Friday, September 30, 2011

Perasaan negatif menyebabkan jiwa resah gelisah...

Assalammualaikum semua..

Hampir pukul 3.30pagi masih belum mampu untuk melelapkan mata walaupun kepala sudah mula pening semacam pada hal esok kelas pukul 8.30 pagi..haish...apa benda la agaknya yg mengganggu fikiran aku pada saat ni ye..semua benda aku rasa serabut semacam aje dan blurr....
sumber google...


Paling pasti aku rasa macam satu perasaan tidak rela untuk pergi ke Perkampungan Orang Asli Donglai di Hulu Langat pada esok tengah hari sampai lah hari Ahad...bukan masalah aku tak minat atau pun tak suka aktiviti outdoor macam Night Walk, Jungle Tracking dan pe benda entah lagi yg bakal aku laksanakan nanti..tapi entah lah..tiba-tiba ada satu perasaan negatif, risau, resah yg bertapak dalam jiwa aku ni menyebabkan aku menolak untuk melakukan semua aktiviti tu...pada hal sebelum ni elok aja aku pergi Taman Negara, Broga Hill, masuk hutan sana sini, join kem sana sini..

Mungkin ini hanya bisikan syaitan yg nak ganggu jiwa anak Adam seperti aku kot...aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan elakkan lah sebarang musibah dari menimpa kami semua..ameen...

Nota dari hati: Nak tahu apa tujuan utama kitorang gi sana???next entry lepas balik dari sana aku akan story mory ok...doakan keselamatan kitorang semua k..

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #9: Semakin tinggi mendaki semakin luas pemandangan...

Assalammualaikum semua..


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Saturday, September 24, 2011

Cara penulisan kita mengambarkan siapa diri kita yg sebenarnya...

Assalammualaikum semua...

Dulu aku fikir blog adalah satu tempat untuk aku meluahkan apa yg aku tak puas hati, segala kemarahan, segala kegembiraan dan segala jenis rasa TANPA ADA BATASAN...kiranya ikut suka hati aku lah kalau rasa nak maki, nak kutuk, nak hina atau apa saja dekat blog sebab blog ini aku yg punya...tapi itu semua dulu sebelum aku mengenal dunia blog yg sebenarnya...

Bila aku melawat blog-blog lain, dari situ aku belajar cara penulisan, adab-adab menulis, tips-tips yg berguna untuk newbie dan macam-macam lagi...walaupun blog ni kita yg punya tapi kita kena ingat yg blog kita ni di baca oleh seluruh umat manusia melainkan kalau kita set private...

Bagi aku, cara penulisan kita mengambarkan siapa diri kita yg sebenarnya...kalau entry sesuatu blog bisa membuatkan kita gelak mesti kita dapat agak penulisnya seorang yg funny..dan juga kalau entry nye asyik nak mengaibkan orang lain pastu mencarut tak tentu hala mesti kita dapat agak dia bukan seorang yg baik...walaupun agak kejam kalau kita hanya menilai seseorang melalui penulisan tapi bagi aku itu lah hakikatnya sebab apa yg penting adalah '1st impression' ...so dalam situasi berblogging ni cara penulisan adalah '1st impression' yg patut di ambil berat...ini hanya pendapat aku oke...

Kadang-kadang aku sendiri pun terasa macam nak melepaskan aje segala kemarahan yg membara-bara dekat dalam blog ni biar puas hati aku ni tapi aku sentiasa ingat, kalau kita buat sesuatu di kawal oleh emosi pasti akan memberi kesan negatif dan tak mendatangkan apa-apa kebaikan pun....jadi pikirlah lah dulu sebelum menulis...tak mahu lah gaduh-gaduh di sebabkan blog k..

Nota dari hati: Patut ke unfollow blog yg suka caci maki, mencarut-carut tak tentu pasal???

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #8: Cinta di awanan biru...

Assalammualaikum semua...


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, September 20, 2011

Engkau lelaki jahat bila mencuri dan engkau perempuan baik bila menderma seringgit...

Assalammualaikum semua..

Random question...


Apakah ciri-ciri yg boleh menilai seseorang itu sama ada baik atau pun jahat??!!!

Setiap manusia mempunyai pandangan yg berbeza..sama juga macam tafsiran cantik dan hodoh...cantik dan hodoh adalah perkara subjektif...ada orang cakap perempuan yg buat mulut kembong-kembong macam ikan buntal tu hodoh dan ada juga yg kata perempuan yang muka berjerawat batu tu sweet tak hingat...semua tu terpulang kepada insan yg memerhati dan menilai..betol tak??

Sama juga situasi nye dengan baik dan jahat ni...tak adil untuk kita melabel seseorang yang mencuri gula-gula Choclairs sebiji dekat Kedai Pak Mat tu jahat tahap dewa dan tak semestinya juga orang yg menderma 500juta dekat Rumah Orang Cacat sambil pegang replika cek dengan tersengih-sengih menunjukkan gigi yang tersangatlah putih tu adalah orang yg baik..setuju tak??!!

'Eh...perempuan tu punya la baik..macam mana lah boleh dapat laki penyagak macam tu..'

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]


Pernah dengar firman Allah tu???setiap manusia ni kan ada keburukan dan kebaikan nya..mungkin sekarang ni dia jahat mengalahkan syaitan tapi korang tahu ke pada masa akan datang???!!!lagipun setiap manusia tu boleh berubah sama ada cepat atau pun lambat dan sama ada mahu berubah atau pun tidak aje...

So terpulang lah kepada individu macam mana nak menilai kebaikan atau keburukan yg di tonjolkan...tapi jangan hanya disebabkan 1 keburukan menutup 1000 kebaikan dia yg lain...

Nota dari hati: Hati gundah gelana memikirkan banyak benda..hampeh...

Sunday, September 18, 2011

Sungguh malu rasanya sebab terkena dengan budak yg belom mumayyiz...

Assalammualaikum semua..

Tengah syok-syok menonton CSI dekat channel 701 AXN tiba-tiba Akim (anak sedara) muncul mengganggu kosentrasi..


'Acik Nana tengok cerita apa??'

'Adalah...mana boleh bagi tahu..rahsia...'

'Ala....tak pe...Akim dah tahu cerita pe..'

'Cite apa kalau kau tahu??'

'Adalah..mana boleh bagi tahu..rahsia..'

'Kuang hajo kau..kecik-kecik dah pandai ye..nak kena ketuk ni..'
Sungguh terkesima sebab tak sangka yg aku akan terkena dengan budak kecik...bersabar aja la...

'Tu lah kau...ingat kau aja boleh kena kan dia...dia pun berakal juga nak kenakan ko balik..hahaha..'

Kalau rasa dah tak terbendung rasa geram dengan anak sedara aku ni memang aku belasah aje..hahaha....kadang-kadang kena bagi pengajaran juga..kan3???hahah...

Nota dari hati: Perangai nakal-nakal tu bukan ikut perangai aku..lalalala~

Thursday, September 15, 2011

Adakah keistimewaan kita hanya boleh di nilai oleh insan yg berada di samping kita????!!!

Assalammualaikum semua...

'Korang rasa apa keistimewaan korang yg boleh membuatkan insan lain suka, tertarik, minat dan mungkin jatuh hati dekat korang???'

'Erm...entah la...'

'Aku pun tak tahu..'

'Kenapa pula korang tak tahu??!tak kan la tak de apa-apa yg korang rasa boleh bangga dengan diri korang macam korang rasa korang cantik ke???'

'Aku tak rasa pun diri aku cantik..entah lah...aku tak berapa nak confident dengan diri sendiri la...lagi pun orang lain yg boleh judge kita kan..'

'Aah la..betol tu...orang yg melihat diri kita dan yg berada disamping kita aja yg tahu pe yg boleh menyebabkan dorang rasa selesa dengan kita..'

'.........'

sumber google..

Random question yang menerjah dalam minda ni dan diajukan kepada Anis dan Ain..kadang-kadang bila kita rasa yg kita ni cantik, peramah, baik hati dan sebagainya mesti ada pula yg rasa sebaliknya...so layak ke segala kelebihan dan juga mungkin kekurangan diri kita ni hanya di nilai oleh insan yg rapat dengan kita??

Bagi aku ada betol nya juga tapi tak salah rasanya untuk kita menilai diri kita sendiri sebab hanya kita sendiri yg tahu tentang diri kita ni..lagipun orang lain tak paham apa yg berada dalam hati kita ni..kadang-kadang apa yg kita zahirkan tak sama dengan realitinya...betol tak???.

Nota dari hati: Setiap manusia tu memang ada keistimewaan sendiri...=D

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #7 : Pandanglah dengan mata hati...

Assalammualaikum semua..

pe yg korang nampak???
Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, September 13, 2011

Engkau kecik-kecik dah pandai perasan comel..

Assalammualaikum semua...

'Eeee...comelnye baby ni..rasa macam nak gigit je dia ni kan Akim'
Hafiz(adik Akim)..
Sudah la badan besar tembam macam tu...mmg seronok je peluk pastu gomol-gomol dia...

'Erm..biasa la Cik Nana..muka dia sama dengan Akim masa kecik-kecik kan????
dengan muka sengih-sengih dia cakap dekat aku...

'Erk...apa maksud ko sebenarnye???nak cakap yg ko pun comel la masa kecik-kecik???macam tu???'

'Betol la kan Cik Nana pe Akim cakap...dia kan adik Akim mesti la muka sama dengan Akim..kalau dia comel, Akim pun mesti lah comel juga kan.'

'Ish..perangai apsal tak boleh bla ni...perasan je keja kau kan...'

Jangan nak kata perangai perasan anak sedara aku tu menurun dari aku pula ye...dalam keadaan ni aku tak pernah bersalah ye...tapi kalau bab comel tu memang jelas dan nyata menurun dari acik dia yg comel lote ni...yg part tu memang aku tak pernah nak deny la..

Nota dari hati:  Seronok melayan perangai budak-budak ni...dorang ni jujur aja kan..=D

Sunday, September 11, 2011

Dia punya serabut sama dengan aja masa SPM dulu...

Assalammualaikum semua...

Sungguh menggangu kestabilan emosi bila broadband Celcom ni buat lawak tak berapa diundang...kalau ikutkan hati yg tengah menggelegak panas ni memang dah selamat berokband ni hancur aku baling ke dinding..lepas tu kalau ada sesiapa nak buat main puzzle pun boleh..tak de sape pun nak halang...tetapi nasib baik aku ni manusia yg penuh dengan kesabaran dan bijak mengawal emosi(sempat lagi nak puji diri)....hahah..

Aku dah ke hulur ke hilir, guling sana guling sini, pandang sana pandang sini, dengar sana dengar sini pastu garu-garu kepala yg tak gatal ni....argh...sakit kepala otak aku memikirkan apa kejadahnya aku nak mengarut dekat blog malam ni...dah bermacam-macam topik yg keluar dekat kepala otak aku ni tapi tak ada satu pun berjaya aku huraikan dengan jayanya...serabut derr...

Perasaan aku tika ini sama aja dengan perasaan aku masa nak buat esei bahasa Melayu masa SPM..dia punya serabut memang tak de beza la beb..nak cari isi penting dah satu hal pastu nak huraikan tu memang boleh bikin terbakar otak..pergh...ingat senang ke nak buat karangan BM???susah tahu tak!!!susah!!!senang lagi subjek Add Math...so tak yah tanya la kenapa aku punya Bahasa Melayu B3...hahaha...

Nota dari hati: Sungguh malas nak berkemas segala harta tuk bawa balik rumah sewa..ada sesiapa yg rajin tak???meh tolong aku...

Friday, September 9, 2011

Sungguh tidak menarik menjadi MAKCIK pada usia awal 20-an...

Assalammualaikum semua...

'MAK CIK!!!'

Apa perasaan kalau korang yg muda belia baru umur awal 20-an di panggil dengan gelaran MAK CIK..kalau takat kawan-kawan nak main gurau-gurau manja panggil camtu memang tak de hal sangat la..paling kurang pun mungkin dia dapat makan kaki aje kan..tak de la teruk mana sangat tapi kalau budak yg tak dikenali yg panggil dengan gelaran MAK CIK tak kan la korang nak bagi makan kaki jugak??!!kalau kaki ayam memang tak de masalah sangat la tapi kalau kaki manusia saiz 8 sapa yg sudi nak rasa ha??!!

Setakat ni aku tak pernah ada pengalaman lagi di panggil dengan gelaran macam tu oleh insan yg tak di kenali tetapi kawan aku si Ain tu pernah merasa dipanggil begitu ketika berkerja di Kedai Buku..marah betol saat dia cerita dekat aku tu..memang penuh dengan emosi dan perasaan la..

'Hahahaha...nampak sangat yg kau tu dah tua..macam makcik-makcik'

Ha..macam tu lah respon aku...memang agak menyakitkan hati ada kawan macam aku ni??!!hehehe...sorry la ye Ain..aku gurau-gurau sayang je tu..

Apabila ada insan yg memanggil kita macam tu mesti terdetik beberapa ayat dekat hati kita..untuk lelaki mestilah Pakcik..

'Muka aku ni nampak tua sangat ke??'

'Banyak sangat ke kedut dekat muka aku ni??'

'Lepas ni kene try product kecantikan lain la..'

'Ada ke makcik yg muka cantik macam aku ni??' <------ayat mintak pelempang..
muka hodoh kalau tak senyum..hahaha

Tips untuk nak sentiasa kelihatan muda ni mudah saja...SENYUM...muka tu jangan la ketat sangat macam ada masalah rumah tangga aja...walau apa pun yg berlaku belajarlah untuk SENYUM sebab sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot yg di gunakan untuk senyum...so tak yah la membazir kan tugas otot-otot muka tu...lagi pun SENYUM tu sedekah yg paling mudah...tak perlu pun nak keluarkan duit...

Nota dari hati: Kalau kamu senyum mesti lagi comel kan..hahaha

Thursday, September 8, 2011

Semangat membara nak mulakan semester 5...

Assalammualaikum semua...

Yahooooooo...cuti panjang selama 4bulan dah nak habis....tinggal saki baki hari je lagi aku duduk dekat rumah ni...gaya aku memang excited tak hingat....

Yg aku ni apsal seronok semacam nak start kuliah??!!semua orang sibuk bermalasan, aku sorang je semangat semacam..rasa macam nak hempuk je kepala ni dekat dinding...argh...

Start kuliah bermaksud otak aku akan di isi dengan bermacam-macam jenis assignment, test, exam, kerenah lecturer dan jadual hidup aku pasti nya berubah...dah tak de tido sampai pukul 10 pagi...uwaaaa....ini bukanlah perkara yg aku nak semangat kan sangat..
ni jadual sem 5...hehe..
Perkara yg membuatkan aku semangat nak start kuliah adalah ayah angkat aku si JPA tu akan bagi duit...dah lama rasanya akaun Bank Islam tu sunyi dengan nilai wang yg beribu-ribu..hahaha....(belajar malas duit nak aje.hehe.) bukan apa, bila cuti aku hanya mengharapkan biasiswa Pa&Ma aje..tak sanggup rasanya nak menghabiskan duit dorang so kalau dah start kuliah tak de la asek nak perabis duit mak bapak aje..betol tak??!!

Walau pun otak aku ni dah berkarat sebab lama sangat cuti tapi nak buat camne kan..tanggungjawab aku sebagai pelajar kena juga digalas dengan jayanya...nampaknya nota-nota sem lepas yg dah selamat aku simpan dalam kotak kena lah dibukak balik untuk buat revision...haish...doakan kejayaan aku untuk sem 5 ni ye...

Nota dari hati: Sem ni aku bertekad nak simpan duit JPA tu...muahahaha....

Tuesday, September 6, 2011

Wordless Wednesday #6: Kecik-kecik jadi kawan, besar-besar jadi lawan..

Assalammualaikum semua...

Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Majlis pertunangan Anis pada 5 Syawal...

Assalammualaikum semua...

Akhirnya selesai juga majlis pertunangan Anis tuan blog live.love.laugh pada sabtu lepas(3sept) bersamaan 5 Syawal... so jangan lah nak memasang angan-angan untuk try ayat dia ye..hehe...semoga perhubungan mereka(anis dan kassim) ni kekal la sampai ke akhir hayat...ameen....








Aku bila lagi???argh..itu lah soalan tipikal yg biasa aku dengar..kalau boleh nak saja aku rekod jawapan aku pastu bagi korang dengar...penat tahu tak aku nak jawab soalan yang sama berulang kali..membazir air liur tahu tak..ish...baca leklok jawapan aku dekat bawah ni dan lepas ni jangan ulang soalan yg sama...paham???(amaran ni...heheh)

Bak kata seorang kawan aku ni...Lelaki memilih dan perempuan dipilih..dan disebabkan aku tak dipilih lagi lah maka aku masih tidak bertunang dan jauh sekali sudah berkahwin...hehehe...


Nota dari hati: Terima kasih yg tak terhingga dekat my lovely brother sebab sanggup drive dan teman aku serta ain dan azra ke rumah anis di Kuala Kangsar...walaupun penat berjalan jauh dan merempuh jammed yg memenatkan sanggup lagi singgah Jusco Bukit Raja untuk menonton wayang cerita Final Destination 5...

Monday, September 5, 2011

Bermain mercun telur ala-ala Lee Chong Wei dan Lin Dan....

Assalammualaikum semua...

Kalau tiba musim perayaan tapi tak dengar bunyi mercun berdentum sana sini memang tak sah la agak nya kan...ingatkan raya tahun ni dah insaf la selepas tragedi malam raya tahun lepas...rupa-rupa nya masih sama lagi keadaan cuma tidak lah seagresif macam tahun-tahun sebelum ni..
sumber google
Berbekalkan mercum telur yg berbungkus-bungkus, abang-abang aku ikut suka hati jantung limpa dorang je nak membaling berbiji-biji mercun telur yg bisa membuatkan taik telinga aku ni cair dengan jaya nye...korang pernah tak main mercun telur macam Lee Chong Wei atau pun Lin Dan???kalau tak pernah meh tengok video dekat bawah ni...

video

Memang dahsyat kan..aku yg tengah berdiri atas kerusi sambil merekod nasib baik tak jatuh dari kerusi sebab terperanjat punya pasal....haiyaaa...aksi merbahaya macam kt video tu jangan ditiru tau...itu cara-cara nak mengundang padah sebenarnya..hampeh kan...

Nota dari hati: Aku tak main mercun ye..yang main abang-abang aku je.hehhe

Friday, September 2, 2011

'Rumah besar tapi bagi 3ringgit..kedekut betol...'

kalau duit raya banyak ni baru nak puas hati kot..

'Assalammualaikum......'

'Waalaikumussalam...masuk lah...sila lah duduk sini ye..'


'Duduk lah dulu ye..buka kuih raya tu..cuba lah rasa sikit-sikit..'

Cukuplah hanya tuangkan air Radix Cola(macam coca cola la) ke dalam cawan...budak-budak je pun..tak perlu sangat nak over pi siapkan air la bagai..air express macam tu pun dah memadai..hahaha..

'Minum lah ye dik air tu..'

'Ye kak..'

'Nama sape dik..dari mana ni dik???umo bape ni???belajar kat mana??dah banyak pi beraya kew??mesti banyak kumpul duit raya kan...bla...bla...bla...

'.........'


'Wei..jom lah balik..dah lambat ni..'

'Jap..aku nak abeskan air ni..ko minum la cepat..'

'Minum lah air tu dulu dik..kuih pun tak terasa lagi tak kan nak balik kot..'

Ingat aku tak dengar pe korang berbisik....datang semata nak duit raya la tu..singgah umah tak sampai 3 minit....hampeh betol...memang macam aku zaman kecik-kecik dulu...hahaha..

'Erm...ok lah kak...kitorang balik dulu lah...'

'Ye lah..ni ada duit raya dengan cup cake...'

'Terima kasih kak..'

Tergesa-gesa dorang ni keluar dari rumah..banyak lagi lah kot rumah yg nak diterjah...nak kumpul duit raya la katakan..

'Rumah besar tapi bg 3ringgit je..kedekut betol...'

'Aah la..ingat dapat la banyak sikit...ni tidak...'

Kalau cakap punya lah kuat memang lah aku yg dekat dalam rumah tu pun boleh dengar...kalau dah nama pun budak-budak memang duit raya lah yg dikejar...aku yg besar panjang ni pun sibuk memungut duit raya kat abang kakak, sepupu sepapat dan sanak sedara..hehe...nak pi mai rumah orang macam zaman kecik-kecik dulu tuk mintak duit raya memang tak de la..hehe..

'Aik...memang tak boleh bla la budak-budak ni...siap buang sampul duit raya kat depan rumah aku lah..memang tak de kesedaran sivik betol....aish...'

Kalau tengok budak-budak kecik naik basikal keliling kampung beraya memang terimbau kenangan dulu-dulu..apa yg dorang lakukan sama dengan je dengan aku masa kecik-kecik dulu..hehe..memang kenangan betol la...

Nota dari hati: Setakat ni dapat kumpul RM145 je...mana cukup nak repair laptop..argh..