Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Promosi shawl labuh cantik dan murah di sini...

Assalammualaikum semua...

Baju raya dah siap tp tudung je tak sempat nak cari..puasa dah nak dekat pulak tu..nak pergi shoping masa puasa rasa malas sangat..nanti penat dan tak tak larat nak jalan..jgn risau kakak kakak, adik adik, mak cik makcik semua..kami ada menjual tudung, shawl atau scarf secara online dengan harga sangat murah dan berbaloi-baloi..insyaAllah semua akan berpuas hati dengan kualiti dan layanan kami..

Sempena Ramadhan kali ini kami ada PROMOSI untuk tudung bawal jenis glitter dan shawl labuh button...

bawal glitter pelbagai warna
shawl labuh button murah..

Paling best kami ada free gift utk sesiapa yg membuat pembelian dengan kami..tak kira lah beli sehelai, dua helai, sedozen sekali pun..kami akan bg free gift punya..insyaAllah..

Sesiapa yg berminat boleh lah jenguk-jenguk produk kami yg lain di facebook IenaHarleena atau whatsapp 0193760494 yee...



Tuesday, May 6, 2014

Shawl labuh, cantik lagi murah dan berkualiti di sini...

Assalammualaikum semua...

Baju raya dah beli ke semua??baik pergi beli cepat-cepat sebab banyak tukang jahit dh tak terima tempahan sekarang ni..puasa pun belum, raya yg di sibukkan nya..lg teruk kalau puasa tahun lepas-lepas pun belum ganti..erkk

Ehemm ehemm...tudung raya tahun ni jom lah beli dekat IenaHarleena Shawl ..quality memang terbaik tapi boleh dapat dengan harga jauh lebih murah..harga murah tapi kualiti mahal.. IenaHarleena Shawl ada tudung bawal printed, tudung bawal plain, tudung bawal glitter, shawl plain, shawl printed, shawl glitter dan macam-macam lagi la..memang tak rugi beli dengan kami sebab kami akan bg freegift utk setiap pembelian atau pun best price utk yg beli banyak..kalau pandai bodek sampai kami cair memang satu kelebihan la..tak pasal-pasal dapat shawl free kang..hahaha..so far Alhamdulillah semua customer kami berpuas hati dengan hasil yg di keluarkan..jika ada request warna atau corak pun kami boleh usahakan..insyaAllah..

Shawl printed - RM 37
Bawal printed - RM 37

Bawal glitter - RM 38
Shawl glitter - RM37
Shawl butang - RM 33
Nak tengok produk yg lain boleh la jenguk fb page kami IenaHarleena atau pun instagram @ienaharleena_shawl ...sebarang pertanyaan boleh pm page atau whatsapp /sms 0193760494..

Nota dari hati: Shawl dan tudung ni semua hasil tangan aku tau demi menampung pengajian di UKM.. =)

Thursday, January 2, 2014

Cerita tahun 2013..hanya tinggal kenangan...

Assalammualaikum semua...

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014 (walaupun dah lambat 2 hari..hahaha)..memang banyak sangat peristiwa yg tak dapat dilupakan sepanjang 2013 sama ada suka atau pun duka...tapi itu lah nama nya kehidupan..kejap dekat atas, kejap dekat bawah...

So, sepanjang 2013 ada beberapa peristiwa yg memang sangat-sangat memberi impak yg besar terhadap aku..

1. Kehadiran keluarga baru pada 21/7/2013 iaitu Mohamad Ammar Zahirulhaq bin Mohamad Zarqani...anak kepada abang yg sangat cute dan comel..

2. Kehilangan ayah tersayang pada 25/7/2013 (17 ramadhan) dan suasana Hari Raya 2013 memang sangat-sangat pilu dan memeritkan...rasa kehilangan tu memang tak tergambar dengan kata-kata...rasa nak pecah dada menahan sedih dan rindu...ini peristiwa paling paling paling tak dapat di lupakan sampai bila-bila pada tahun 2013.. =(

2. Dapat menggenggam segulung ijazah setelah 4 tahun bergelumang dan bertungkus lumus study..seriously, jauh di sudut ada sedikit rasa sedih dan sayu sebab cuma mak dan abang je yg datang convocation hari tu...tapi itu lebih baik dari tak ada siapa yg datang kan??! (positif kan aku?hihih)

3. Dapat kakak ipar baru dan yeayyyy she's pregnant now...semakin berkembang dengan jaya nya family aku..hihih..

4. Sambung Master di HUKM..(sesuatu yg tak pernah di sangka)..walaupun byk dugaan dan cabaran sampai rasa nak give up tapi itu lah kehidupan kan..penuh liku, onak dan duri...doakan aku dapat habiskan belajar dengan jaya nya yee??!!

5. Permulaan bisnes tudung dan shawl secara online..boleh tengok page IenaHarleena...

Di harap perjalanan tahun 2014 ini akan di mudahkan dan di redhai oleh Allah...biarlah segala yg berlaku pada tahun-tahun sebelum ni menjadi iktibar dan pengajaran pada aku untuk menjadi insan yg lebih baik..insyaAllah...

Nota dari hati: IenaHarleena akan mengeluarkan tudung bawal printed dan bawal glitter yg sangat cantik..bukan takat cantik, harga pun murah dan berbaloi-baloi...kalau nak tengok shawl yg lain sila like page IenaHarleena yee...

Arora Bawal... tudung bawal glitter...

Adura Bawal.. tudung bawal printed..





Monday, July 15, 2013

Mana nak beli shawl labuh yg murah untuk hari raya??

Assalammualaikum semua...

Fuhh lega rasanya sudah selesai segala benda..tiada lagi thesis yg perlu di fikirkan...sekarang boleh fokus dengan bisnes online yg baru di mulakan sementara malas nak apply kerja ni...

Bagi sesiapa yg mencari shawl (selendang) labuh menutup dada, senang di bentuk tanpa memakai inner boleh lah cuba Iena Harleena Shawl..harga sangat berpatutan dan mampu milik ..material chiffon yg di gunakan juga sangat lembut dan tidak jarang...boleh beli sekarang dan pakai untuk Hari Raya ni..mesti gojes habes...

Dina Long Plain Shawl...
Measurement: approx. 200x55 cm
price: RM27 excluding postage
so kalau nak lilit sampai terbelit pun masih lagi menutup aurat sebab shawl ni sgt panjang...tak payah risau hokeyy...hihihi...

Dina Plain Shawl..
Measurement: approx. 175x55 cm
price: RM 25 excluding postage
shawl ini pendek sikit dari yg atas tu..tapi masih lagi boleh menutupi dada..kalau orang 'comel' macam aku, lebih prefer pakai yg Dina Long Plain Shawl..baru nampak labuh gitu..hehehe..
Dania Shawl (shawl dual color)..
measurement: approx 200x55 cm
price: RM 29 excluding postage
shawl ni gabungan 2 warna yg menarik tertarik kau memang da bomb..kalau baju raya korang warna merah jambu dan biru so korang boleh beli combination shawl yg warna rosety pink and medium blue..haaa kan jimat tudung macam tu..tak payah beli banyak-banyak..2 in 1 gitu..

Fiona shawl..
measurement: approx. 200x55 cm
price: RM 49 excluding postage
Fiona shawl ni menggunakan material chiffon yg berbeza dari Dina Shawl dan Dania Shawl..shawl ni jug telah di jahitkan patch lace bunga-bunga yg penuh dengan batu-batu yg lip lap lip lap gitu..memang cun dan mnyerlah habes kalau pakai shawl ni..

Fiona Shawl..
untuk maklumat lanjut boleh lah buat lawatan sambil belajar ke FB Iena Harleena..jangan lupa 'LIKE' tau!!bukan kena bayar pun kan..hihih..
geng Power Rangers pakai Iena Harleena Shawl...comel je kan??hakhakhak..

Monday, July 8, 2013

Unofficially graduated from UiTM and Iena Harleena Shawl..

Assalammualaikum semua....

Lama tak menulis dekat sini rasa kekok pula nak menyusun bahasa..tulis padam tulis padam tulis padam je dari tadi..haishh..now, i'm unofficially finished my degree..yahuuuuu....tapi tak hantar hard cover thesis dengan manuscript lagi...err..kiranya tak de la finish sangat kan...

Kalau orang lain pasti dah apply kerja segala jadah walaupun belum habis belajar tapi aku tak ada apply satu kerja pun...sebab nya aku berniat nak jadi penanam anggur yg berjaya sepanjang ramadhan dan raya kali ini....biar lah tahun ni aku dapat puasa penuh dan raya puas-puas dengan family...kalau tahun-tahun lepas memang tak dapat la..lagi pun raya tahun ni ada banyak kenduri kahwin member yg perlu di hadiri..bila dah habis belajar semua sibuk berlumba-lumba nak kahwin...aku???jeng jeng jeng...

Walau macam mane pun, aku ada memulakan bisnes shawl online bersama kakak aku...kalau sebelum ni jual dengan member je tapi kali ini nak cuba la jual secara online...shawl ni kami buat sendiri..kiranya dari proses beli kain, menggunting, menjahit sampai lah mengepos semua di buat oleh kami...kepada anda kamu awak kau mung hang ekau walaupun bukan peminat shawl, harap nya boleh la 'LIKE' page Iena Harleena sebagai tanda sokongan kepada kami..like jangan tak like tau!!! hihihi..

jangan malu-malu nak like page ni hokeyy...

Ini warna-warna untuk Dina Long Plain Shawl.. 

Ini pula warna untuk Dina Plain Shawl..
Untuk maklumat lanjut dari segi material, harga boleh la lawat page Iena Harleena ye... insyaAllah kami bakal mengeluarkan lebih banyak design yg cantik, gojes,ohsem,dan bla bla bla..

Nota dari hati: Harap mendapat sambutan yg baik..

Wednesday, November 14, 2012

Shawl dan tudung cantik rekaan masa kini untuk di jual...

Assalammualaikum semua...

Lama betol blog ini sunyi dari sebarang coretan bermakna dari tuan nya yg comel ni kan..fuhh fuhhh(tiup habuk)...sudah bersawang pun..siap ada sekeluarga labah-labah lagi dekat penjuru tu..biasa lahhh...pelajar cemerlang memang sentiasa sibuk dengan bermacam-macam aktiviti yg sangattt berfaedah...paham-paham je la ye...

Shawl Dual Tone

Shawl 3 Tone Classic

Tudung Syria Sakura

Tudung Syria 2 Layer

Tudung ekslusif

Cantik, menarik, da bomb kan gambar-gambar tudung tu??!!sekarang memang trend kan pakai shawl/tudung bertone-tone pastu ada manik-manik yg gah dekat atas kepala..kalau berminat boleh cuba cuci mata di SINI.. yang penting harga nya lebih murah dan berpatutan..paling best ialah FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia..apa tunggu lagi jom la kita serbu!!!!