Showing posts with label tudung bawal. Show all posts
Showing posts with label tudung bawal. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Promosi shawl labuh cantik dan murah di sini...

Assalammualaikum semua...

Baju raya dah siap tp tudung je tak sempat nak cari..puasa dah nak dekat pulak tu..nak pergi shoping masa puasa rasa malas sangat..nanti penat dan tak tak larat nak jalan..jgn risau kakak kakak, adik adik, mak cik makcik semua..kami ada menjual tudung, shawl atau scarf secara online dengan harga sangat murah dan berbaloi-baloi..insyaAllah semua akan berpuas hati dengan kualiti dan layanan kami..

Sempena Ramadhan kali ini kami ada PROMOSI untuk tudung bawal jenis glitter dan shawl labuh button...

bawal glitter pelbagai warna
shawl labuh button murah..

Paling best kami ada free gift utk sesiapa yg membuat pembelian dengan kami..tak kira lah beli sehelai, dua helai, sedozen sekali pun..kami akan bg free gift punya..insyaAllah..

Sesiapa yg berminat boleh lah jenguk-jenguk produk kami yg lain di facebook IenaHarleena atau whatsapp 0193760494 yee...



Thursday, January 2, 2014

Cerita tahun 2013..hanya tinggal kenangan...

Assalammualaikum semua...

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014 (walaupun dah lambat 2 hari..hahaha)..memang banyak sangat peristiwa yg tak dapat dilupakan sepanjang 2013 sama ada suka atau pun duka...tapi itu lah nama nya kehidupan..kejap dekat atas, kejap dekat bawah...

So, sepanjang 2013 ada beberapa peristiwa yg memang sangat-sangat memberi impak yg besar terhadap aku..

1. Kehadiran keluarga baru pada 21/7/2013 iaitu Mohamad Ammar Zahirulhaq bin Mohamad Zarqani...anak kepada abang yg sangat cute dan comel..

2. Kehilangan ayah tersayang pada 25/7/2013 (17 ramadhan) dan suasana Hari Raya 2013 memang sangat-sangat pilu dan memeritkan...rasa kehilangan tu memang tak tergambar dengan kata-kata...rasa nak pecah dada menahan sedih dan rindu...ini peristiwa paling paling paling tak dapat di lupakan sampai bila-bila pada tahun 2013.. =(

2. Dapat menggenggam segulung ijazah setelah 4 tahun bergelumang dan bertungkus lumus study..seriously, jauh di sudut ada sedikit rasa sedih dan sayu sebab cuma mak dan abang je yg datang convocation hari tu...tapi itu lebih baik dari tak ada siapa yg datang kan??! (positif kan aku?hihih)

3. Dapat kakak ipar baru dan yeayyyy she's pregnant now...semakin berkembang dengan jaya nya family aku..hihih..

4. Sambung Master di HUKM..(sesuatu yg tak pernah di sangka)..walaupun byk dugaan dan cabaran sampai rasa nak give up tapi itu lah kehidupan kan..penuh liku, onak dan duri...doakan aku dapat habiskan belajar dengan jaya nya yee??!!

5. Permulaan bisnes tudung dan shawl secara online..boleh tengok page IenaHarleena...

Di harap perjalanan tahun 2014 ini akan di mudahkan dan di redhai oleh Allah...biarlah segala yg berlaku pada tahun-tahun sebelum ni menjadi iktibar dan pengajaran pada aku untuk menjadi insan yg lebih baik..insyaAllah...

Nota dari hati: IenaHarleena akan mengeluarkan tudung bawal printed dan bawal glitter yg sangat cantik..bukan takat cantik, harga pun murah dan berbaloi-baloi...kalau nak tengok shawl yg lain sila like page IenaHarleena yee...

Arora Bawal... tudung bawal glitter...

Adura Bawal.. tudung bawal printed..