada waktu malam sebab rasa tenang aja tanpa gangguan bunyi-bunyi yg tidak di ingini walaupun kadang-kadang ada juga suara sumbang yg tak sedar diri mengganggu malam-malam aku dalam bilik ni(sila paham-paham sendiri la ye)...haha...

Segala rutin harian aku ni boleh berubah kalau tiba-tiba aku berhasrat nak pergi membazirkan duit tak tentu hala...haha...hidup sebagai seorang pelajar ni memang menyeronokkan..

Nota dari hati: Bertabahlah wahai hati untuk pergi ke lab Virology..hehe..

7 tayar bergolek:

Mohamadazhan.com said... [Reply to comment]

tinggal sebulan lagi bergelar pelajar...

Unknown said... [Reply to comment]

student uitm==" mmg begitu..ngee~

hana said... [Reply to comment]

assalamualaikum. akak amek degree mlt ke? saya dpt deg ni and saya taktahu nk tanya siapa pasal degree ni

hana said... [Reply to comment]

@hana

waalaikumussalam..
ye..akak amek degree mlt..skarang sem 6..
apa yg awk nak tahu ye??
ni emel akak..
sharifatul_hana@yahoo.com

hana said... [Reply to comment]

thanks kak! saya dah email. :)

Sky said... [Reply to comment]

assalamualaikum.kak,pointer paling rendah nk ambil course mlt ni brape ye ? :)

hana said... [Reply to comment]

@Jamal Arif Bin Ahmad
wasalam dik..
pointer plng rndah??
hurm..tu akak x pasti la..tp kelas akak xde yg below 3.00 asenye..=)