Thursday, May 5, 2011

dia la lelaki yg berada di carta paling atas dalam hati saya...

Assalammualaikum semua....

Hari ini aku nak bagi tahu satu dunia (macam la orang luar negara ni bace blog aku..huh...) bahawa hari ini bersamaan 5 MAY adalah BIRTHDAY MY FATHER....saya sayangggggggggggg abah saye.....

So entry hari ni khas tuk abah yg de kat rumah tu...walaupun aku tahu yg abah x kan bace tp at least aku nak sume orang tahu pe perasaan aku sempena birthday abah yg ke 60...serius rasa macam nak nangis je sekarang ni kalau teringat segala jasa baik, penat lelah, susah payah abah tuk besarkan aku selama ni sampai usia aku menjangkau 21 tahun....

walaupun macam-macam hadiah yg kitorang adik beradik berikan tapi tu semua x sama nilai nye dan x kan dapat membalas segala pengorbanan, kasih sayang, didikan, agama, kesenangan, kemewahan, nasihat dan budi abah selama ni...aku mmg berbangga mempunyai seorang abah seperti beliau...abah aku seorang USTAZ dan telah bersara selama 4tahun...

Abah memang seorang yg pemurah dan x pernah berkira....selama ni pe yg aku nak boleh dikatakan x pernah x dapat...tak pernah sekali pun aku dengar abah mengeluh atau merungut x de duit...betol kata abah..kalau kita pemurah dan suka bantu orang insyaAllah rezeki kita akan melimpah ruah...hidup aku bukan la mewah atau kaya raya tp boleh la dikatakan senang...selalu aku dengar abah kata...biar la kita berdoa supaya jadi orang kaya TAPI jangan kedekut...buat pe jd orang kaya kalau kedekut..betol x???!!!

Paling aku berbangga dengan abah sebab berjaya membina Rumah Anak Yatim di Tg karang...walaupun aku tahu itu bukan sesuatu yg mudah tp abah x pernah mengalah....macam-macam halangan yg abah hadapi tapi tu bukan halangan tuk abah mencapai cita-citanye...sebab tu aku bertekad suatu hari nanti aku akan bersama-sama untuk meneruskan dan menjaga rumah anak yatim yg dah abah bina tu dengan baik dan bersungguh-sungguh..biar lah amal yg abah buat di dunia tu akan berterusan walaupun abah dah tiada....

Kalau ingat waktu aku kecik-kecik dulu mmg lawak...sebab kitorang adik beradik semua takut dengan abah..mana x nye..abah mmg seorang yg garang dan tegas...sampaikan nak mintak duit belanja gi sekolah pun takut..haha..pe lagi..mintak kat mak je la..pastu kalau exam mesti kene dapat no1..kalau dapat lebe no 3 mesti kene rotan...tp kalau abah x garang dan tegas mungkin kitorang semua tak berjaya macam sekarang kan...x de la aku kat UiTM ni..mungkin abang-abang aku pun xde yg bergelar jurutera...

Bersyukur sangat kat Allah sebab masih memberi kesempatan kat diri ini untuk merasa kasih sayang abah lagi....setiap kali  abah masuk hospital atau pun sakit mmg membuatkan aku rasa macam dunia ni berhenti...walaupun aku x pernah menangis tp tu bukan bermakna aku x pernah sede...anis pernah tnya nape aku x pernah menangis walaupun ayah aku sakit...aku tak kan menangis sebab aku yakin abah aku yg akan pegang tangan TOK KADI tuk menikahkan aku kelak...semoga Allah memanjangkan umurdan memberi kesihatan yg baik kepada abah..aku belum bersedia tuk merasa kehilangan...

Kalau aku nak tulis cerita pasal abah mmg x kan pernah abes sebab segala yg abah dah lakukan x bole nak di gambarkan dengan kata-kata ataupun penulisan...hanya Allah je yg tahu semuanya.....pe pun yg berlaku aku nak sangat abah tahu bahawa Nana(nama aku kat umah) sayannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnng sangat kat abah..Nana x kan pernah berhenti tuk mendoakan dan menggembirakan hati abah...terima kasih abah tuk segalanya....hanya abah la lelaki yg berjaya berada di carta paling atas dalam hati ni..luv u forever....

nota dari hati: kasih sayang dan jasa baik abah sama dengan emak..tanpa mak dan abah tak kan wujud la Nana kat dunia ni...i love both of u...

Hendak tengok FRIENDLY KID ON LRT???klik bawah ni..

6 tayar bergolek:

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalam...selamat panjang umur buat ayahanda Hana...semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...amin

Terbaru►Informasi : Kenapa Entri BI BM

THE GREEN said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...


semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Kuasai Minda said... [Reply to comment]

Semoga ABAH terus mendapat rahmatNya...

lavenderlover said... [Reply to comment]

hepi besday uncle..may ALLAH bless u always!
>_<

faiz said... [Reply to comment]

semoga ayah awk dipanjangkan umur...insyallah ganjaran besar menanti ayah awak di hari akhirat nanti..

puan anis said... [Reply to comment]

sannah helwah pak cik...=)