Saturday, October 20, 2012

UTM Konvokesyen Part 1: UTM, Johor Premium Outlet dan Restoran Bibik..

Assalammualaikum semua...

Memang sekarang ni musim hujan konvo dekat mana-mana universiti pun kan..TAHNIAH kepada semua graduan dan rasa tak sabar juga nak bergelar graduan tahun depan...13 October 2012 merupakan kali pertama aku menjejak kan kedua-dua belah kaki di UTM Skudai setelah 4 tahun abang belajar dekat sana..nasib baik tiada aral melintang menegak menyenget yg menghalang dari aku pergi menyemak di konvo abang yg sangat bestttt....masa-masa konvo tu juga lah sewa homestay nak mahal...pandai betol para penyewa ni amek kesempatan...
UTM Konvokesyen ke-49,,
Para graduan masuk ke dewan..
tahniah tahniah tahniah..

nama abang aku bukan AZMI..Azmi tu selepas abang aku laaa..suka hati je skip nama abang aku...ingat ni konvo sekolah tadika ke??!! #emopulak..

family yg hadir.. 
aik..mata dah hilang..
apsal muka senyum tak ikhlas ni???

syikin(bakal menantu), mak n abang..

peace yooo..

terbaik...
Walaupun kepenatan sebab kitorang sampai Johor terus pergi konvo tanpa sempat berehat tapi masih gagah kan diri untuk berjalan-jalan mencuci mata dan minda pada malam tersebut..tempat pertama di tuju ialah Johor Premium Outlet (JPO) tapi tak sempat nak buat apa-apa sebab kitorang sampai pukul 9 dan ditutup pukul 10...nak membazir pun terbantut dalam keadaan tergesa-gesa...

pukul 10 tepat kitorang dh di usir...sungguh menepati masa..

ini saja yg sempat di capai..nasib baik kasut Charles n Keith tu adik yg belanja..
Perut masing-masing tanpa segan silu menghasilkan bermacam-macam irama dan tekak pula terasa kesedapan Ayam Penyet..orang kata ayam penyet dekat Johor terbaik jadi kalau tak rasa memang sangat rugi lah kan...abang cadangkan Restoran Bibik yg terletak dekat Taman Universiti(aku men hentam je nama tempat nya ni)..
menunggu ayam penyet..
Alamak..gambar makanan tak sempat nak snap lah pulak..kelaparan punya pasal...tapi aku rasa ayam penyet nya boleh lah tahan sedap dan agak murah..bab makanan ni aku memang cerewet so aku malas nk komen macam-macam sebab lidah orang lain-lain..nanti ada pula yg boikot aku bila aku komen tak tentu hala..hahaha..

Nota dari hati: Part seterusnya kita ke Legoland pulak...lalalala~




Friday, October 19, 2012

Resepi super mudah: Roti telur lada hitam..

Assalammualaikum semua...

Di pagi yg mulia ini(Jumaat), aku dengan berbesar hati ingin berkongsi satu resepi yg sangat mudah setelah lama menyepikan diri...aku yakin anak sedara aku yg 5 tahun tu pun tahu masak benda ni...kalau korang tak tahu jangan malu jangan segan ataupun menangis beria-ria macam orang mati laki/bini..aku sudi nak ajar...meh sini duk rapat-rapat(bukan muhrim jauh sikit yeee), intai cara buat roti telur lada hitam..

Bahan-bahan
2 biji telur (cukup untuk 6 keping roti)
Roti hiris (tak kesah jenama apa pun..yg pnting halal)
Lada hitam
Minyak masak
Kuali
Mangkuk
Sudu/garfu
bahan-bahan diperlukan

Cara-cara memasak
1- Pecah kan telur dan masuk kan hanya kuning dan putih telur saja ke dalam mangkuk..kulit telur masuk kan dalam tong sampah ye...mangkuk terpulang kepada korang sama ada nak guna mangkuk warna oren, pink, biru, hijau ataupun mangkuk hayun..janji nama nya mangkuk..
2- Lepas itu, taburkan lada hitam secukup rasa ikut lidah masing-masing..kalau ada mayonis boleh juga campur sekali..lada hitam yg aku gunakan memang dah ada garam so tak payah nak letak garam lagi..nanti masin sangat tak pasal-pasal kena darah tinggi pula...pukul campuran tersebut sampai kembang mekar..

hasil nya setelah di pukul sehabis daya...
3- Panaskan kuali di bawah matahari di atas dapur dan tuang minyak petrol  masak..celupkan roti ke dalam telur dan sedia untuk di masak..selepas roti kelihatan keemasan, cepat-cepat angkat roti tersebut dan letak ke atas pinggan...ulang langkah ini sampai habes telur di dalam mangkuk....


begini lah cara mencelup..
4- Potong roti yg sudah siap di masak kecil-kecil supaya kelihatan banyak dan juga boleh makan dengan sos jika berminat..
tadaaaa...dah siap pun..
Sila lah cuba resepi mudah ini dan semoga berjaya..selamat menjamu selera bersama orang tersayang...

Nota dari hati: Bila lah nak update cerita aku pergi Langkawi dan Legoland hari tu...tak rajin nyaaaa....

Tuesday, October 2, 2012

Khas untuk Puan Anis Mardhiah Mohamad...

Assalammualaikum semua...
*entry ini merupakan luahan perasaan seorang sahabat.

Detik 31 Ogos 2012 amat mendebarkan bagi kau dan aku juga dapat merasakan nya..rasa sebak sudah mula terasa dalam hati bila je kita memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar dari Melaka malam tu..sedikit demi sedikit aku dapat merasakan kehilangan kau..malam tu merupakan kali terakhir aku tidur sekatil dengan kau dan aku tahu yg aku tak kan ada peluang untuk bercerita macam-macam dan bergelak ketawa dengan kau sebelum tidur..ketika itu, aku sangat berharap biarlah pagi lambat menjelma..sedih...sumpah aku sangat sedih masa tu Anis..


Seusai je kau sah menjadi seorang isteri, air mata ni tanpa segan silu menitis tanpa di undang..air mata kegembiraan dan juga kesedihan..air mata ini bertambah deras bila kau peluk aku dengan erat(sibuk je nak peluk-peluk aku..hahah)...sampai mak cik pak cik kau kata kitorang ni pula yg nangis lebih-lebih..haha...over kan kitorang??!!masa tu aku tahu yg aku bakal kehilangan seorang sahabat dan seorang kakak...kau dah ada suami dan tanggungjawab yg perlu di laksanakan...jadi keutamaan kau mesti terhadap suami bukan nya kitorang ni...

Dulu, segala masalah, cerita, kemarahan, kesedihan, rungutan, dan segala perkara mesti kau yg akan tahu tapi sekarang aku dah tak tahu nak bagi tahu dekat siapa..yeah aku masih ada geng 'Power Ranger' but you still the one that really understand me...dulu kau yg selalu pilih kan menu tiap kali makan dekat kedai sebab aku memang cerewet bab makan..dulu kau yg selalu study sampai ke subuh dengan aku...dulu kau yg teman kan aku ke hulu  ke hilir..dulu kau juga lah yg selalu ikut aku balik rumah sampai di naik taraf menjadi anak angkat mak aku...dulu....semua tu dulu kan Anis tapi sekarang semua dah berubah...kau dah jadi Madam..aku ni je masih Miss...hahah..

anis tak de keje tulis cerita sedih dekat note book aku masa kuliah Lab Management.
Sangat rindu...memang sangat sangat sangat rindu setiap detik tu Anis tapi itu semua kenangan...kenangan terindah sepanjang persahabatan kita semua...sudah jodoh kau datang awal nak buat macam mana kan..masa aku untuk menjadi seorang isteri pun akan tiba juga satu hari nanti(tu pun lau de orang datang minang la)..persoalan nya sama ada cepat atau pun lambat???!!
nasib baik mata tak bengkak sebab menangis..

kitorang peluk Anis dulu sebelum 'orang lain' peluk dia..haha

reception day,,

Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau dengan Kassim sampai ke akhir hayat..semoga di kurniakan anak yg soleh dan solehah..kau jangan lupakan persahabatan kita yg mula terjalin dari Kolej Alamanda walaupun usia nya tak sampai pun 4 tahun tapi ia sangat bermakna bagi aku...

Nota dari hati: Bila aku baca balik ayat-ayat aku dekat atas ni terasa macam lesbian pula...hahahaha...


Thursday, September 20, 2012

Student final year dan Final Year Project..

Assalammualaikum semua.....

Makin hari makin tak rajin rasanya nak menulis blog..idea sentiasa ada tapi macam kaku setiap kali nak mulakan penulisan...dah tulis mukaddimah panjang berjela-jela pastu delete..tulis lagi pastu delete lagi..tak tahu apa yg tak kena nya...last-last tekan je 'X' dekat hujung tu..habes cerita...

Tapi hari ini rasa macam luar biasa sikit...otak aku ni terlebih aktif dan pandai pula mengarang ayat dengan pantas dan tuntas..tapi pasal apa yeeee???tak kan takat nak membebel-bebel dan mengarut-ngarut je kot.. buang masa dan tenaga aku yg menulis dan orang lain yg membaca aje kan..
Semester 1...

Sudah 2minggu aku mulakan kehidupan sebagai seorang pelajar yg rajin lagi menepati masa, tapi ada beberapa perkara yg membuatkan aku masih tak percaya..

'Betol ke sekarang ni aku dah sem 7???'

'Betol ke aku dah kena mula buat FYP(final year project)??

'Betol ke tahun depan aku dah habes belajar???'

'Betol ke apa yg berlaku ini??!!!!!'

Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik aku dah hampir 4 tahun(final year) belajar dekat UiTM ni...woahhh...macam tak percaya seh..terasa macam semalam je baru mendaftar sebagai pelajar baru(tipu aje)..dulu masa sem 1 terasa macam lambat nya la nak habes belajar tapi bila dah masuk tahun akhir ni terasa cepat nya la masa berlalu..haishhh...macam-macam kan..

Apa yg penting sekarang ini adalah aku masih blurrr tentang FYP dan tak bersedia nak buat FYP...idea tak mahu mai laaaa..sakit otak memikir tahu tak!!!!

Sekian terima kasih..daaaa~






Friday, August 24, 2012

Resepi: Shepherd Pie..

Assalammualaikum semua...

Bosan juga duduk rumah tak pergi mana-mana kan...kalau nak pergi beraya macam tak berapa nak rajin pula hari ni...tiba-tiba terasa rajin nak masak Shepherd Pie bila tengok kentang yg melambak-lambak dekat dapur tu dan aku juga terlebih rajin nak kongsi resepi Shepherd Pie yg di olah oleh aku sesedap rasa dan sesuka hati...

Bahan-bahan untuk mashed potato:

  • 10 biji kentang..nak lebih pun boleh..tak ada masalah..
  • 5 sudu butter..tak kesah jenama apa yg pasti halal..
  • 200 gram susu cair..
  • lada hitam..
  • garam...
Mula-mula rebus kentang sampai empuk..pastu buang air rebusan dan lenyek kentang tu sampai hancur..cara nak hancur kentang tu terpulang kepada kreativiti masing-masing(guna tangan pun oke..haha)...lepas tu masukkan butter, susu cair, garam, dan lada hitam..kacau semua bahan tu sampai sebati..ikut suka hati korang la nak rasa macam mana ye..kalau suka masin tambah garam lebih sikit..kalau suka lada hitam boleh masuk kan banyak-banyak..gula??!tak perlu rasanya...tips: tak perlu skema sangat nak timbang berat susu cair dan butter segala bagai..agak-agak je sudeh..gunakan lidah anda untuk merasa..kalau sedap tu kira oke la..hihi..

Bahan-bahan untuk inti:
  • 3 sudu cili kisar..kalau nak pedas letak lah banyak sikit..
  • 1 biji bawang besar potong dadu..nak potong bentuk bintang, bulan sabit pn oke je..
  • 1 peket daging kisar..tapi aku guna daging yg dah siap di potong dadu oleh mak aku..sonang cite..
  • mix vegetable..aku letak tomato sebab mak aku suka tomato..
  • garam
  • lada hitam
  • 2 sudu tepung gandum
  • minyak
  • butter
  • kalau nak letak sosej or apa-apa saje pun boleh..terpulang kepada cita rasa masing-masing..
Panaskan minyak dan butter, lepas tu masuk kan cili kisar..pastikan cili kisar tu dah betol-betol masak(makan cili tak masak nanti sakit perut wooo) baru masuk kan bawang..lepas tu masuk kan daging..selepas semua dah masak, masuk kan bancuhan tepung gandum dan kacau sampai rata..lepas tu masuk kan pula mix vege dan apa-apa saja yg korang ingin kan dan kacau sampai sebati..garam dan lada hitam secukup rasa jangan lupa pula ye..kalau rasa dah sedap boleh matikan api.. 

Shepherd Pie:

Sediakan bekas yg sesuai untuk di bakar dalam microwave..lepas tu sapu kan butter dekat dalam bekas yg ingin di gunakan(siapa sapukan butter dekat luar memang sangat tak bijak)..masuk kan inti dan rata kan dekat dasar bekas tersebut..lepas tu masuk kan pula mashed potato atas inti tadi dan rata kan serata-ratanya..taburkan cheese mozarella di atas mashed potato tersebut..kalau tak nak letak cheese, boleh guna kan kuning telur...bakar selama 40 minit ataupun sehingga kekuningan..jangan sampai hangit pula ye..


rupa je huduh sebab cheese tak rata tapi rasa sedap..

yummy.. yummy...
Selamat menjamu selera..kbai..