Showing posts with label stadium. Show all posts
Showing posts with label stadium. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

SNBJ- Semi-final AFF Suzuki Cup 2012..

Assalammualaikum semua..

Ini kali ke-2 aku tengok bola sepak secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil sempena dengan Semi-final AFF Suzuki Cup 2012 antara Malaysia dengan Thailand...1st time tengok dulu masa match antara Malaysia dengan Singapore untuk kelayakan Piala Dunia..

Agak kelam kabut juga lah keadaan sebab kitorang sampai SNBJ pukul 7.15 ptg...dah lah tak redeem tiket lagi (beli on9 punya pasal), belum solat maghrib, nak cari tempat duduk yg strategik pastu dengan keadaan hujan di tambah dengan manusia yg sangat ramai dekat situ...memang terasa macam arghhhh....semua salah abang aku!!!!aku dah pesan pergi awal tapi degil..nasib baik tempat yg kitorang duduk tu boleh nampak abam Bad yg ensem dengan jelas sekali..terasa berbaloi juga tiket mahal-mahal..hakhakhak....

Hingar bingar dengan jeritan, sorakkan, caci maki ribuan penonton memang tak boleh di nafikan lah..nasib baik gegendang telinga aku ni tahan lasak..kalau tak mesti boleh koyak punya dengan bunyi yg super duper bising..secara peribadi nya aku tak sokong ibubapa yg bawak anak kecik ke tempat macam tu(umur x sampai setahun pun ade..haish) ...kalau hilang kan naya je..

Semoga Harimau Malaya buat yg terbaik untuk perlawanan timbal balik dekat Thailand hari Khamis nanti...jangan pulak ada insan-insan yg tak berakal nak keluar statement tak tentu hala dekat facebook tu...kalau pun b***h, jangan lah nak menyerlah kan lagi keb***han tu...


kesian kepala sepupu aku dah hilang...

aku, adik n syikin..

full house..

go Harimau Malaya..

gollllllllllllll!!!!!!!!!!!!

yeah..abam bad disitu...

full time 1-1

Kalau di takdirkan Malaysia berjaya masuk final, kitorang dah bercadang untuk menjejak kan kaki sekali lagi ke SNBJ..ada sesiapa tak yg sudi nak payung tiket final harga RM50 nanti???!!nasib baik tiket semi-final semalam ada orang yg sudi nak taja separuh...


Friday, July 29, 2011

Wajah-wajah penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil...

Assalammualaikum semua..

Bahang kehangatan perlawanan bola sepak semalam masih terasa lagi sampai hari ni..sakit badan ketika berhimpit di stadium pun masih terasa lagi...sakit tekak yg menjerit tak ingat pun masih kekal sakitnya...bau-bauan yg bermacam-macam pun masih terhidu-hidu...di sebabkan semua masih lagi terasa pe kata kita layan aje gambar sepanjang di stadium..lalalala~

aummmm..awwww..

kawan aku sanggup balik dari Czech Republic semata nak tengok Malaysia main..

semua nak biru je ye dik..

serba serbi kuning hitam aunty ni..

jejaka tak di kenali yg menyuruh aku amek gambar guna DSLR aku..motif???

abang dan tunang..

semangat budak ni bersorak..

yess...gollll...

push hands up..

mamat ni dari masuk stadium sampai la abes game keje nye meniup benda kaler hijau tu je..banyak betol angin dalam badan ye..hehe
suka jersi yg besar tu...


Nota dari hati: ada beberapa keping gambar kat atas orang yg aku tak kenali..kalau dorang tu kenalan korang dan tak suka di publish di blog ni sila bg tahu ye...nanti aku buang..

Pemain Malaysia agak mengecewakan l Singapura penuh dengan pura-pura...

Assalammualaikum semua...

Memang kecewa dengan kekalahan Malaysia tapi Malaysia tetap menang dari segi sorakan dan semangat...Malaysia kalah dengan bermaruah..tak de la macam Singapura yg penuh dengan kepura-puraan..baru jatuh sikit dah tergolek-golek macam pe je...cuba kalau aku sepak terajang betol-betol...baru la layak korang nak menangis kat tengah padang..hampagas betol la....

Midfilder hampir sahaja tidak punya idea untuk mencipta gerakan yang lebih sempurna dan baik ke arah serangan. Aku tak nampak sangat fungsi Ismail Faruqi..lebih banyak membawa bola bersendirian, lambat membuat hantaran ke atas. Amar main dengan baik, memandang gandingan asalnya, Syafiq tak dapat diturunkan, Amar lebih banyak bekerja keras untuk patahkan asakan. Bahagian serangan terlalu banyak bergantung kepada Safee mencipta jaringan. Hadi Yahya terus tenggelam mencipta ruang dan jaringan.

Komen pasal pemain Malaysia yg berwarna oren diatas aku ambil dari blog BRO AZHAN...lagipun apa yg dia ulas sama aje pendapat dengan aku tapi semestinya kalau aku yg ulas tak berapa nak gempak sangat la macam bro Azhan kan....kalau setakat nak mengutuk player yg sepak bola macam tak pergi sekolah tu memang aku pandai la..tapi kalau bab strategi ke pe jadahnya tu memang aku tak tahu la..walau macam mana pun memang sayang la kat SAFEE SALI dan KHAIRUL FAHMI CHE MAT...dorang memang terbaik....lalalalala~

Penat lelah aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil tak de la berbaloi sangat sebab aku tak dapat masuk padang pergi terajang sekor-sekor pemain Singapura...dorang memang bikin guwa panas aja...

Nota dari hati: Nampaknya cita-cita aku hendak ke Brazil pada 2014 nanti terpaksa la dikuburkan....

Thursday, July 28, 2011

Pesanan untuk mereka yg pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil...


Assalammualaikum semua...

Pagi-pagi aku dah bangun untuk persediaan dari segi mental dan fizikal untuk match antara Malaysia dan Singapura(ayat macam aku pulak player kan)...heheh...sebenarnya kene buat persediaan untuk menghadapi 85,000 orang di stadium nanti..dengan jumlah yg besar semestinya mempunyai bermacam-macam ragam..kalau seorang pun kita tak mampu nak memahami ni kan lagi 85,000 orang...heheh...

Kalah menang adat pertandingan tetapi biarlah kita kalah pun dengan bermaruah...tak mo la ada yg baling kerusi, baling mercun, baling botol atau pun pi nyalakan laser...tak elok la perangai macam tu ye..kita rakyat Malaysia kan baik-baik belaka..betol tak???.lagi satu jangan cepat melenting bila ada penyokong lawan buat provokasi..kita buat tak tahu sudah la....anggap je dorang macam orang gila tepi jalan yg ganggu perjalanan korang...kalau korang pun sama nak kacau dorang balik maksudnya korang ngn dorang sama-sama gila la...hahaha...

Jangan lupa jaga barang berharga yg dibawa macam wallet, handphone, kamera dan apa-apa je la...kalau dah bersesak-sesak macam tu takut nanti ada yg mengambil kesempatan pula...so kita kene la berhati-hati...jgn lupa perkara wajib iaitu solat..itu la paling penting..Walau macam mana pun, kita doakan kejayaan Malaysia dan semoga keadaan dapat dikawal dengan baik di stadium nanti...

dah macam pesanan dari penaja pulak kan..lalalala~

Nota dari hati: aku naik pengangkutan awam dari klang sampai Stadium Bukit Jalil nanti..tak mau la tolak-tolak ye..hehehe

Monday, July 25, 2011

Jom kita gegar Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ni...



Assalammualaikum semua...

Ini lah kali pertama dalam hidup aku pi tengok bola secara live..gempak tak gempak kan??? kalau nak tunggu de orang nak belanja memang sampai ke sudah tak gi stadium la aku...walaupun poket tengah kering tapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi sanggup juga aku gadaikan 30ringgit untuk beli tiket..bagus kan aku ni???!!hahah...

Pada mulanya tak de niat sangat pun nak pergi tapi bila fikir pemain Malaysia yg memerlukan sokongan padu dari insan comel macam aku ni terpaksa la korban kan sikit masa, tenaga dan wang ringgit..(ayat poyo kan??)..kalau dorang tengok muka aku yg comel ni mesti membuatkan semangat dorang membara-bara tuk membaham singa kacukan(pemain Singpura kan ramai import..auummm)..kiranya kehadiran aku kat stadium tu memang dinantikan oleh semua pemain...dush..dush...sila hempuk kepala kat dinding kalau tak puas hati..hahaha...

Kalau korag nak tahu tiket sudah pun berjaya didapatkan secara online tengah hari tadi dan harapnya tak de la perkara yg akan menghalang perjalanan aku ke Stadium Bukit Jalil 28 julai nanti...jangan lupa pakai jersi yg kaler hitam tau....siapa tak de baik gi beli..kat pasar pun ada jual la...hehe..

Nota dari hati: ada sesiapa yg gi stadium 28 julai ni???leh belanja aku jajan..hahahah..