Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...kalau rasa nak idup senang kene la rajin belajar supaya ada masa depan yg cerah..tak pun cari la pekerjaan dan mula la dari bawah kalau dah agak-agak malas sangat nak belajar...jangan lah amek jalan mudah untuk mencapai kesenangan dalam hidup contohnye merompak,mencuri,menyamun,menipu, mintak sedekah dan memacam lagi la...
Setiap insan yg dilahirkan kat dunia ni mempunyai kelebihan masing-masing so gunakan la sebaik-baiknya...contohnye pada yg pandai memasak pe la salahnya mula kan perniagaan kecil-kecilan ditepi jalan atau kat pasar-pasar..tak de hina pun la kalau menjual makanan atau pun minuman kat tepi-tepi jalan tu..itu lebih baek dari korang merompak, mencuri dan sebagai nye...mula-mula memang la kat tepi jalan tetapi lepas tu boleh buka restoran dan siap de beribu-ribu cawangan lagi...yg penting kene la rajin dan jangan mudah putus asa....bukan mudah nak membina empayar perniagaan...tetapi semua tu boleh diatasi..di mana ada kemahuan di situ ada
Lagi satu aku tidak berapa gemar dengan orang yg meminta sedekah..bukan nya aku ni kedekut untuk menderma tapi aku melihat mereka ni masih mampu untuk berkerja menggunakan tulang empat kerat mereka...
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis kat atas tu ialah dalil diharamkan meminta sedekah...selagi termampu gunakan lah segala tenaga yg ada dan cari la pekerjaan yg halal walau pun sebagai pencuci tandas..tu lagi mulia dari menjadi peminta sedekah....jangan la malas sangat untuk berkerja dan mengharapkan belas kasihan masyarakat dengan buat muka simpati...Jangan la hidup senang atas simpati orang lain...
Hasil yg kita dapat dari titik peluh dan susah payah sendiri adalah jauh lebih berharga berbanding dari meminta-minta atau merampas hak orang lain(merompak, mencuri)..=D
Nota dari hati: Sungguh geram aja ngn orng yg merompak umah aku last week..naseb baek la xde barang yg hilang cuma umah bersepah je la...huh...