Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Wajah-wajah penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil...

Assalammualaikum semua..

Bahang kehangatan perlawanan bola sepak semalam masih terasa lagi sampai hari ni..sakit badan ketika berhimpit di stadium pun masih terasa lagi...sakit tekak yg menjerit tak ingat pun masih kekal sakitnya...bau-bauan yg bermacam-macam pun masih terhidu-hidu...di sebabkan semua masih lagi terasa pe kata kita layan aje gambar sepanjang di stadium..lalalala~

aummmm..awwww..

kawan aku sanggup balik dari Czech Republic semata nak tengok Malaysia main..

semua nak biru je ye dik..

serba serbi kuning hitam aunty ni..

jejaka tak di kenali yg menyuruh aku amek gambar guna DSLR aku..motif???

abang dan tunang..

semangat budak ni bersorak..

yess...gollll...

push hands up..

mamat ni dari masuk stadium sampai la abes game keje nye meniup benda kaler hijau tu je..banyak betol angin dalam badan ye..hehe
suka jersi yg besar tu...


Nota dari hati: ada beberapa keping gambar kat atas orang yg aku tak kenali..kalau dorang tu kenalan korang dan tak suka di publish di blog ni sila bg tahu ye...nanti aku buang..

Pemain Malaysia agak mengecewakan l Singapura penuh dengan pura-pura...

Assalammualaikum semua...

Memang kecewa dengan kekalahan Malaysia tapi Malaysia tetap menang dari segi sorakan dan semangat...Malaysia kalah dengan bermaruah..tak de la macam Singapura yg penuh dengan kepura-puraan..baru jatuh sikit dah tergolek-golek macam pe je...cuba kalau aku sepak terajang betol-betol...baru la layak korang nak menangis kat tengah padang..hampagas betol la....

Midfilder hampir sahaja tidak punya idea untuk mencipta gerakan yang lebih sempurna dan baik ke arah serangan. Aku tak nampak sangat fungsi Ismail Faruqi..lebih banyak membawa bola bersendirian, lambat membuat hantaran ke atas. Amar main dengan baik, memandang gandingan asalnya, Syafiq tak dapat diturunkan, Amar lebih banyak bekerja keras untuk patahkan asakan. Bahagian serangan terlalu banyak bergantung kepada Safee mencipta jaringan. Hadi Yahya terus tenggelam mencipta ruang dan jaringan.

Komen pasal pemain Malaysia yg berwarna oren diatas aku ambil dari blog BRO AZHAN...lagipun apa yg dia ulas sama aje pendapat dengan aku tapi semestinya kalau aku yg ulas tak berapa nak gempak sangat la macam bro Azhan kan....kalau setakat nak mengutuk player yg sepak bola macam tak pergi sekolah tu memang aku pandai la..tapi kalau bab strategi ke pe jadahnya tu memang aku tak tahu la..walau macam mana pun memang sayang la kat SAFEE SALI dan KHAIRUL FAHMI CHE MAT...dorang memang terbaik....lalalalala~

Penat lelah aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil tak de la berbaloi sangat sebab aku tak dapat masuk padang pergi terajang sekor-sekor pemain Singapura...dorang memang bikin guwa panas aja...

Nota dari hati: Nampaknya cita-cita aku hendak ke Brazil pada 2014 nanti terpaksa la dikuburkan....

Thursday, July 28, 2011

Pesanan untuk mereka yg pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil...


Assalammualaikum semua...

Pagi-pagi aku dah bangun untuk persediaan dari segi mental dan fizikal untuk match antara Malaysia dan Singapura(ayat macam aku pulak player kan)...heheh...sebenarnya kene buat persediaan untuk menghadapi 85,000 orang di stadium nanti..dengan jumlah yg besar semestinya mempunyai bermacam-macam ragam..kalau seorang pun kita tak mampu nak memahami ni kan lagi 85,000 orang...heheh...

Kalah menang adat pertandingan tetapi biarlah kita kalah pun dengan bermaruah...tak mo la ada yg baling kerusi, baling mercun, baling botol atau pun pi nyalakan laser...tak elok la perangai macam tu ye..kita rakyat Malaysia kan baik-baik belaka..betol tak???.lagi satu jangan cepat melenting bila ada penyokong lawan buat provokasi..kita buat tak tahu sudah la....anggap je dorang macam orang gila tepi jalan yg ganggu perjalanan korang...kalau korang pun sama nak kacau dorang balik maksudnya korang ngn dorang sama-sama gila la...hahaha...

Jangan lupa jaga barang berharga yg dibawa macam wallet, handphone, kamera dan apa-apa je la...kalau dah bersesak-sesak macam tu takut nanti ada yg mengambil kesempatan pula...so kita kene la berhati-hati...jgn lupa perkara wajib iaitu solat..itu la paling penting..Walau macam mana pun, kita doakan kejayaan Malaysia dan semoga keadaan dapat dikawal dengan baik di stadium nanti...

dah macam pesanan dari penaja pulak kan..lalalala~

Nota dari hati: aku naik pengangkutan awam dari klang sampai Stadium Bukit Jalil nanti..tak mau la tolak-tolak ye..hehehe

Sunday, July 3, 2011

Tahniah MALAYSIA... l hensem nya SHARBINEE ALLAWEE....

hensem kan??sumber:incik google

Assalammualaikum semua....

Tahniah team MALAYSIA sebab berjaya di pusingan pertama untuk melayakkan diri ke PIALA DUNIA 2014...hati ini terasa juga untuk membuat ulasan sepanjang perlawanan tadi walaupun aku ini tak pandai main bola...hahaha...ada yg berkata referee bias dan di bayar tapi kebenarannya kita tak tahu kan..so tak yah nak tuduh-tuduh la ye(mmg nampak bias pun kan..hahha)...

Lagipun tadi pemain Malaysia banyak yg melakukan kesilapan mungkin sebab di saat genting membuatkan semua tergesa-gesa ingin menjaringkan gol..semua nya bertindak terburu-buru...sepatutnya semua pemain mesti lebih tenang dan fokus terhadap strategi yg telah dirancang...kesian aku tengok Sharbinee Allawee yg berusaha untuk menahan bola dari terus membolos ke dalam gol sebab bahagian defender malam ini agak kurang menyerlah...walau macam mana pun Sharbinee mmg hensem(de kene mengena ke??!!)..So untuk perlawanan seterusnya dengan Singapura diharap semua pemain dapat membaiki kesilapan dan jangan sampai membiarkan emosi mengawal perlawanan...

Walaupun Malaysia kalah tadi tetap tak kan merubah sokongan padu yg aku berikan terhadap team Malaysia...so tidak perlu rasa nya nak maki-maki atau pun cabut jersi bila Malaysia kalah..kalau rasa korang tu power sangat apa kata korang aja yg ganti player itu..jangan takat hebat memaki aje tapi nak sepak bola pun tak reti...

Nota dari hati: Aku memang tak reti main bola sepak tapi tak salah kan aku nak bg pendapat aku??jgn memaki sudah la..hahaha... good luck MALAYSIA...