Friday, October 14, 2011

Rutin harian sebagai seorang pelajar UiTM yg berjaya..hehe..

Assalammualaikum semua...

Akhirnya berjaya juga menjana minda untuk menulis satu entry santai(santai la sangat) sebelum menghadiri lab yg amat 'menyeronokkan' dan memang sentiasa di 'nanti' oleh aku...

'Apa yg di buat ha lepas habis kelas??!!adakah sampai-sampai umah terus study or wat assingmnet???atau pun terus lompat atas katil menidurkan diri??!!sebab aku jarang nampak korang meng'online'kan diri.. '

Persoalan yg telah ditanya kan kepada salah sorang classmate aku dan dia sendiri pun tak tahu apa yg dia buat sampai boleh menghabiskan saki baki masa selepas kelas dari tengah hari sampai lah keesokkan harinye dengan jaya nya...(ada dua hari kelas sampai 4.30 ptg dan sehari dari 8.30 pagi sampai 4.30ptg tanpa rehat..yg laen sume smpai 1.30 .tensen je..)


Jika di tanya kepada diri aku sendiri sudah semestinya aku mempunyai jawapan yg sangat 'terbaik'...habis-habis kelas je aku terus pecut balik ke rumah sewa jika tidak ada sebarang urusan tentang MELTECH yg perlu diuruskan...selepas je melangkah masuk ke pintu bilik terus menekan button 'ON' di laptop tanpa sempat membuka tudung dan letak beg di tempat sepatutnya...macam dah menjadi satu keharusan untuk memastikan laptop sentiasa dalam keadaan ON walaupun tidak menggunakannya...hahaha...

Selepas tu terus connect berokband Celcom dan tekan icon Google Chrome dan buka FB, BLOGSPOT dan kadang-kadang TWITTER....jika tak ada benda menarik yg boleh di lakukan maka aku akan pergi melawat ke blog-blog yg memaparkan isu semasa sebab aku ni terlampau 'rajin' nak beli dan baca surat kabar.kadang-kadang kalau dah terlampau bosan membuat lawatan ke blog-blog lain maka aku akan membaca NOVEL atau CERPEN secara online di Penulisan2u.my...kalau dah memang terlampau mengantuk sampai tak dapat di bendung maka mata ni dengan sendiri nya akan tertutup dan berlayar lah aku di ruang mimpi sehingga tersedar untuk solat asar....

Erm..kebiasaan nya segala jenis lab report, report kewangan, assignment, study dan menulis blog akan aku selesaikan pada waktu malam tak kira lah sampai pukul 4 pagi sekalipun..hahaha.....hidup aku ni ibarat  macam kelawar je rasanye...aku suke buat kerja pada waktu malam sebab rasa tenang aja tanpa gangguan bunyi-bunyi yg tidak di ingini walaupun kadang-kadang ada juga suara sumbang yg tak sedar diri mengganggu malam-malam aku dalam bilik ni(sila paham-paham sendiri la ye)...haha...

Segala rutin harian aku ni boleh berubah kalau tiba-tiba aku berhasrat nak pergi membazirkan duit tak tentu hala...haha...hidup sebagai seorang pelajar ni memang menyeronokkan..

Nota dari hati: Bertabahlah wahai hati untuk pergi ke lab Virology..hehe..

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #11: Pada zahir nya tenang tapi hakikatnya...

Assalammualaikum semua...


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Thursday, October 6, 2011

Ada ke manusia yg kisah dengan kewujudan blog ni??

Assalammualaikum semua...


'Hana, ko mmg dah malas kan nak tulis blog sekarang..tak habis-habis wordless wednesday je...'

'Hehehe...bukan malas lah..masalahnya aku ni tak dapat ilham..dah bertahun-tahun perah otak pun masih tak dapat idea lagi..tambah lagi dengan macam-macam beban..mana sempat sangat nak cari idea...'


Bukan mudah sebenarnya nak jadi blogger ni...mana nak pikir pasal assignment lagi..pastu pasal test yg bakal menjelma..tambah lagi dengan beribu-ribu lab report setiap minggu...lepas tu dengan tanggungjawab yg di galas terhadap society lagi...kadang-kadang tu dah ada idea tapi masa yg tak mengizinkan untuk menulis dekat blog sebab untuk menghasilkan satu entry bukan memakan 5 minit tapi kadang-kadang berjam-jam..ye la kan...tulis blog ni kan ibarat buat karangan PMR atau pun SPM...macam mana korang rasa susah nak buat karangan masa exam macam tu juga la aku rasa bertapa susahnya nak menulis blog...hehehe..

So kalau masa yg berjam-jam tu dah aku salurkan untuk menulis blog, bila masa pula aku nak buat assignment, report, study dan macam-macam lagi tu kan??!!
'Sori lah doktor tak dapat siapkan assignment sebab saye sibuk tulis blog la...'

Tak kan lah aku nak bagi alasan macam dekat atas tu kot..mahu kene hempuk dengan lecturer..hahah...so dalam hal ni aku kena utamakan perkara yg paling penting..kalau de masa yg mengizinkan baru lah aku akan menconteng arang dekat blog ni dan membuat lawatan terhadap blog-blog yg lain...

Terima kasih kepada sesiapa yg sudi melawat blog ni walaupun semakin hari semakin sunyi je kan..heheh...ingat kan tak de orang yg kisah kalau tak de entry..rupa-rupanya ada jugak yg sudi baca..=D.

Nota dari hati: Baru balik dari kelas mandarin terus tulis blog...malam ni takut tak sempat pula sebab nk siapkan report dan kemas barang nak gi Pangkor esok..heheh.

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #10: Dia dengan vampire tak banyak beza pun....

Assalammualaikum semua..

Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Sunday, October 2, 2011

Misi mencari taik sudah terlaksana dengan jayanya...

Assalammualaikum semua..

Akhirnya selamat juga sampai ke rumah walaupun dalam keadaan yg lebam sana sini, sakit seluruh badan dan masih berbekas lagi kesan 'ciuman' dari pacat-pacat yg dahaga kan darah aku yg semestinya manis....syukur sangat sebab segala rasa negatif yg menyebabkan jiwa gelisah sebelum aku pergi ke Perkampungan Orang Asli Donglai hanya lah mainan perasaan semata-mata dan Alhamdulillah sangat sebab tak de apa-apa perkara buruk berlaku..

So aku nak bagi tahu la tujuan utama kitorang pergi ke sana sebab aku kan dah janji nak bg tahu dekat korang kan dalam entry ini tapi korang mesti janji jangan gelak guling-guling atau pun muntah hijau pula ye...ehem..ehem..sebenarnya kitorang pergi sana nak kutip 'stool' orang asli untuk subjek Clinical Parasitology dan kitorang punya prinsip ialah 'YOUR SHIT IS OUR BUSINESS'..sepanjang 3hari ni kitorang bukan duduk dekat perkampungan orang asli tu pun tapi kitorang menetap dekat Kem Rimba Ria Suara Hutan Sg Congkak..cuma last day(hari ni) je baru kitorang gi ke sana untuk buat 'business' dan aktiviti sampingan...hehe..

di sini lah kami menetap sebab tak sanggup rasanyai nak duk dekat perkampungan orang asli..

muka semangat nak jungle tracking..

melalui jalan yg sangat curam menyebabkan tangan aku luka-luka..

perjalanan menuju waterfall...

berhati-hati menyeberangi sungai..

'i can hear the sound of watefall..'

sebahagian sample di campurkan dengan preservative...kitorang berjaya mengumpulkan 34sample..
 
aktiviti sukaneka ..

classmate yg cool..
Terima kasih sangat dekat semua rakan sekelas yg memang tersangat awesome dan sempoi habes dalam menjayakan semua aktiviti...saaayaaangg u all....

Nota dari hati: Aktiviti dah habis dan aku kena buat report kewangan tuk di hantar ke Bendahari UiTM...arghhh...

*Next week ke Pulau Pangkor pula..nak ikot???heheh..