Tuesday, April 30, 2013

Resepi Almond Oreo Cheese Ball with Chocolate Ganache..

Assalammualaikum semua...

Meh sini rapat-rapat..eh...yg sane tu bakpe jauh sgt??duk lah dekat sini sikit....ehem ehem ehem..hari ini nak kongsi resepi Almond Oreo Cheese Ball with Chocolate Ganache(nama nak gempak je kan..)...walaupun mungkin ramai dah pernah cuba atau dah tahu resepi ni tapi aku nak share juga...peduli hape haku...

Bahan-bahan yg diperlukan:
250g cream cheese...aku guna philadelphia sebab dekat econsave ni tak ada jenama lain...dah la mahal..kalau guna tartura murah lagi...
2 peket oreo...tapi aku guna cream O..lebih kurang je rasanya kan..
Hirisan almond
*Coklat masakan...aku guna jenama Nona..
*Susu cair..
*Susu pekat..
*Butter..
*Serbuk koko..
Guna coklat compound lagi senang..tak payah beli bertanda *..aku suka coklat compound Beryl's...

Cara-cara buat oreo ball:
1. Hancurkan oreo/cream O dengan krim nye skali sampai takat hancur yg di mahukan dan letak dalam bekas..
2. Campurkan cream cheese dan gaul sebati..2 peket oreo dengan 250g cream cheese memberi hasil yg agak cheezy..so kalo nak tambah kuantiti oreo pun okey jugak...
3. Bulatkan sampai jadi bentuk ball..kalau nak buat bentuk lain pun boleh..tak ada masalah tp jangan letak nama Oreo Ball la...tukar nama ikut bentuk yg di buat..kalau buat bentuk bintang maka nama nya Oreo Star la kan...

jangan ragu-ragu tentang kebersihan tangan haku okey..i dah basuh dengan  sabun  dettol tau..tak ada bacteria dan kekotoran..
ini bola yg di hasilkan..
 Cara-cara nak buat chocolate ganache menggunakan double boil:
1. Cairkan 2 bar coklat masakan sampai betol-betol cair..
2. Tambahkan susu cair sikit-sikit mengikut kadar kecairan yg kita suka...lebih elok jangan cair sangat dan jangan pekat sangat..just nice gitu sebab kadar kecairan coklat akan memberi kesan bila kita nak salutkan dengan oreo ball..coklat pekat sangat akan membuatkan oreo ball hancur dan susah untuk di saluti..kalau cair sangat nanti coklat nya meleleh-leleh pulak..
3. Letak kan sesudu butter dan gaul sebati...
4. Campurkan susu pekat bagi yg suka manis dan sedikit serbuk koko untuk dapat efek pahit-pahit gitu...

Cara nak golek-golek kan oreo ball dengan coklat:
1. Golek bola dalam coklat gunakan sudu dan garfu...pastikan golek sampai sebati dan letak dalam pinggan atau bekas....
2. Taburkan hirisan almond atas bola yg dh di golek dengan coklat...hirisan almond lebih sedap kalau di goreng tanpa minyak atau di bakar ...kalau nak letak coklat rice atau hias dengan white chocolate pun hokey je..
3. Lepas siap proses golek-menggolek, boleh lah simpan dalam chiller...

proses golek-golek..

siap sepinggan...
Disebabkan coklat ganache 2 bar tu tak cukup untuk bola-bola yg dah di hasilkan maka Azra buat coklat tanpa menggunakan coklat masakan...malas punya pasal nak cairkan coklat masakan..haha...tapi hasilnya sedap lagi yg gunakan coklat masakan tu..hihihi...

ini rupa coklat yg di adun dengan susu cair, susu pekat, butter dan koko tanpa coklat masakan..warna nye tak segelap  yg kat atas tu kan..
Selamat mencuba....

Thursday, April 25, 2013

Coretan paling malas dan sempoi...

Assalammualaikum semua...

Lama benar tak menulis coretan dekat sini sampai bersawang dan berhabuk setebal seinci..fuh fuh fuh (tiup habuk kasi bersih)..last entry pun Selamat tinggal Melaka lepas habis praktikal hari tu...mula semester 8 ni memang tak berkesempatan langsung nak menulis dekat blog yg dah berusia hampir 4 tahun ni...pagi sampai ke petang dah terperuk dekat lab..malam pulak masa untuk menulis thesis (thesis la sangat!!)..dapat bayangkan tak betapa busy dan sibuk nya (busy dan sibuk bukan benda yg sama ke?) pelajar tahun akhir seperti aku??!!jadi mana ada masa nak layan blog, facebook, keek, youtube dan bla bla bla yg lain tu... tiba-tiba ada suara lain menyampuk 'dah tu mana ko dapat masa untuk menulis blog pula tiba-tiba ni, layan Bobo Bubu dekat youtube, upload gambar dekat instagram, tulis status dan 'like' semua benda dekat facebook??' kriikk kriikk kriikk (bunyi cengkerik)... kuang haja betol tanya kat aku soalan yg tak berapa bijak macam tu..hahah

Paling tepat sebenarnya adalah penyakit  M M M M M yg semakin hari semakin besar...malas nak menaip..malas nak karang ayat...malas nak fikir pasal isu yg menarik...segala-galanya malas...pada hal aku boleh buat hampir 10 review novel(guna kan lah baucar buku 1 Malaysia BBIM untuk membeli novel..berbaloi-baloi..hahaha).. review movie yg dah di tonton dekat wayang..kongsi resepi masakan(aku kan rajin masak sangat...mata kat atas tangan kat bahu), tempat yg menarik telah di lawati dan macam-macam lagi tapi kenapa aku tak buat semua tu??haaa...sebab aku MALAS...paling mudah dan senang adalah ambil gambar, tulis caption, upload dekat instagram dan link dengan facebook dan twitter..mudah dan senang bukan???aku boleh simpulkan bahawa teknologi menjadikan manusia semakin malas (ada kena mengena tak??hentam saja la labuuu...)

untung betol tikus ni.nak makan pun kena suap..awek cun  pulak tu yg suap..hak hak hak..

hari-hari ku di mula kan dengan memberi tikus makan..
 Nota dari hati: Tempoh 4 tahun semakin hampir..

Sunday, March 3, 2013

Selamat tinggal Melaka...

Assalammualaikum semua..

Tempoh masa 6 minggu praktikal akhirnya tamat juga dengan jayanya semalam...tak sempat nak berehat dah kena kembali ke kampus hari Isnin nanti..bravooo bravooo...

Kenangan dan pengalaman sepanjang praktikal akan sentiasa menjadi ingatan terindah....

Preceptor kami...terima kasih..
Jabatan Patologi sentiasa dalam kenangan..
adik amir....apple besar tu sangattttt sedap..kitorang dah la tak pernah makan donat cmtu...terharu sangt..sori tak ada hadiah...tapi cukupkan kenangan yg kitorang bagi???serius tacing baca blog ko...sob sob sob..
Terima kasih kepada semua yg telah mencipta dan mewarnai kehidupan kami...jangan lupakan kami ye kawan-kawan dari IMR, Mahsa, MSU, PTPL, UNIKL, Nilai College dan ____________ (mana lagi ye??cukup la tu kot..hihi)... Jabatan Patologi Hospital Melaka the best sebab staff nya yg sangat baik hati dan tak lokek mengajar kami yg tak berapa nak bijak ni dan belanja kami makan (bab makan memang best)...hihihi..

p/s: amir...tolong sampai kan maaf kitorang dekat FUMAKILA dan JUMBO sebab kutuk dorang...


dinner terakhir bersama pakcik, makcik dan azim di Kenny Rogers..
Terima kasih pakcik dan makcik sebab sudi menumpangkan kami berteduh dari sem lepas lagi...kitorang dah rancang nak merempat dekat surau hospital je kalau tak de penginapan..nasib baik acik sekeluarga sudi kutip kitorang..sob sob sob(gurau je)... halal kan air, elektrik, makanan, minuman dan segala nya yg kami guna ye acik..mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dan rosak kan tombol pintu bilik, shower dan____ (duduk rumah orang jadi perosak..teruk betol perangai)...semoga pakcik dan makcik sentiasa di murah kan rezeki...

Nota dari hati: Cantik baju dan kerongsang yg acik bagi tu..pelik betol bila kami yg menumpang ni yg dapat hadiah...syukran...


gambar terakhir di Melaka...
coretan adik amir... Hilangnya si Power Rangers

Sunday, February 17, 2013

Lawatan sambil belajar ke Melaka Part 1...

Assalammualaikum semua..

Tinggal lagi dua minggu sebelum kembali pulang ke Puncak Alam... yeayyyyyy..jadi nya, hujung minggu yg ada terpaksa di gunakan dengan sebaik nya selagi boleh...tak pasti tempat yg menarik untuk di lawati dekat Melaka ni selain Bandar Hilir, Zoo Melaka, Taman Buaya dan bla bla bla sebab dari kecik aku telah di hidangkan dengan lawatan ke Melaka..mentang-mentang la Melaka Bandaraya Bersejarah..asal nk buat rombongan je mesti ke Melaka...kali terakhir aku jejakkan kaki ke Kota A Famosa kira-kira 3 tahun yg lalu (zaman matrik)..

Jadi, semalam kami geng Power Rangers(gelaran yg sangat gah gitu) telah membuat lawatan sambil belajar ke Melaka walau pun nampak macam entah hape-hape tapi seronok juga jalan-jalan sambil bergambar macam kitorang pula pelancong asing..siap bawak tripod lagi tau..jangan tak tahuuuu...

Destinasi pertama adalah Bandar Hilir....

MERDEKA!!!! Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan..
ada sesiapa berani nak gado????kedebabooommmm...
Kota A Famosa...
Dataran Pahlawan di sana..
berhenti amek gambar dulu sebelum teruskan pendakian..
Kubur Belanda...
penat tau naik tangga nak sampai atas ni..


nampak Menara Taming Sari dekat belakang tu??
Muzium Senibina Malaysia..
Muzium Islam Melaka..
Muzium UMNO Melaka..
Keratapi pe ye nama nye??!
Air  Force...(suke ati je bagi nama..hakhakhak)
kami penunggu pokok... 
Muzium Setem Melaka..
Kapal??!!
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam..
Macam-macam jenis Muzium ada dekat Bandar Hilir tapi cuma Muzium Senibina Malaysia je yg kitorang masuk...muzium lain pandang dari luar je la..hahaha...

Monday, January 28, 2013

Pengalaman Bone Marrow Aspiration..

Assalammualaikum semua...

Nasib badan lah praktikal dekat Melaka Bandaraya Bersejarah yg tiada cuti hari ini...orang lain beronok-ronok buat taik mata, aku kena bangun pagi-pagi menghadap kesesakan lalu lintas...positif..positif..positif...

Jejak kan kaki ke Jabatan Patologi terus punch card, baru pukul 7.53 pagi..nasib baik tak merah macam hari Jumaat..haru sungguh...kaki terus melangkah ke Hematology Lab, simpan beg, keluarkan note book, capai lab coat dan terus masuk dalam lab..bla bla bla bla...

Pukul 9 pagi..

'Siapa dekat section BMA(Bone Marrow Aspiration) ni???'

'Tak ada siapa kak..'

'Korang berdua memang dekat FBP process ke??'

'Aahh..kenapa kak??'

'Jom siapa nak ikut akak buat BMA..'

'Saya lah kak...hihi..'
bersama semangat aku bangun nak ikut akak tu...berkobar-kobar nak tengok doktor buat BMA...

Sampai dekat wad tingkat 2 (wad apa entah) , doktor tak habis round lagi jadi kitorang pergi lah dekat wad bawah nya...segala persediaan untuk BMA process memang aku tengok secara live laaa...aku pernah tengok sekali je dalam cerita korea, Wonderful Life kot tajuk nya...kalau tak silap la...ini secara langsung wehhh...memang teruja dan bersemangat habes la..

Mula-mula doktor masuk kan bius dalam drip dan cucuk dekat belakang (tempat puncture) patient..sepanjang process di jalankan, patient tu dalam keadaan sedar..perghhh...mesti sakit kan walaupun dah di bius...lepas tu, doktor tu menggunakan something like pisau untuk cucuk dekat belakang patient tu..mungkin buat lubang kot (aku agak aje..hahaha)..saat paling mengerikan bermula apabila doktor mula menggerudi masuk ke tulang patient...aku tengok kaki patient tu bergoyang-goyang mungkin sebab menahan sakit...kemudian doktor ambil 'liquid bone marrow' menggunakan syringe dan bagi dekat akak untuk buat smear pada masa tu jugak..lepas itu, doktor teruskan menggerudi lagi untuk ambil 'solid piece bone marrow'...semua nya dah siap cuma tinggal nak ambil darah untuk FBP(full blood picture) je...

Sepanjang process tu, aku rilek je tengok segala pergerakkan doktor tu tanpa sedikit pun rasa cuak, cemas atau pun gerun melainkan rasa simpati je dekat patient..tiba-tiba selepas habis je BMA process, aku rasa ada sesuatu yg pelik naik sampai ke kepala...semua benda aku nampak kabur dan berpinar-pinar..segala butir bicara pun aku tak dapat nak dengar..perut memulas-mulas dan terasa nak muntak..badan, muka mula berpeluh-peluh dan baju dah basah lencun...tangan aku dah pucat dan tak ada warna merah langsung...argh sudah...aku sudah mula pegang almari dekat belakang aku sebab aku tak mampu nak berdiri...aku cuba menenangkan diri agar semua kembali normal tapi aku dapat merasakan yg aku tak mampu bertahan untuk menghadapi lagi dua patient dekat tingkat atas...

'Akak, toilet dekat mana ye??'
nada suara yg terketar-ketar..

'Dekat luar sana..awak ni kenapa???pucat semacam je..'

'Tak tahu lah kak..rasa nak muntah ni..'

'Awak pergi keluar sekarang pastu balik ke lab..kalau awak pengsan lagi susah...'

Aku keluar dari wad dan duduk dekat kerusi menenangkan diri sebelum balik ke lab...sepanjang perjalanan ke lab, aku terasa macam orang mabuk pun ada jugak...jalan terhuyung-hayang macam orang tak ada hala tujuan..hahaha...sampai ke lab terus terduduk menahan sakit dan sangat lah beruntung sebab Mr K sangat ambil berat bagi gula-gula dan cari minyak panas..sepanjang hari dia asyik tanya sama ada aku ok atau tak..hahaha...

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya penyebab yg membuatkan aku hampir pitam sebab aku tak ada rasa takut, cemas atau apa-apa pun..pelik jugak ye....walau macam mana pun, ia satu pengalaman yg sangat berharga dapat tengok BONE MARROW ASPIRATION secara live...lalalalala~

Nota dari hati: Kalau korang nak tahu process BMA secara menyeluruh boleh tegok dekat youtube...search je hokey..