Monday, October 31, 2011

Tag yg menguji kecerdasan minda oleh Taufiq Tiramisu...

Assalammualaikum semua..

Demi untuk menyahut cabaran Taufiq Tiramisu bagi mengelakkan di cop penakut lebih baik aku jawab tag yg sumpah mengarut telah di buat oleh dia..jom kita terjah....


1. Bila kali pertama korang terkucil?
------> Terkucil tu apa ye???terkencing dalam seluar ke????(serius tak tahu ni)..

2. Benci atau sayang pada bibir? Nyatakan sebab.
------>Hahaha(nak gelak puas-puas dulu)..kenapa mesti bibir ye???kalau bibir seksi macam Kila Fairy memang patut pun nak sayang sampai di tayang...nasib baik bibir aku macam J.Lo je..kira hot juga la kan???

3. Pernah makan penampo dak?
------> Takat ni tak de sesiapa pula yg sudi tampar aku...biasa la budak baik macam aku memang tak de sape yg bengang....hehehe...

4. Komen sikit pasal blog aku ni. Jujur je. Kutuk pun tak apa.
------> erk...secara jujurnye aku jarang la pula nk terjah blog mu sekarang ni...kalau de masa nak blogwalking je singgah..tu pun kalau tersinggah la...tapi so far sume ok je...tak de pula isi kandungan nye yg mengguris hati aku yg suci murni ni...

5. Handset apa yang kau tengah pakai sekarang?
------> setelah hampir bertahun guna henpon murah torchlight akhirnya berjaya juga tukar hp baru sejurus dapat biasiswa hari tu...jeng jeng jeng...

nice tak galaxy s plus yg diletakkan diatas buku Mandarin???ni la hp baru aku ye..

Amacam jawapan aku???bole dapat markah penuh tak????hehe...tu je yg mampu aku pikir buat masa ni....

Nota dari hati: Tak pernah nk jawab secara serius la aku ni...hampeh sungguh...


Friday, October 28, 2011

Anda suka atau tidak suka jika.....

Assalammualaikum semua....

Anda suka jika tidak di hormati???
Anda suka jika di maki sesuka hati??
Anda suka jika di sakiti??
Anda suka jika di khianati??
Anda suka jika di tipu??
Anda suka di biarkan menunggu??
Anda suka jika di kerah melakukan sesuatu yg tak di sukai??
Anda suka jika tidak ada orang membantu anda dalam kesusahan??
Anda suka jika ada orang mengambil kesempatan ke atas anda??
Anda suka jika...........................(pikir la sendiri)



Jika jawapannya TIDAK SUKA maka anda kena merubah dulu diri anda...mungkin ada sebahagian sikap dalam diri anda juga yg tidak di sukai orang lain di sekeliling anda sama macam anda tidak suka sikap mereka..jadi kalau anda mengharapkan untuk orang lain menghormati anda contohnya maka anda kena lah belajar untuk menghormati orang lain dulu...WHAT U GIVE U GET BACK..ingat tu....

Nota dari hati: Kalau engkau tak suka apa yg orang buat dekat engkau lebih baik ko pikir balik pe yg engkau dah buat dekat orang lain...

Sunday, October 23, 2011

Kalau setakat bawak Mercedes tak payah la kurang ajar sangat...

Assalammualaikum semua...

Situasi biasa yg berlaku di jalan raya yg bisa membangkitkan kemarahan pemandu lain..
1. Tak reti nak bagi signal sama ada hendak ke kiri atau pun kanan..
2. Ikut suka hati jantung limpa aja nak tukar lorong tanpa perhatikan kereta belakang sama ada laju atau pun lambat..
3. Bawak kereta dengan kelajuan seperti kura-kura dekat lorong paling kanan..lagi-lagi kalau dekat highway...
4. Tak reti nak berbaris lagi-lagi kalau jalan tengah jammed...ikut sedap dia aja nak memotong barisan terutamanya di tol-tol...

Sejujurnya aku pun marah terhadap manusia macam dekat atas tu tapi tak pernah lah pula aku nak menunjukkan kemarahan dengan buka tingkap lepas tu maki hamun tak tentu pasal ataupun tunjuk sign macam f*** dekat pemandu lain...kadang-kadang kita sendiri pun pernah melakukan perkara tersebut tanpa sengaja atau di sengajakan walaupun sekali kan..tipu la kalau korang tak pernah buat langsung kan melainkan korang memang pemandu yg terlampau berhemah(ye la sangat..)...so korang tak layak nak terlampau marah dekat pemandu lain sebab korang pun lebih kurang aja dengan dorang...bagi aku cukup lah sekadar bunyi kan hon sebagai tanda yg pemandu tersebut telah melakukan kesilapan...tak payah lah nak maki-maki bagai..

inilah lakaran kedudukan kereta aku dan si mercedes tu..
Hendak di jadikan cerita sebenarnya semalam aku telah berhadapan dengan sebuah kereta mercedes warna maroon yg memang kurang ajar sebab telah menunjukkan sign f*** terhadap aku..memang aku salah sebab tersalah ambil lorong untuk ke kanan walaupun sebenarnya aku nak terus...bila aku tersedar aku tersalah  amek lorong terus aku bagi signal ke kiri sebab kalau aku dah terlebih dari divider jalan tu alamatnya memang aku tak de pilihan lain melainkan kena belok kanan juga...mungkin si merc tu tersalah sangka yg aku akan terus tukar lorong secara melulu apabila dia nampak signal kiri aku..so aku tak salahkan dia apabila dia bagi hon...aku fikir mesti dia nak bagi peringatan yg dia tak bagi aku peluang untuk aku tukar lorong..so aku biar lah dia jalan dulu...

Tapi alangkah terperanjat nya aku ,Ain dan Nabilah yg berada dalam kereta tu apabila die tunjuk sign f*** tu...apa masalah mamat tu sebenarnya???kalau pun ko tak puas hati sebab mesti terpikir yg aku nak potong barisan macam tu tapi ko tak layak nak buat macam tu....mentang-mentang la kau bawa MERCEDES dan aku setakat bawak kancil je..entah-entah tu pun mercedes pinjam..pigidah..hehe...

Kesimpulannya cuba belajar mendidik diri untuk tidak memaki orang sesuka hati..belajar la sikit control kemarahan tu...marah-marah kan kawan syaitan...hehe..

Nota dari hati: Ini bukan entry emo tak tentu pasal oke...lalalala~


HIMPUN tidak mencapai sasaran 1juta umat..

Assalammualaikum semua....

Alhamdulillah aku, Ain dan Nabilah selamat pulang dengan selamat dari HIMPUN...secara jujurnya kitorang tak tunggu pun sampai program habis sebab dah terlampau kelaparan tak makan dari pagi..jadi kitorang amek keputusan untuk pulang pada pukul 5 petang(prog tamat kul 6)....hehe...

Walau bagaimapun banyak persoalan yg terbit di minda aku ketika aku menjejakkan kaki ke dalam Stadium Shah Alam tadi...

1. Kenapa tak ramai pun orang yg hadir walaupun kitorng sampai ketika itu dah pukul 2.30 ptg???at the first aku fikir mesti dorang ni lambat kot...tapi sampai ke sudah aku tengok tak ramai juga yg hadir...boleh dianggarkan lebih kurang dalam 5ribu orang je yg memenuhi stadium...adakah disebabkan ada semi-final Piala Malaysia atau pun ramai umat Islam yg tak tahu pasal HIMPUN ni??

sumber dari page HIMPUN...malas punya pasal nak tranfer dari DSLR...hehe..

2. Aku tak setuju dengan kain rentang dekat atas..kenapa mesti Melayu???bagaimana pula dengan orang Islam tapi bukan Melayu???.adakah kedaulatan Islam hanya akan tercapai apabila Melayu sepakat???aku bukan nak buat provokasi atau menentang keMelayuan..cuma nya bagi aku, Islam itu akan diangkat dan disanjung apabila umat Islam yg dari pelbagai bangsa itu sendiri yg bersepakat dan bersepadu...oke...kalau aku berfikir dari sudut positif nye mungkin kain rentang tu di tulis macam tu  di sebabkan Malaysia mempunyai penduduk Melayu majoriti..erm..mungkin juga..

3. Dalam Garis Panduan HIMPUN perkara 3 menyebut mestilah 'Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran'..tetapi kenapa masih ada dikalangan yg hadir HIMPUN tidak menutup aurat???apa fungsi polis dan RELA dekat pintu masuk tu??erm..walau macam mana pun aku masih berfikiran positif...sekurang-kurangnya mereka ni di buka kan juga hati nya oleh ALLAH untuk pergi HIMPUN walaupun dalam keadaan yg kurang adab dan tidak menutup aurat..mungkin lepas ni mereka akan berubah ke arah yg lebih baik..siapa tahu kan...

Secara keseluruhan nya bagi pendapat aku, HIMPUN berjaya di jalankan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan walaupun mungkin ada sedikit provokasi yg telah dilakukan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab tadi...di harapkan HIMPUN ni bukan lah pengakhiran untuk menyelamat kan aqidah umat Islam tetapi biarlah ia menjadi permulaan satu perjuangan..

Nota dari hati: Ini hanyalah pandangan peribadi aku..kalau ada sesiapa yg nak bangkang atau pun tak puas hati silalah komen menggunakan bahasa yg elok..tak mo lah maki-maki...

Friday, October 21, 2011

Seronok nya kalau dapat main hujan di kala ini...

Assalammualaikum semua...


'Aish...terasa nak maen hujan la..'

'Ish..nanti demam la...'
sumber incik google

Kebelakangan ni asal malam je mesti hujan...asal hujan je mesti malam...sungguh membuat otak aku ni terimbau dan terkenang zaman kanak-kanak dulu yg seronok tak hingat bila dapat main hujan..memang terasa heaven habes la...

Bila dah besar panjang ni kekadang terasa juga nak main air hujan macam zaman kanak-kanak dulu tapi sering kali permintaan aku di tolak oleh teman serumah aku ni dengan alasan 'Nanti demam'...haha..sebenarnye aku tahu mesti dorang malu nak main hujan sebab diri dah layak nak jadi isteri dah pun...nanti ada pula masyarakat dekat rumah sewa aku ni cop budak UiTM tak berapa nak 'sihat' sebab main hujan macam budak-budak..hehe...

Dulu masa kecik-kecik tak pernah pula mak ayah aku halang kitorang adik beradik main hujan dengan alasan macam tu (tak tahu la kalau aku yg tak hingat..hehe)..tapi apa yg aku ingat lah kan...tak pernah sekali pun aku demam setiap kali terkena hujan mungkin di sebabkan antibody yg tahan lasak cuma nya kalau kena hujan panas mesti epik fail habis..mula lah rasa pening macam de orang ketuk-ketuk kepala...pelik sungguh kan..pe la agaknye beza antara hujan panas dengan hujan yg biasa tu???yg turun nye air jugak kan..mood:konpius..

Nota dari hati: Jom kita beramai-ramai pergi HIMPUN esok...jumpa di sana..insyaAllah..