Showing posts with label himpunan. Show all posts
Showing posts with label himpunan. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

HIMPUN tidak mencapai sasaran 1juta umat..

Assalammualaikum semua....

Alhamdulillah aku, Ain dan Nabilah selamat pulang dengan selamat dari HIMPUN...secara jujurnya kitorang tak tunggu pun sampai program habis sebab dah terlampau kelaparan tak makan dari pagi..jadi kitorang amek keputusan untuk pulang pada pukul 5 petang(prog tamat kul 6)....hehe...

Walau bagaimapun banyak persoalan yg terbit di minda aku ketika aku menjejakkan kaki ke dalam Stadium Shah Alam tadi...

1. Kenapa tak ramai pun orang yg hadir walaupun kitorng sampai ketika itu dah pukul 2.30 ptg???at the first aku fikir mesti dorang ni lambat kot...tapi sampai ke sudah aku tengok tak ramai juga yg hadir...boleh dianggarkan lebih kurang dalam 5ribu orang je yg memenuhi stadium...adakah disebabkan ada semi-final Piala Malaysia atau pun ramai umat Islam yg tak tahu pasal HIMPUN ni??

sumber dari page HIMPUN...malas punya pasal nak tranfer dari DSLR...hehe..

2. Aku tak setuju dengan kain rentang dekat atas..kenapa mesti Melayu???bagaimana pula dengan orang Islam tapi bukan Melayu???.adakah kedaulatan Islam hanya akan tercapai apabila Melayu sepakat???aku bukan nak buat provokasi atau menentang keMelayuan..cuma nya bagi aku, Islam itu akan diangkat dan disanjung apabila umat Islam yg dari pelbagai bangsa itu sendiri yg bersepakat dan bersepadu...oke...kalau aku berfikir dari sudut positif nye mungkin kain rentang tu di tulis macam tu  di sebabkan Malaysia mempunyai penduduk Melayu majoriti..erm..mungkin juga..

3. Dalam Garis Panduan HIMPUN perkara 3 menyebut mestilah 'Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran'..tetapi kenapa masih ada dikalangan yg hadir HIMPUN tidak menutup aurat???apa fungsi polis dan RELA dekat pintu masuk tu??erm..walau macam mana pun aku masih berfikiran positif...sekurang-kurangnya mereka ni di buka kan juga hati nya oleh ALLAH untuk pergi HIMPUN walaupun dalam keadaan yg kurang adab dan tidak menutup aurat..mungkin lepas ni mereka akan berubah ke arah yg lebih baik..siapa tahu kan...

Secara keseluruhan nya bagi pendapat aku, HIMPUN berjaya di jalankan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan walaupun mungkin ada sedikit provokasi yg telah dilakukan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab tadi...di harapkan HIMPUN ni bukan lah pengakhiran untuk menyelamat kan aqidah umat Islam tetapi biarlah ia menjadi permulaan satu perjuangan..

Nota dari hati: Ini hanyalah pandangan peribadi aku..kalau ada sesiapa yg nak bangkang atau pun tak puas hati silalah komen menggunakan bahasa yg elok..tak mo lah maki-maki...

Monday, October 17, 2011

Ramai nya orang di Himpunan Sejuta Umat...

Assalammualaikum semua....

'Nana konfem ke nak gi Himpun hujung minggu ni??'

'Aah la...kenapa mak??'

'Ramai orang la...bahaya kan..'

'Hehehe..mesti la ramai...dah nama pun sejuta umat mesti la ramai nye macam sejuta...'

'Kalau tak yah pergi tak boleh ke??nak pergi nya semua perempuan lak tu..'

'Tak pe lah mak...entah-entah kalau Nana tak gi nanti tak cukup pula sejuta....mana tahu Nana jadi orang yg ke sejuta..hehe..'

'Ye la tu...nanti kalau konfem nak gi sana bagi tahu mak...elok-elok sikit...'

'Yezza..hehe..'

InsyaAllah kalau tak de aral melintang maka aku dan member-member yg lain akan menjejakkan kaki ke HIMPUNAN SEJUTA UMAT di Stadium Shah Alam pada hujung minggu ni..ayuh selamatkan akidah ummat Islam...

Jika hendak tahu dengan lebih lanjut apa itu HIMPUN boleh terjah di [sini]..semoga HIMPUN ini dapat memberikan suatu perubahan kepada umat Islam khususnya...

Nota dari hati: Jangan lah ada program yg tak diundang mengganggu weekend aku..=D