Showing posts with label F1. Show all posts
Showing posts with label F1. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Sikap yang boleh menyebabkan kemalangan..

incik google.


Assalammualaikum semua..

Sila bagi signal ke kiri atau ke kanan setiap kali hendak membelok tak kira la korang tu bawak kereta sewa, kereta sapu, kereta company,kereta sendiri, lori kontena, lori ayam, lori minyak, atau pun motosikal sekali pun(penat nak senaraikan semua..huh)..disebabkan sikap korang yg malas atau pun tak reti nak bagi signal tu boleh mengundang marah pemandu yg lain termasuk la aku....

Aku memang rasa nak maki pastu bagi kaki aja kat orang yg tak reti nak bagi signal ni...sekurang-kurang nya kalau korang dah bagi signal awal tak de berlaku accident disebabkan korang yg tetiba bawak perlahan sebab nak membelok...lagi satu kalau kat highway tu tetiba korang masuk depan kereta lain dengan tiba-tiba tanpa memberi apa-apa isyarat...di buatnya orang belakang tu bawak laju macam pelesit dan tak sempat break..kan dah berlaku pertempuran yg tak di jangka....memang la salah bawak laju tapi kita kena la sama-sama untuk elakkan accident kan..

Lagi satu perangai yg agak menyampah, dah nak masuk simpang baru nak bagi signal....aish..kenapa la korang tak bagi signal tu esok aje...geram betol di buatnya... kalau ikutkan hati memang aku dah langgar aja orang macam tu..kalau tak nyusahkan hidup orang lain tak sah agaknya...

Aku bukan nak kata yg aku ni pemandu berhemah sebab aku memang bawa kereta teramat la laju macam  pemandu F1..tapi sekurang-kurang perkara basic macam tu tak kan la tak boleh di buat...masa ambil lesen dulu kan dah belajar...cuba lah praktik kan...aiyaaa...

Nota dari hati: Kalau signal rosak pi la betol kan cepat-cepat...hehe..

Thursday, June 30, 2011

Gadis blogger bakal pemandu Formula 1 (F1) terkemuka..

ini bukan kereta aku..sumber incik google

Assalammualaikum semua..

Dari pelajar dan blogger separuh masa akhirnya ingin menceburkan diri dalam bidang yg lebih mencabar iaitu pemandu F1..sungguh tinggi cita-cita sampai tidak tercapai dek akalmu...sukar untuk di percaya seorang gadis yg berperwatakan lembut(tipu) dan comel mempunyai keinginan mengalahkan lelaki...

Tetapi malangnya cita-cita dan keinginannya yg satu ini mendapat bantahan dari ramai pihak yg memandang dia dengan tak ada mata..semua menyangka seorang gadis tidak boleh mengharumkan negara dalam bidang F1..dalam dunia ini tak ada benda yg mustahil la..semua boleh jadi kenyataan kalau berusaha dan terus berusaha...tidak kira lelaki atau pun perempuan, dimana ada kemahuan di situ ada highway jalan..

Setelah di fikir dengan separuh masak akhirnya si gadis mengalah dengan cita-citanya dan hanya melepaskan gian memandu ibarat pemandu F1 di jalan raya...setiap kali dia memintas pemandu lain pasti mereka akan menoleh sebab kagum dengan pemanduan seorang gadis yg mempunyai ciri-ciri pemandu F1...itu la akibatnya apabila semangat Formula 1 sudah ada dalam diri...

Biarlah impian aku yg satu ini bersemadi kemas di dalam hati ini..agak-agaknya layak kah dari seorang pelajar jurusan Medical Laboratory Technology dan blogger separuh masa akhirnya menjadi pemandu F1???!!!seronok juga kalau kita mempunyai impian yg lain dari yg lain...hahaha...

Nota dari hati: Kalau dapat duduk sebelah Michael Schumacher atau Lewis Hamilton masa dia memandu pun syok juga kan...hahaha..