Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Merepek, merapu, meraban..layan kan je la!!!!

Assalammualaikum semua...

Pandang kiri..pandang kanan..pandang depan...pandang atas..pandang bawah...pandanglah segala sudut...huhhhh...mana lah idea-idea bernas lagi da bomb untuk menulis ni sembunyi??!!!!tak jumpa lah pulak...

Keinginan hendak menulis memang sangat membuak-buak tapi silap besar pula sebab idea tu pergi sembunyi dekat tempat paling susah nak cari..ermm...jadi memang tak de guna kalau kerajinan untuk menulis dah ada tapi idea pula hilang entah ke mana...memang sangat sangat sangat tak ada guna ok!!!

Jadi pe jadahnya aku tulis benda merepek, merapu, meraban ala-ala luahan hati yg manja dan gedik mintak simpati tak tentu hala ni dekat blog??!!!ha...tu tandanya aku dah terlampau sangap nak menulis tapi tak ada idea yg terbaik dari ladang...so aku hentam je la apa je yg terlintas di fikiran aku...memang sangat tak berfaedah entry kali ni...jangan rasa nyesal kalau dah terlajak baca ye..haha...

Mungkin sebab kelaparan yg melampaui batas menjadi punca utama ketandusan idea dan penyakit merapu menguasai diri...itu cuma andaian aku saja..kalau korang ada punca utama dan munasabah yg lain sila buat kertas kerja dan bentang kan dengan cara terhormat...jangan nak maki aku tak tentu pasal pula sebab aku juga manusia biasa yg pandai membalas makian anda anda semua...hahaha...
gambar tak de motif sama je dengan entry ni juga...agak-agak korang di manakah gambar ni di ambil???

Nota dari hati: Akhirnya berjaya juga menghabiskan assignment yg menghantui diri ni...lalalala~


Wednesday, December 14, 2011

Ingat senang ke nak perah idea bernas????!!

Assalammualaikum semua....

Dalam hidup kita ini ada orang menyokong apa yg kita lakukan dan tidak kurang nya juga yg sentiasa nak membangkang apa yg kita lakukan...sama juga ibaratnya macam ada insan yg sentiasa memberi kata-kata semangat dan ada juga yg sentiasa nak mengutuk, mengkeji dan menghina...

Kalau rasa tak setuju dengan cadangan atau pun pandangan orang lain, cuba lah bantah dengan cara berhemah tanpa menyakitkan hati sesiapa...dan kalau boleh suarakan lah sekali pandangan anda yg mungkin lagi boleh di terima akal tu...jadi manusia tu jangan lah tahu nak membangkang saja tanpa apa-apa pendapat yg lebih bijak...

'Saya TIDAK SETUJU dengan cadangan tu!!!!setakat macam tu budak tadika pun boleh fikir...dah lah tak boleh di terima akal langsung..blaaa..blaaaa...'
Menolak dengan cara kasar dan tidak memberi sebarang penambah baik kan melainkan terus-terusan mengutuk saja...cara ini amatlah kurang ajar dan menyakitkan hati sesiapa saja...orang macam ni ibarat menempah tiket untuk merasa 'tapak kaki ku di muka mu'....

'Saya rasa cadangan tu sudah baik...TAPI lebih baik jika.....'
Puji lah sedikit cadangan yg telah di berikan..sekurang-kurangnya pemberi idea tu terasa juga diri nya di hargai...korang ingat hendak mencari idea perkara yg mudah ke??!!bertambah elok di situ apabila kita memberi sebab kenapa kita tidak setuju dan juga memberi cadangan yg lain...mungkin apabila timbul idea dari dua insan yg berbeza maka terbitlah satu idea yg LEBIH BERNAS...  betol tak??!! 

Aku tidak kisah kalau ada yg tidak setuju dengan setiap pandangan atau penulisan aku dalam blog ni sebab kita manusia mempunyai pandangan yg berbeza-beza dan aku tak pernah mengharapkan semua orang untuk meng'iya'kan setiap penulisan aku ....TAPI cuba lah belajar hormat setiap pandangan orang lain dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

Nota dari hati: Aku rasa puas bila dapat menulis entry walaupun entah pe-pe..sekarang baru leh fokus study...hihihi...