Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Muhasabah diri l Kebahagiaan apa yg di cari sebenarnya???

Assalammualaikum semua...
*mungkin entry sangat panjang dan bosan



Kebahagiaan apa yg ingin kita cari sebenarnya dalam kehidupan ni??yg kekal abadi atau pun yg sementara???pertama sekali kita kena faham dengan maksud kebahagiaan itu sendiri...ada orang yg akan rasa bahagia bila melihat diri orang yg di sayangi bahagia walaupun diri sendiri terseksa...ada juga orang yg akan rasa bahagia tak kira kebahagian yg di kecapi itu mengecewakan, menyakitkan, melukakan hati orang lain(pentingkan diri)...

Kebahagian yg sementara sangat mudah untuk di kecapi tetapi adakah hati, jiwa akan menjadi tenang???TIDAK!!sebab kebahagian yg sementara biasa nya di cari menggunakan jalan yg salah dan hanya mengikut kata hati dan nafsu tanpa berfikir buruk baik dan paling penting tidak mendapat redha Allah...

Kalau kita mengikut garis panduan yg Allah bagi pasti kita akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan yg hakiki..cara nya amat mudah, kembalilah kepada Allah dan muhasabah diri..jangan kita menuding jari kepada orang lain atas kesalahan yg kita lakukan..satu jari kita menuding ke orang lain, 4 jari lagi tuding ke arah kita...kita kena belajar menerima kesilapan yg telah di lakukan dan berubah ke arah yg lebih baik...

“Dan ingatlah ketika kami mengambil perjanjian dengan Bani Israil agar jangan menyembah melainkan kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.”Al Baqarah ayat 83


Selain redha Allah, redha dan restu ibu bapa sangat lah penting walaupun kita ingin melakukan sesuatu kebaikan(contoh mudah kahwin).. nak cari keredhaan ibubapa sangat mudah(semua benda mudah melainkan kita yg menyusahkan nya ...selagi kita menyenangkan hati ibu bapa dan tak pernah menyakiti hati mereka pasti kita di redhai...

Ye..aku paham ada juga kadang-kadang kita berselisih pendapat dan tak dapat menerima nasihat yg di berikan...tapi cuba kita belajar dan cuba untuk bertolak ansur dalam perbicaraan..jangan lah kita berkata-kata dengan nada yg tinggi dan keluarkan kata-kata yg mengguris hati mereka...selama mana mereka terluka, selagi itu lah kita tidak berada dalam keredhaan..

Aku pun bukan lah seorang anak yg baik dan kadang-kadang ada menyakiti hati mereka...tetapi apa salahnya kita rendahkan ego dan mintak maaf(dengan ibu bapa tak payah nk ego sangat lah..de gak yg makan penampor jap agi)...yg paling penting jangan kita ulangi kesilapan yg kita lakukan tu..kalau tahu perkara tu menyakitkan hati mereka, kita berhenti lakukan nya dan buat lah benda lain yg menyenangkan hati mereka...kalau mereka mampu untuk membesarkan kita dengan penuh kesabaran dan memenuhi keinginan kita, kenapa kita tidak mampu hendak buat perkara yg sama kepada mereka???renungkan dan fikirkan kembali susah senang mereka..

Nota dari hati: Cari lah kebahagiaan yg kekal abadi dengan cara yg betol..jangan ikut kata hati, gunakan akal fikiran dan belajar untuk muhasabah diri...jiwa remaja bukan alasan untuk membuat keputusan melulu..Allah dah bg akal fikiran, gunakan sebaik nya...=)

Friday, August 19, 2011

Baru PUTUS CINTA...rilek rilek sudah la...

Assalammualaikum semua..


'Ho..ho...ho...rilek la beb..yg kau duk menangis 40hari 40malam ni nape??dah la tak mandi, tak makan, tak gi kelas semua apsal??!!baru putus cinta tapi gaya macam orang kena simbah acid je...kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..ko bagi aja la cinta ko yg kononnya suci murni tu dekat orang yg sudi menerima...'

'Sob..sob...ko cakap senang la..yg putus cinta nya aku bukan nya ko..ko bukan pernah rasa sebab ko tak pernah bercinta kan??!!..huwaaaa..'

Aku kalau jumpa orang yg frust menonggeng tak tentu hala ni nak saja rasanya sepak laju-laju masuk gaung...bila mak pak suruh masuk universiti belajar elok-elok sibuk sangat nak belajar bercinta...sudahnya bila dah kecewa sampai tak boleh kawal perasaan mula lah bunuh diri, berhenti belajar..lain kali masa hendak ambil keputusan bercinta tu cuba belajar tanya dekat diri sendiri soalan dekat bawah ni..

'Boleh ke aku teruskan kehidupan kalau aku PUTUS CINTA nanti??!!'
'Boleh ke aku pergi kelas dan belajar macam biasa kalau aku PUTUS CINTA nanti??!!'
'Boleh ke aku berhadapan dengan si dia kalau aku PUTUS CINTA nanti??'

Kalau rasa tak mampu hendak lakukan seperti pe yg sedang korang lakukan sebelum bercinta baik tak payah bercinta...jangan fikir keseronokkan dan kemanisan masa bercinta tu saja...cuba belajar berfikir kesan dari segi positif atau negatif pada masa yang akan datang..kalau ditakdirkan jodoh korang memang kuat sampai ke syurga, Alhamdullilah..tetapi cuba bayangkan kalau jodoh putus dipertengahan jalan??!!!rasa kecewa nya hanya Allah saja yg tahu..betol tak??

Kalau korang berpegang dengan kata-kata dibawah InsyaAllah segala nya akan jadi baik-baik belaka..
"Cintailah kekasihmu atau seseorang itu sekadarnye
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci dan
Bencilah seseorang itu sekadarnye
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang"

Cinta Allah cinta yg kekal abadi dan jangan biarkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah....semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi kehilangan...

Nota dari hati: Aku pernah rasa macam mana sakitnya rasa putus cinta..so jangan cakap aku tak paham pe yg korang rasa..lalalala~