Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Segala nya demi Baddrol Bakhtiar...

Assalammualaikum semua...

Bersusah payah pulun idea untuk menulis entry di blog usang ni sebab ada insan yg tak sabar nak baca setiap coretan karut marut yg tak seberapa ni(gaya macam ramai readers pulak..hakhakhak)....tapi malangnya masih tiada idea yg sudi menjengah...sobsobsob(sedih tak??)...

Jika ikut hati mati nak je aku tulis luahan perasaan dalam blog ni tentang rindu yg tidak bertuan, tentang geram yg tidak terluah, tentang impian yg tidak tercapai, tentang jiwa yg kerisauan, tentang ....... tentang segalanya sebab ini blog ana yg punya...suka hati aku lah kan...hakhakhak(gelak keji)...
sumber incik google

Tetapi....tapi macam lah ada orang yg sudi baca coretan sekeping hati dan perasaan yg tulus ikhlas ni kan(nada merajuk)...apa???awak sudi baca??betol ni???lepas ni kalau setiap entry saya berkisar pasal Baddrol Bakhtiar aja awak jangan bosan dan kutuk pula ye(itu kira ok juga kalau rasa bosan tapi kalau sampai unfollow tu mmg dah kes berat)...saya nak awak baca juga sebab awak janji nak baca semua isi hati saya kan??!!!.tak baik mungkir janji...tipu dosa, masuk api neraka..mana lah tahu awak boleh sampaikan isi hati yg ikhlas ini kepada Baddrol Bakhtiar...nak mengharap kepada dia baca blog usang ini memang mustahil akan terjadi(nada kecewa)...

Mulai detik ini blog ini akan menceritakan tentang impian seorang gadis untuk memiliki sekeping hati pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar..semua entry mesti berkisar tentang Baddrol Bakhtiar..tiada topik lain selain Baddrol Bakhtiar...ada sanggup korang baca???pasti tak kan muntah hijau??!!

Sekian terima kasih kepada semua yg menyokong perubahan kepada blog ini...selamat malam...

Nota dari hati: Dush(hantuk kepala ke dinding)...entry merapu sebab tak boleh tidur ketika jam menunjukkan 3.40 pagi...jika benar perubahan itu terjadi maka blog ini dah macam blog Baddrol Bakhtiar..hahaha




Tuesday, November 22, 2011

Angan-angan itu pasti akan tercapai juga satu hari nanti...percayalah...

Assalammualaikum semua....

Di sana di sini masih lagi hangat memperkatakan tentang kemenangan Harimau Muda tapi aku rasa cukup lah  sudah mengulas isu 2 orang Hero Malaya dan kemenangan mereka dalam entry yg lepas-lepas...walau macam mana pun rasa bangga dan sokongan dalam diri aku ini terhadap mereka tidak pernah berhenti...semoga sentiasa berjaya Harimau Malaya dan Harimau Muda..

Kau tak payah lah berangan-angan..semua itu TAK MUNGKIN jadi kenyataan...semua itu MUSTAHIL!!!

Walau mungkin ramai mengatakan impian aku adalah satu perkara yg MUSTAHIL akan terjadi tapi aku tetap percaya dan yakin pada takdir...lagi pun bukan rugi pun kalau aku nak tanam angan-angan ke semai impian ke pasang cita-cita ke apa benda sekalipun sebab semua perkara itu bukan perlukan modal atau pun bajet yg tinggi..yg diperlukan cuma hati, otak, akal, jantung, limpa dan seluruh diri aku sendiri mungkin juga bantuan dari insan sekililing aku...

Lagi pun, tanpa impian, angan-angan, harapan dan cita-cita ibarat hidup yg tiada arah tujuan...ibarat layang-layang yg tiada tali...ibarat tak makan dan minum selama seminggu..sekurang-kurangnya bila kita ada keinginan, kita tahu apa yg kita ingin capai dalam hidup ini...barulah ada garis panduan dalam hidup ini...tak de lah hidup macam orang hilang arah pedoman sampai tak tahu nak buat apa dalam dunia ni pada hal kalau kita senaraikan IMPIAN kita mesti melebihi 1000 muka surat...tidak kisah la kalau pun mungkin impian kita tu macam sengal-sengal je seperti KEINGINAN UNTUK PANJAT POKOK KELAPA....

Bila kita ada satu keinginan macam nak panjat pokok kelapa tu, kita mestilah kena berusaha untuk mempelajari teknik dan taktik untuk menawan pokok kelapa tersebut...kalau kita takat duduk bawah pokok kelapa sambil menatap hening pokok kelapa yg melambai-lambai ke kiri ke kanan, korang jangan harap lah yg tiba-tiba korang boleh berada di atas...lain lah kalau ada bunian tolong letak korang dekat atas pokok kelapa tu....
angan-angan aku setinggi awan..
Aku percaya kalau ANGAN-ANGAN yg disertakan dengan USAHA ditambahkan lagi dengan DOA, InsyaAllah ia akan membuahkan hasil...walaupun mungkin lambat tapi jangan sesekali mengalah...berusaha dan teruslah berusaha...aku tidak tahu kenapa aku terlampau yakin terhadap satu-satunya IMPIAN(mungkin juga angan-angan atau pun cita-cita..aku sendiri tak tahu apa perbezaan antara semua benda tu..hehe) aku yg orang kata luar alam dan aku sendiri terasa memang betol-betol luar alam dan mungkin dah sampai planet mana aku pun tak tahu..harapnya ia bukan lah hanya sekadar MIMPI di siang hari...

Nota dari hati: Malu untuk aku menyatakan tentang impian luar alam aku tu..hihi..

Thursday, June 30, 2011

Gadis blogger bakal pemandu Formula 1 (F1) terkemuka..

ini bukan kereta aku..sumber incik google

Assalammualaikum semua..

Dari pelajar dan blogger separuh masa akhirnya ingin menceburkan diri dalam bidang yg lebih mencabar iaitu pemandu F1..sungguh tinggi cita-cita sampai tidak tercapai dek akalmu...sukar untuk di percaya seorang gadis yg berperwatakan lembut(tipu) dan comel mempunyai keinginan mengalahkan lelaki...

Tetapi malangnya cita-cita dan keinginannya yg satu ini mendapat bantahan dari ramai pihak yg memandang dia dengan tak ada mata..semua menyangka seorang gadis tidak boleh mengharumkan negara dalam bidang F1..dalam dunia ini tak ada benda yg mustahil la..semua boleh jadi kenyataan kalau berusaha dan terus berusaha...tidak kira lelaki atau pun perempuan, dimana ada kemahuan di situ ada highway jalan..

Setelah di fikir dengan separuh masak akhirnya si gadis mengalah dengan cita-citanya dan hanya melepaskan gian memandu ibarat pemandu F1 di jalan raya...setiap kali dia memintas pemandu lain pasti mereka akan menoleh sebab kagum dengan pemanduan seorang gadis yg mempunyai ciri-ciri pemandu F1...itu la akibatnya apabila semangat Formula 1 sudah ada dalam diri...

Biarlah impian aku yg satu ini bersemadi kemas di dalam hati ini..agak-agaknya layak kah dari seorang pelajar jurusan Medical Laboratory Technology dan blogger separuh masa akhirnya menjadi pemandu F1???!!!seronok juga kalau kita mempunyai impian yg lain dari yg lain...hahaha...

Nota dari hati: Kalau dapat duduk sebelah Michael Schumacher atau Lewis Hamilton masa dia memandu pun syok juga kan...hahaha..

Wednesday, May 18, 2011

APA YG MENDORONG UNTUK......tutttttttt

Assalammualaikum semua..

Semua dah seronok balik ke kg halaman tapi aku je masih setia menanti di PUNCAK ALAM (PA) ni..sungguh sunyi PA tanpa kehadiran pelajar UiTM..hahaha..sabar ye orang PA..kami cuti 4 bulan aje..nanti kitorang datang balik ye...tak perlu nak rindu2 sangat la ye(ayat bajet macam di kenali masyarakat..haha)...hahhaha..

Dalam hidup ini kan..pe yg mendorong korang melakukan sesuatu yg korang fikir korang tak mampu nak lakukan????adakah kata2 semangat dari orang tersayang???harapan insan sekeliling???atau pun melakukan nye demi orang lain bukan untuk kepuasan diri sendiri???

Yeah betol..semangat, cita-cita, impian dan harapan tu semua mmg penting...tapi bg aku yg paling penting adalah 3K iaitu Keinginan, Keberanian dan Keyakinan diri kita sendiri...setakat kita dengar orang lain bagi semangat bagai nk rak kat kita tapi kalau diri kita sendiri tak de 3K tu mmg tak guna jugak..sebab yg akan melakukan nye adalah diri kita sendiri bukan nye orang lain...korang paham tak???(ayat dah macam orang bukan melayu kan??haha)

Semester 4 kali ni berlalu dengan begitu pantas..byk kenangan sepanjang 4 sem aku berada di UiTM dan aku rasa keinginan masa sem 1 yg aku rasa mustahil untuk tercapai sudah pun aku capai masa sem 4 ni...hahaha...korang mesti nak tau kan???aku segan la nk btau cume yg pasti bukan pasal aku dapat anugerah dekan la...hahaha...

Tapi aku sedikit kecewa sebab de lagi 1 impian aku yg x dapat capai masa sem ni...sebab aku dah bertekad aku akan lakukan nye jugak sebelum sem 4 ni berakhir tapi malang nye impian tu tak tercapai...korang nak tahu nape aku tak berjaya???!semua nye disebabkan 3K...aku dah ada keinginan cuma tak de keberanian dan keyakinan..sebab aku takut nak mencuba..sebab aku takut nak menghadapi sebarang kenyataan..sebab aku takut....aku jadi takut sebab aku x de keyakinan diri..hahaha...tak pe la...mungkin masa akan datang aku boleh cuba lagi..

So pe kata korang share ape yg mendorong korang melakukan sesuatu???daaa~

Nota dari hati: Keyakinan dan keberanian ni hilang bila bab2 perasaan aje..so korang paham2 je la..hahaha

*entry ni aku repost sebab blog wat maintanence ri tu...