Friday, August 26, 2011

Masak tak sedap bukan bererti tak reti masak...

Assalammualaikum semua..

ini bukan yg aku masak..
'Nana, ko masak sedap-sedap tau...'

'Aish...tak tahu la sedap ke tak ni.'

'Pastikan sedap tau..aku balik jauh-jauh nk buka puasa kat rumah kalau tak sedap buat hape..'

Abang aku yg kerja kat Serendah sibuk bertanya itu dan ini ketika aku tengah tumpukan sepenuh  perhatian terhadap masakan aku..mentang-mentang la dah lama aku tak masak sejak cuti 4bulan ni...habis skill memasak aku hilang begitu saja...kalau duk umah sendiri memang la rajin nak masak tapi bila duk dengan parents memang asyik teringin makan masakan emak je la 24jam...so emak aku saja la yg memasak dekat rumah ni dan aku hanya membantu apa yg patut aje...heheh...

Nota dari hati: Berdebar-debar hati ni nak buka puasa...tak tahu la sedap ke tidak apa yg aku masak..kalau tak sedap ni memang teruk aku kene bahan...hadoi....

Thursday, August 25, 2011

'Dia' yg menyakitkan hati ketika Syawal dan kuliah semakin hampir..

Assalammualaikum semua..
die x de kene mengena..harap muka je 'jambu'..
Kenapa masa macam ni juga yg di pilih untuk menyusahkan hidup aku???!!tak tahu ke aku ni dah nak start kuliah lebih kurang 2minggu je lagi...UiTM tu dah sibuk-sibuk memanggil. menyeru, menjerit nama aku tau tak!!!!..haish...

Memang dasar laptop tak mengenang budi..bila aku dah installkan antivirus Avira yg baru la kau nak buat hal..selama ni elok je bermanja-manja dengan aku..ini apa kes tiba-tiba nak rosakkan diri la bagai??!!cuba cerita sikit dekat aku...

Wahai laptop yg telah berkhidmat selama 4 tahun..sesungguhnya aku teramat lah sakit hati sehingga rasa macam nak campak kau dalam gaung je...kalau lah kos hendak membawa kau ke hospital hanya menelan sekupang dua boleh lagi diterima akal yg waras ni...tetapi kalau dah memakan beribu-ribu ringggit macam buat operation pemindahan jantung agak-agak kau mana aku nak dapat duit???

Setakat ni aku tak dapat mengesahkan penyakit kau yg sebenar sebab aku tak sanggup nak bayar bil perubatan bila bawa kau ke hospital...setakat tanda-tanda keypad laptop tidak boleh nak berfungsi dan tiba-tiba kau 'shut down' sendiri agak-agaknya pe masalah yg kau hadapi??!!!adakah kau diserang virus atau pun ada komponen badan kau yg rosak macam 'motherboard'????

Nota dari hati: Sebarang bantuan dari segi kewangan atau pun menghulurkan laptop yg baru amatlah di hargai...segala jasa baik anda dalam membantu pelajar macam saya ni amatlah besar ganjaran nya...kalau nak mengharapkan biasiswa memang lambat la so saya mengharapkan duit raya dari anda semua..hehe..

Wednesday, August 24, 2011

Wordless wednesday #5: Kecil-kecil cili padi walaupun kecil...

Assalammualaikum semua...
Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, August 23, 2011

Peruntukan RM1 untuk duit raya tahun ni...cukup lah tu kan..

Assalammualaikum semua,,.


Selepas berbuka pada Ramadhan ke-4..

teett....tettt...tett...(nada menunggu panggilan di sambut)

'Nenek..hari ni Akim puasa..'

'Ye ke??tipu lah..'

'Betol la nenek...kalau tak caye tanya la kat ibu..'

'Mane tahu Akim gi dapur pastu curik-curik minum ke..'

'Errr..mana de la nenek..betol la Akim puasa hari ni..'

'Ye la...nanti nenek bagi 50sen..'

'Ish..50sen je ke??apa lah nenek ni..'

'Abes tu Akim nak berapa??'

'Akim nak banyak-banyak..nanti boleh simpan dalam tabung..'

Selama hampir sebulan berpuasa, cuma sehari saja dia berjaya puasa tapi minta ganjaran nya lebih-lebih pula..dasar budak zaman sekarang..haiyaaa..aku dulu umur 5tahun dah puasa penuh tau..hehehe...

Nota dari hati: Nanti duit raya aku bagi dia seringgit je..baru padan muka dia..hahaha..

Sunday, August 21, 2011

[seram] Patung berterbangan di udara...

Assalammualaikum semua...

Tiba-tiba aku teringat kisah aku nampak hantu masa aku kecik-kecik dulu...sebab sekarang syaitan, hantu dan segala bagai telah diikat so aku berani lah nak cerita pasal hantu dekat dalam blog ni..haha...kisah ini aku yg alami nya sendiri ketika umur aku dalam lingkungan 6-8 tahun dan aku tak pasti la pula kalau korang rasa seram or lawak..


incik google

Kisah bermula...

Pada suatu hari aku sekeluarga balik rumah atuk aku yg terletak dekat Klang(balik beraya) dan kitorang sampai sana lebih kurang lepas isyak la...dekat rumah atuk aku tu ada ramai lah sepupu sepapat aku yg datang dari Melaka, Sabah dan mana entah lagi tengah menonton cerita Sundal Bolong(kot la..aku tak bape ingat cerita pe) dekat tingkat atas...

Cerita Sundal Bolong tu memang seram habis la sebab aku tengok pun tutup mata beb..memang tak kental langsung lah aku ni masa zaman kanak-kanak..lepas saja habis tengok cerita tu, kitorang semua sepupu sepapat tidur beramai-ramai depan tv...

Tiba-tiba dalam pukul 3 pagi(sempat tengok jam) aku tersedar dari tidur sebab aku terdengar bunyi yg sangat bising dan menyeramkan...bila aku buka saja mata hampir tercabut jantung aku ketika melihat banyak sangat patung yg bermacam-macam jenis berterbangan di udara...mahu tak menggigil kepala lutut aku masa tu..rasa seram sejuk memang tak boleh nak cerita la beb...rupa patung-patung tu memang scary mary la derr...dengan mata merah dan senyuman yg menakutkan memang bisa mengganggu gugat ketenteraman hati kanak-kanak seperti aku pada masa tu..

Dengan keadaan yg ketakutan aku pun kembali menutup mata dan macam-macam doa serta ayat suci Al-Quran keluar dari mulut aku...dengan takdir Allah aku kembali tidur dengan nyenyaknya dan keesokkan hari nya aku bangun dari tidur aku tengok banyak patung bergelimpangan dekat tempat kitorang tidur tu...

Pengalaman ni tak pernah aku cerita dekat sesiapa sebab siapa hendak percaya kisah kanak-kanak macam aku ni pada ketika itu...paling kurang pun mesti orang cakap 'Sapa suruh sebelum tidur tengok cerita hantu..kan dah terbawak-bawak dalam tidur..' sampai sekarang pun aku masih berfikir betul ke apa yg aku nampak tu ataupun ia nya hanya mainan tidur je...walau macam mana pun, sampai saat ini aku masih dapat merasa ketakutan yg aku hadapi ketika itu(poyo kan??hahah)..

Nota dari hati: seram tak cerita aku??!!kalau korang de cerita seram meh la share..