Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

3 situasi manusia bersikap mementingkan diri...

Assalammualaikum semua...

Perangai manusia yg mementingkan diri kadang-kadang boleh mendatangkan geram dan sakit hati kepada sesiapa saja....kalau hendak di ikutkan banyak situasi yang dapat aku lihat wujudnya manusia yg mementingkan diri ini tetapi aku nak kongsi kan cuma 3 situasi saja...

gara-gara tiada parking..hehe

Parking kereta
Situasi macam ni paling mencabar keimanan aku sebagai pemandu kereta yg berhemah(sempat lagi puji diri sendiri)...ada ke patut manusia macam ni parking kereta macam parking bas persiaran aja....tak payah la lebih-lebih sangat sampai masuk parking orang lain..elok-elok tempat tu muat untuk dua kereta dah jadi satu kereta aje..lagi-lagi kalau waktu tengah susah payah nak cari parking sebab ada mega sale kat Jusco(ni contoh je la)...kalau ikutkan hati aku yg murni ni memang nak bako aje kereta tu..aiyaa..


Pengangkutan awam
Terutamanya peak hour la..masa tu la semua orang dah kepenatan balik dari kerja dan bergegas untuk pulang ke rumah tapi cuba lah jadi manusia tu perangai nya elok sikit..tak perlu la nak bertolak-tolak untuk masuk bas atau KTM...walaupun korang nak cepat sangat cuba lah fikir pasal orang lain sikit..jangan lah dok fikir diri sendiri aja..kalau korang nak cepat sampai rumah habis tu orang lain tak nak balik rumah cepat juga ke??!!!

Di dalam surau
Kebanyakkan surau dekat shopping mall tak de lah besar mana kan..kadang-kadang tu hanya boleh memuatkan lima orang saja dalam satu masa...jadi apa salahnya kalau bagi peluang dan ruang dekat orang lain untuk sembahnyang daripada korang duduk melepak sembang-sembang mengumpat tidak tentu hala...ditambahkan lagi kalau suara tu kuat mengalahkan speaker memang sangat menganggu ketenteraman orang lain nak solat...jangan hanya penting kan diri sendiri sebab nak berehat atau pun melepaskan penat dekat surau...belajar ingat-ingat pasal orang lain juga...

Setakat ini saja lah yg aku nak kongsi..kalau korang ada sikap mementingkan diri tu lebih baik kurang kan la sikit...kita hidup dekat dunia ni bukan nya sorang-sorang..so belajar la sikit untuk fikir pasal orang lain....

Nota dari hati: Selamat berbuka semua...

sumber: incik google

Friday, August 5, 2011

Sikap yang boleh menyebabkan kemalangan..

incik google.


Assalammualaikum semua..

Sila bagi signal ke kiri atau ke kanan setiap kali hendak membelok tak kira la korang tu bawak kereta sewa, kereta sapu, kereta company,kereta sendiri, lori kontena, lori ayam, lori minyak, atau pun motosikal sekali pun(penat nak senaraikan semua..huh)..disebabkan sikap korang yg malas atau pun tak reti nak bagi signal tu boleh mengundang marah pemandu yg lain termasuk la aku....

Aku memang rasa nak maki pastu bagi kaki aja kat orang yg tak reti nak bagi signal ni...sekurang-kurang nya kalau korang dah bagi signal awal tak de berlaku accident disebabkan korang yg tetiba bawak perlahan sebab nak membelok...lagi satu kalau kat highway tu tetiba korang masuk depan kereta lain dengan tiba-tiba tanpa memberi apa-apa isyarat...di buatnya orang belakang tu bawak laju macam pelesit dan tak sempat break..kan dah berlaku pertempuran yg tak di jangka....memang la salah bawak laju tapi kita kena la sama-sama untuk elakkan accident kan..

Lagi satu perangai yg agak menyampah, dah nak masuk simpang baru nak bagi signal....aish..kenapa la korang tak bagi signal tu esok aje...geram betol di buatnya... kalau ikutkan hati memang aku dah langgar aja orang macam tu..kalau tak nyusahkan hidup orang lain tak sah agaknya...

Aku bukan nak kata yg aku ni pemandu berhemah sebab aku memang bawa kereta teramat la laju macam  pemandu F1..tapi sekurang-kurang perkara basic macam tu tak kan la tak boleh di buat...masa ambil lesen dulu kan dah belajar...cuba lah praktik kan...aiyaaa...

Nota dari hati: Kalau signal rosak pi la betol kan cepat-cepat...hehe..

Tuesday, April 19, 2011

perempuan memang kurang pengetahuan pasal kereta...setuju??

ini kereta aku 10 tahun akan datang..


Assalammualaikum sume..

walaupun next week exam tp aku harap dapat menghasilkan jugak entry walaupun 2 hari cume 1 entry...hahaha.. ye la...tak kan la 24hour aku nak ngadap buku je kan..leh accident sume nerve kat otak aku ni..hahaha....setelah bertungkus lumus memikirkan entry pe aku nak tulis hari ni akhirnya dapat gak idea..hahah...terima kasih la ye idea sebab sudi singgah di kala ini..hahaha..

ehem...entry ni berkisar PEREMPUAN DAN KERETA..hahaha...sem ni aku bawak kereta sebab mak aku dah tak bagi naek moto selepas aku accident sem lepas..hahaha..x yah la korang nak kagum sangat pelak sebab aku bukan bawak kereta LAMBORGHINI, BMW, FERRARI pun gi kampus..hahaha...cume kereta KANCIL warna MERAH (nama kancil tu BEH sebab no flat die BEH 6481..hahah...)

Sepanjang aku guna kereta ni hampir 1 sem baru lah aku tau camne nak pam tayar, tukar minyak hitam, check air dan memacam lagi..muahaha....betol la pe yg aku dengar sebelum ni bahawa perempuan ni tahu bawak kereta je tp x tahu nak servis...muahahaha...kalau korang nak kata aku macam tu pun aku mampu tersengih aje sebab aku la salah seorang pompuan yg macam tu..hahaha...tapi sekurang-kurangnye setiap minggu aku mandikan kereta aku tu...bab kebersihan aku jaga la tapi bab kesihatan dia, mmg hampeh la...lalalala~

Kene tunggu orang tegur camni..'Hana tayar kereta ko kurang angin la..'..'Hana, apsal minyak hitam ko berkelip2.' dan macam-macam lagi la baru la aku servis si kancil tu....bukan aku x perasan pasal tu cuma aku x tau dan xde kesempatan la...hahahaha...hidup aku mmg penuh dgn alasan...kalau tak tahu cakap je la x tau kan...hahaha...

Itu cerita masa mula-mula bawak kereta tapi sekarang aku dh ade la ilmu pengetahuan cikit..haha..x de la jahil teruk sangat pasal kereta..hahaha..hidup mesti de kemajuan kan..tak kan nak duk kat takuk lama aje..hahaha...sekurang2nye aku de ilmu cikit pasal kereta2 ni..tak de la tercengang aje bila orang sembang pasal kereta kan..hahaha...baru la berkembang cikit otak ni...

Walau macam mana pun bukan semua perempuan macam aku kan..de gak yg lagi hebat dari laki..hahaha...x pasal-pasal de yg x puas ati ngn aku sebab menceritakan kekurang pandaian perempuan..hahaha...tak kisah la pe pun yg penting kalau kita belajar insyaAllah kita akan de ilmu jugak pasal kereta ni...jangan tahu nak guna je tapi amek la tahu jugak..hahaha...k la..daa~

nota dari hati: aku mempunyai cita-cita tuk memiliki kereta BMW...de sape2 sudi nak bagi tak??muahhaha..