Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

RM 100 Baucar Buku 1 Malaysia di gunakan di MPH...

Assalammualaikum semua...

Jauh sampai ke MPH Mid Valley semalam pergi nya untuk menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia tapi agak kecewa la sebab MPH tu tengah kemas-kemas nak pindah ke tempat lain..so banyak buku-buku dan alatan-alatan yg dh di bungkus...sob sob sob..


Disebabkan baucar tu tak di benarkan untuk membeli sebarang jenis GAMES dan MAJALAH jadi aku pun gunakan sehabis baik dengan membeli NOVEL...setakat semalam baru gunakan RM100 dengan membeli 4 buah novel...ada baki lagi RM100 tu boleh di gunakan masa cuti sebulan nanti...mana lah tahu ada novel baru yg bakal keluar..hihihi..

Next time kerajaan boleh bagi baucar makan, minum, pakaian, minyak petrol, henpon, laptop, sewa rumah dan  wayang pula ye...

Nota dari hati: Siapa rasa tak tahu camne nak habiskan baucar tu boleh la tanya dekat aku..hihiihh..