![]() |
| incik google |
Disebabkan keinginan untuk tahu tu terlampau tinggi maka nya aku pun google je la...banyak sangat pendapat dan pandangan yg aku aku baca dan aku sendiri pun hampir konfius...
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut: Rasulullah s.a.w. melewati dua kuburan. Lalu baginda berkata. Kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab Tuhan, meskipun bukan kerana dosa besar. Rasulullah s.a.w. lalu meletakan di atas kedua-dua kuburan itu pelepah kurma yang masih hijau sambil berdoa, Sesungguhnya kedua-dua pelepah kurma itu, insya-Allah, akan meringinkan azab mereka sehingga pelepah itu kering.
Perbuatan menaburkan atau meletakkan bunga(bukan kalungan bunga),daun atau apa saje daripada tumbuhan berdaun dibolehkan lalu berdoa kehadrat Illahi agar diringankan seksa simayat itu selama ianya belum kering seperti mana yang dilakukan oleh Nabi. Itu Sunnah. Tetapi,menanam pokok diatas kuburan sehingga pokok itu hidup subur agar mengharapkan seksaan simayat diringankan selama pokok itu hidup,ini tidak ada sumbernya.
Jadi nya adakah menaman pokok kat atas kubur dan menaburkan bunga atau daun atas kubur memberikan kesan yg sama terhadap si mati??atau pun de hukum tersendiri kalau menanam pokok kat atas kubur??meh la kita berkongsi ilmu...
Nota dari hati: Perkara biasa yg orang lain lakukan tidak semestinya betol...buat la kajian sebelum mengikut secara melulu....=D
