Showing posts with label yuran pengajian. Show all posts
Showing posts with label yuran pengajian. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Yuran pengajian UiTM bukan lagi RM490..

Assalammualaikum semua...

Terdapat satu lagi laman web yg aku paling suka buka selain FB, blog, twitter dan emel setiap kali online.jeng..jeng..jeng..laman web porno lah tu(tiba-tiba ada suara sumbang menyampuk)...eh eh eh..suka suka hati je ye buat fitnah..aku tak pernah ye buka-buka benda ngarut camtu..dosa tau..ehem..aku paaaaaaling suka buka student portal UiTM...lagi-lagi bila dah berwajah baru sampai aku pun blur sebab tak biasa(nampak tak bertapa UiTM di hati ku di situ..ahaks..)...


Cuba perhatikan gambar dekat atas tu??!!nampak tak wahai semua pelajar UiTM yang yuran pengajian telah naik sebanyak RM35..kalau sebelum ini hanya RM490 dan sekarang dah jadi RM525..harapnya uncle JPA bagi duit lebih juga ye..walau pun yuran hanya naik RM35 tp amat besar juga nilai nya..duit tu lepas makan selama seminggu tau..hakhakhak..

Ini penjelasan mengenai kenaikkan yuran pengajian pelajar UiTM..
‎"Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
Berikut adalah butiran yuran pengajian bagi pelajar lama (Degree) UiTM bagi satu semester:

- Tabung amanah komputer RM 30
- Yuran Perkhidmatan RM110
- Latihan Program Pembangunan RM15
... - Tabung Kesihatan RM40
- Tabung Amanah Sukan RM25
- Tabung Fakulti RM100
- Tabung Kecemasan RM5
- Yuran Pengajian RM 200

Sumber : Zon Bendahari UiTM

*BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM
Bermula semester ini terdapat tambahan kadar yuran.. Tambahan berkenaan adalah RM25 bagi Tabung Amanah Sukan(Yuran Baru yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan UiTM)

Kenaikkan RM10 pula(kadar telah dinaikkan pada semester lepas) adalah bagi kenaan tabung kesihatan..(RM30 kepada RM40). Penambahan berkenaan adalah bagi menampung perbelanjaan kesihatan pelajar yang semakin meningkat..

Manakala bagi Tabung Amanah Sukan, adalah menjadi hasrat universiti agar pelajar-pelajar mengikuti program sukan agar mereka lebih sihat dan unggul. Tabung tersebut diwujudkan bagi menampung tambahan perbelanjaan bagi keperluan pelajar.."

Nota dari hati: 35ringgit pun berharga tau..hihih..however this is still cheap.hehe