Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Kalau hidup tak reti menyenangkan orang lain lebih baik tak payah hidup..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


'Alia,ko tolong jawab kan soalan matematik ni...'
'Ala...susah la...aku tak pandai la subjek matematik ni..ko tanya orang lain aja la..'jawab Alia dengan selamba tanpa menoleh ke buku yg ditunjukkan.

Belum cuba buat dah cakap tak boleh..itu dah kira macam mengalah sebelum berjuang..sekurang-kurang nya tengok lah dulu soalan tu..entah-entah setakat basic 1+1 ke...usaha lah dulu sehabis boleh sebelum bagi kata putus tak boleh buat...kawan tu suruh ko buat mungkin sebab dia percaya dengan kebolehan ko..entah-entah ko tu yg kedekut ilmu kot...bagi tunjuk ajar sikit pun tak nak...simpan la ilmu tu sorang-sorang bawak mati...hehe..

Pertolongan yg di maksudkan dekat sini bukan dalam pelajaran saja tapi dalam pelbagai situasi...kalau pun korang tak mampu nak tolong selesaikan masalah kawan tu sekurang-kurangnya fikirkan lah juga jalan penyelesaian...cuba kita bayangkan satu hari kita berada dalam situasi kesusahan macam tu tapi tak de siapa nak bantu...apa perasaan korang???WHAT YOU GIVE YOU GET BACK..

Nota dari hati: Biarlah kita jadi manusia yg sentiasa menyenangkan hati orang tak kira lah dalam situasi senang atau pun susah..=D