Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Trip murah ke Singapura dari Puncak Alam Part 3...

Assalammualaikum semua..

Ini part last untuk cerita Trip murah ke Singapura dari Puncak Alam (part 1 part 2) ...segala cerita dan gambar semua di import khas dari Sentosa Island...kiranya ini destinasi terakhir sepanjang seharian di Singapura...sila jangan pelik sangat lah kalau tak de banyak gambar kan...walaupun Sentosa Island sangat cantik dan best tapi tenaga semua dah habis untuk posing ambil gambar...yg terbayang-bayang ketika itu cuma katil yg empuk bersama bantal peluk yg gebu je..hendak berjalan mengelilingi Sentosa Island pun terasa macam mahu menangis berguling-guling....dapat bayangkan betapa teruk rasa penat ketika itu kan??!!!

masih ada sisa tenaga untuk buat peace...

ish...kacau je aunty tu..kalau tak mesti aku dah wat DP fb pic ni..kecewa..

kesian...muka menagih simpati nak masuk Universal Studio..

dekat mana pun boleh duduk..abaikan saja pandangan orang lain..

mereka masih bersemangat untuk beraksi tetapi tidak aku..
Dekat Sentosa Island tu banyak benda yg boleh korang buat walaupun tak masuk USS macam naik Luge & Skyride, Cable Car, Butterfly Park, 4D cinema, Song of the Sea dan macam-macam lagi..apa yg penting mesti ada duit sebab untuk satu benda yg korang masuk kena bayar paling murah pun 10dolar...kalau tak silap nak naik cable car kena 25 dolar..memang lebam r kan...

Aku terpaksa mengorbankan 18dolar untuk menonton Pirates 4D dan 10dolar untuk Song of the Sea...nasib baik dua benda yg aku kena bayar tu sangat best dan boleh di kira berbaloi...so aku cadangkan kalau korang pergi budget trip paling kurang pun korang mesti tengok Song of the Sea...itu paling terbaik kau memang da bomb..kalau berkira sangat 10dolar tu lenkali tak payah ikut mana-mana trip..paham!!!

menanti show Song of the Sea..

Si Oscar...

Nota dari hati: nanti bile line tenet laju aku upload video masa Song of the sea..hohohoh..

Tuesday, April 24, 2012

Trip murah ke Singapura dari Puncak Alam Part 2..

Assalammualaikum semua...

Aku sambung cerita dari Part 1 walaupun dalam keadaan demam..dah hampir 2 hari tak online dan malam ni gagahkan juga diri untuk kongsi sedikit lagi cerita dan gambar-gambar...

Esplanade park..gambar singa keluarkan air dari mulut ada dekat member la..itu di Merlion Park namanya..
update: Merlion Park...
belakang kitorang yg bentuk ship tu Marina Bay..perasan tak banyak payung di situ??itu tandanya hujan turun dan sebab tu r ak demam..hihih..

China Town...kononya cenderamata, hati, tangan dekat sini sangat lah murah..tapi hampeh kalau convert duit  Malaysia..hehe

masa untuk menghabiskan duit..muka orang banyak duit macam tu la..

masih di China Town..itu tokong ye kawan-kawan..

macam salji tak???erm..hujan masih turun ketika kitorang ke China Town dan gambar di ambil dari dalam bas..

ini di kedai coklat pe entah..air coklat free dia sangat sedap..macam Cadbury..

Bugis Street...sesak sangat-sangat...rasa macam nak rempuh je semua orang..haha

Sultan Mosque...sembahyang jamak zohor dan asar di sini..

Kedai Masakan Minang...makanan yg boleh tahan sedap nya dan murah bagi penduduk Singapore tidak bagi aku..haha..
kawasan ni banyak jual barang branded..kata pemandu pelancong..
escalator dari terowong pejalan kaki..

di hadapan Paragon..

P.A.R.A.G.O.N

erm..bangunan ni berjiran dengan Paragon juga rasanya...

eh..perasan tak tudung aku bertukar selepas sembahyang??gara-gara rasa  tak selesa pakai tudung yg basah  kene hujan pagi tu..

Thor, Ironman, Hulk bersama kawan nya yg lain..

Ngee Ann City.. 
menarik la patung yg berwarni-warni tu kan..
banyak tu je gambar yg boleh di kongsi selepas di tapis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(de kene mengena ke??)..kisah di Sentosa Island akan di update dalam part 3..boleh kan??!!(sambil acu pedang di leher)...kalau nak cerita dalam satu entry mesti panjang berjelar-jelar dan korang nak buka blog ni pun confirm lembab nya mengalahkan siput babi kena strok..

Nota dari hati: One day trip to Singapore serius memenatkan..kalau 3hari tahan la juga..hahaha..

Sunday, April 22, 2012

Trip murah ke Singapura dari Puncak Alam Part 1..

Assalammualaikum semua...

Sampai rumah pukul 5 pagi tadi dari Singapore dan ketika jam menunjukkan pukul 12tengah hari ni aku menggagahkan diri untuk kongsi cerita ..penat sangat sangat penat wei...ini bukan nak minta simpati tapi memang sangat penat ni..sila paham ye...hihi..

Trip ke Singapore selama sehari ni cuma RM150(murah je kan??) dan perjalanan bermula dari UiTM Puncak Alam..sebanyak 2 bas dipenuhi pelajar UiTM yg join trip ni termasuk lah dari fakulti selain Fakulti Sains Kesihatan..

Jumaat(20/4) bergerak dari Puncak Alam pada 11.30malam(last2 sejam lepas tu baru gerak..hihih) dan tiba di RnR Gelang Patah pada pukul 5pagi hari Sabtu(21/4) untuk mandi, tukar baju, sembahyang Subuh sebelum masuk ke Singapore...7.30 pagi meneruskan perjalanan memasuki ke Singapore dan pada waktu seawal pagi itu pun sudah ramai yg nak masuk ke negara tu..berbaris panjang woooo dekat imigresen...

Tempat yg dilawati Merlion Park, Esplanade Park, Orchard road, China Town, Arab and Bugis Street, Kg Gelam dan Sentosa Island...Universal Studio Singapore(USS) tak berkesempatan nak masuk lah..kalau nak pergi USS kena berada dalam tu dari mula buka USS sampai lah tutup ...baru lah berbaloi bayar mahal-mahal sebanyak $72 bersamaan RM180...erm...lawatan sehari yg sangat padat dan serius sangat memenatkan..sampai terasa tak cukup nafas ke sana ke mari...

Mata wang Singapore lebih tinggi dari Malaysia jadi sila lah bawa makanan sendiri dari Malaysia macam roti, coklat, air mineral untuk alas perut sepanjang seharian dekat sana..aku lunch dekat sebuah kedai masakan minang dengan bayaran $3.7 berlaukkan telur rebus masak apa entah dan sebijik bergedil(tak sempat nak snap gambar sebab lepas baca doa terus makan..lapar punya hal..) tapi kalau dekat sini aku selalu kena charge 3ringgit kalau makan camtu...hihih..makan malam punya hal pula cuma mampu beli sandwich telur yg berharga $3.2(sila darab dengan 2.5 untuk ringgit malaysia) di Sentosa Island...mahal kan??!!

Setakat sini dulu coretan dalam Part 1 dan next part akan di kongsi dengan gambar sepanjang lawatan ye...kbai..

Nota dari hati: dah malam gini baru sempat nak publish..hihih..