Saturday, June 1, 2013

Percutian ke Port Dickson..

Assalammualaikum semua..

Live update dari Port Dickson hari tu langsung tak ada coretan langsung kan..melambak-lambak gambar je kan..so hari ni nak habaq sikit macam mana boleh sampai PD nun di sana..sebenarnya tak ada perancangan pun nak pergi PD..aku cuma rancang nak ikut family kakak kandung pergi Cherating hari Selasa je...dah tu hari Ahad tu tiba-tiba kakak ipar telefon ajak pergi PD hari Isnin dan balik hari Selasa....alamakk..macam mana ni?!!nak pergi PD ke Cherating??pastu sibuk la telefon kakak kandung bincang-bincang dan akhirnya kitorang buat keputusan nak pergi PD dan Cherating tanpa abang ipar(abang ipar kerja tapi kakak cuti sekolah)..kiranya hari Isnin tu aku pergi PD dengan family abang dan family kakak yg tanpa suami..hari Selasa balik Meru ambil abang ipar terus pergi Cherating..dapat bayangkan tak kepenatannya???

Tamat..

Di Port Dikson..

Kitorang sampai PD awal dalam pukul 12 tengahari sebab nak lepak tepi pantai walaupun check in Glory Beach Resort pukul 3 petang (biasanya pukul 2 kan)...pukul 3 tu kitorang nak pergi check in dia kata tak siap kemas lagi..aik..lambat + lembab betol..dah tu kitorang dapat masuk rumah tu pukul 3.45 petang...gadis dekat reception tu dah la tak mesra langsung..ada sekali tu pintu rumah tu tak boleh buka..dah scan card tu tapi pintu macam berkunci dan kebetulan ada orang maintainance lalu..suruh dia buka pun tak boleh jugak...abang pergi lah dekat reception tanya segala bagai..dia boleh jawab 'Kalau encik scan dah warna hijau mesti boleh bukak..' itu je cara penyelesaian yg dia bagi..sekurang-kurangnya naik lah bagi kata-kata semangat ke..ini tidak, suruh kitorang pula selesaikan masalah..hampagas betol!!dah dia kata mesti boleh buka kan..so abang pun rempuh je r pintu tu...lantak kau...hahaha....aku rasa service resort tu agak tidak memuaskan...makanan dekat resort tu tak sedap..hihi

nasib baik rumah nye selesa..

pandangan dari tingkat 11..
Petang pergi Teluk Kemang untuk mandi manda, naik bot dan jalan-jalan..
naik bot sorang 10ringgit..

Pukul 9 pagi esok nya aku dan family kakak dah check out dulu..kereta Exora di pandu dengan laju dan pantas ke Meru..ambil abang ipar dan adik pastu gerak ke Cherating...perjalanan tanpa rehat weh..

Next entry pasal Cherating pulak hokey...