Showing posts with label perangai. Show all posts
Showing posts with label perangai. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Sungguh malu rasanya sebab terkena dengan budak yg belom mumayyiz...

Assalammualaikum semua..

Tengah syok-syok menonton CSI dekat channel 701 AXN tiba-tiba Akim (anak sedara) muncul mengganggu kosentrasi..


'Acik Nana tengok cerita apa??'

'Adalah...mana boleh bagi tahu..rahsia...'

'Ala....tak pe...Akim dah tahu cerita pe..'

'Cite apa kalau kau tahu??'

'Adalah..mana boleh bagi tahu..rahsia..'

'Kuang hajo kau..kecik-kecik dah pandai ye..nak kena ketuk ni..'
Sungguh terkesima sebab tak sangka yg aku akan terkena dengan budak kecik...bersabar aja la...

'Tu lah kau...ingat kau aja boleh kena kan dia...dia pun berakal juga nak kenakan ko balik..hahaha..'

Kalau rasa dah tak terbendung rasa geram dengan anak sedara aku ni memang aku belasah aje..hahaha....kadang-kadang kena bagi pengajaran juga..kan3???hahah...

Nota dari hati: Perangai nakal-nakal tu bukan ikut perangai aku..lalalala~

Tuesday, September 13, 2011

Engkau kecik-kecik dah pandai perasan comel..

Assalammualaikum semua...

'Eeee...comelnye baby ni..rasa macam nak gigit je dia ni kan Akim'
Hafiz(adik Akim)..
Sudah la badan besar tembam macam tu...mmg seronok je peluk pastu gomol-gomol dia...

'Erm..biasa la Cik Nana..muka dia sama dengan Akim masa kecik-kecik kan????
dengan muka sengih-sengih dia cakap dekat aku...

'Erk...apa maksud ko sebenarnye???nak cakap yg ko pun comel la masa kecik-kecik???macam tu???'

'Betol la kan Cik Nana pe Akim cakap...dia kan adik Akim mesti la muka sama dengan Akim..kalau dia comel, Akim pun mesti lah comel juga kan.'

'Ish..perangai apsal tak boleh bla ni...perasan je keja kau kan...'

Jangan nak kata perangai perasan anak sedara aku tu menurun dari aku pula ye...dalam keadaan ni aku tak pernah bersalah ye...tapi kalau bab comel tu memang jelas dan nyata menurun dari acik dia yg comel lote ni...yg part tu memang aku tak pernah nak deny la..

Nota dari hati:  Seronok melayan perangai budak-budak ni...dorang ni jujur aja kan..=D

Saturday, August 13, 2011

Kalau hidup tak reti menyenangkan orang lain lebih baik tak payah hidup..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


'Alia,ko tolong jawab kan soalan matematik ni...'
'Ala...susah la...aku tak pandai la subjek matematik ni..ko tanya orang lain aja la..'jawab Alia dengan selamba tanpa menoleh ke buku yg ditunjukkan.

Belum cuba buat dah cakap tak boleh..itu dah kira macam mengalah sebelum berjuang..sekurang-kurang nya tengok lah dulu soalan tu..entah-entah setakat basic 1+1 ke...usaha lah dulu sehabis boleh sebelum bagi kata putus tak boleh buat...kawan tu suruh ko buat mungkin sebab dia percaya dengan kebolehan ko..entah-entah ko tu yg kedekut ilmu kot...bagi tunjuk ajar sikit pun tak nak...simpan la ilmu tu sorang-sorang bawak mati...hehe..

Pertolongan yg di maksudkan dekat sini bukan dalam pelajaran saja tapi dalam pelbagai situasi...kalau pun korang tak mampu nak tolong selesaikan masalah kawan tu sekurang-kurangnya fikirkan lah juga jalan penyelesaian...cuba kita bayangkan satu hari kita berada dalam situasi kesusahan macam tu tapi tak de siapa nak bantu...apa perasaan korang???WHAT YOU GIVE YOU GET BACK..

Nota dari hati: Biarlah kita jadi manusia yg sentiasa menyenangkan hati orang tak kira lah dalam situasi senang atau pun susah..=D